May 17, 2010 by zen non
Ini ialah suatu mesej untuk semua muslimin dan muslimat.
Saudara-saudari sekalian,
Jika kita mahu berdoa kepada rakyat Palestin, maka berwuduklah, hadapkanlah wajahmu kepada al-Kaabah, dan berdoalah dengan penuh keikhlasan seraya mengaitkan kejayaan itu dengan Yang Maha Kuasa.

Berdoalah dengan meminta kepada-Nya umur dan kesihatan yang panjang agar kami dapat memuji-Nya lagi dan lagi. Kemudian berdoalah agar Islam terus teguh di Baitulmaqdis, semoga seluruh umat Islam boleh berkunjung dengan aman, bersembahyang dan terus-terusan memuji-Nya di dalam masjid yang telah dimuliakan itu, di atas tanah yang telah diberkati itu, di atas agama yang telah Dia redhai itu. Berilah kami akan apa yang tidak mungkin dapat diberikan oleh sesiapapun makhluk-Mu.

Sesungguhnya doa yang baik adalah doa yang tidak mementingkan diri akan tetapi doa yang memuji-muji Yang Maha Pencipta, yang bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan ujian yang hadir.

Justeru amalmu kini bermula dengan niat yang benar dan lurus. Tebalkan imanmu kemudian dengan menyimpan nombor ini di dalam telefonmu.
Tabung Palestin - 5644 9020 8528

Maka apabila ingat, sedekahkanlah barang seringgit dua buat usaha untuk meneguhkan ad-deen ini di bumi Palestin dengan memberi umatnya makanan, ubat-ubatan, pakaian hatta permainan untuk anak-anak mereka. Moga-moga nanti sedekahmu akan menjadi sebuah istana yang agam di syurga.

Lihatlah, mereka sudah membeli sebuah kapal!!
http://www.perdana4peace.org/  
The Crew's Blog - Regular Report
Related Photos
http://www.shiptogaza.gr/Other-Languages/English


Inilah konvoi keempat Viva Palestina. Marilah kita jua menyumbangkan sesuatu sebagai asbab agar Allah meneguhkan umat Islam di sana dari cobaan dunia akhir zaman yang menggila-gila.

Ameen Ya Rabbul A'lameen. Perkenankanlah doa kami wahai Tuhan Sekalian Alam.




Blogger Templates

About This Blog

This is where I practice my writings.
Inilah tempat aku mengasah kemahiran menulis.
Segala pujian hanya kepada Allah SWT.
All praises are due to Allah The One God.

Komentar dan kritikan amat dialu-alukan.
Comments and critics are most welcome.

Pembaca boleh mengambil mana-mana artikel yang diminati, cuma jangan dinasabkan sebagai hak sendiri.
Readers may take any interesting articles, but just don't claim it as yours.