Panduan Hikmat Hati Air Batu
Jun 21, 2007 by: zen nonDikisahkan bahawa sewaktu Allah Maha Besar menciptakan arsy, lantas disuruhNya para malaikat mengusungnya. Namun para malaikat tersebut tiada daya. Allah pun mengajar para malaikat itu menyebut Subhanallah. Lantas dengan mudahlah para malaikat mengangkatnya.
Para malaikat pun berkata, amat bagus kalimah ini, lantas mereka pun berzikir Subhanallah sepanjang masa.
Sewaktu ruh bapa segala manusia, Nabi Adam dimasukkan ke dalam jasadnya sehingga ke hidungnya, maka terbersinlah baginda. Lantas baginda mengucapkan Alhamdulillah dan ucapannya disambut oleh Allah. Malaikat pengusung arsy yang mendengar kalimah ini mengatakan, sungguh bagus kalimah ini, lalu digabungkan zikir mereka menjadi Subhanallah Walhamdullillah.
Ketika Allah Taala menggantikan bapa kaum muslimin, Nabi Ismail dengan seekor bebiri untuk dikorbankan, Nabi Ibrahim melaungkan kalimah Allahuakbar sebagai tanda kesyukuran dan keyakinannya pada Allah. Malaikat pengusung arsy yang mendengarnya pun berkata, alangkah bagusnya kalimah ini. Lantas digabungkan zikir mereka menjadi Subhanallah Walhamdullillah Wallahuakbar.
Apabila Jibril as menceritakan kisah ini pada bapa segala ruh, Nabi Muhammad SAW; lalu baginda pun terpesona. Lantas baginda mengucapkan Lahaulawalakuwataillah billahhilaliyilazim. Walahaulawalakuwataillah billahhilaliyilazim.
Para malaikat pengusung arsy yang mendengar kalimah ini pun berkata, ini kalimah keempat paling bagus mereka dengari. Lantas zikir mereka digabungkan sehinggalah menjadi
"Subhanallah Walhamdullillah Wallahuakbar Walahaulawalakuwataillah billahhilaliyilazim."
Dan para malaikat pengusung arasy pun berzikir sedemikian sehinggalah hari akhirat.
Ini adalah zikir penenang jiwa. Ini adalah zikir pengubat hati.
Hati tenang jiwa senang, akal terang jalanan benar pun terbentang.
word count-218