Generasi MTV (semula)
Jun 21, 2007 by: zen nonPernahkah anda memikirkan tentang keturunan anda? Di manakah anda terletak di dalam pokok keluarga anda? Bagaimanakah anda ingin mengukurnya berbanding keturunan keluarga yang lain?
Satu kumpulan adik beradik dikira satu keturunan. Kumpulan ini yang berfungsi menjadi dahan dalam pokok keluarga. Apabila dahan ini bercambah selepas masa di antara 15 tahun dan seterusnya, maka pokok keluarga pun membesar. Di dalam satu kelompok komuniti yang besar, contohnya sebuah negara, gabungan tiap-tiap keturunan adalah satu generasi.
Di Malaysia, dengan mudahnya dinyatakan bahawa telah empat generasi membiak sejak kemerdekaannya. Di dalam setiap generasi, pasti akan lahir pemimpin-pemimpin negara. Oleh itu, dengan mudahnya juga generasi ini diukur dari pemimpin utamanya. Allahyarham Tun Hussein Onn, TAR & Tun Razak; TDr M dan Pak Lah adalah pemimpin utama dari generasi pertama pasca merdeka. DS Najib dan DS Hishamuddin adalah pemimpin dari generasi yang kedua. Manakala generasi ketiga masih belum diakui dan dikenali bakal-bakal pemimpinnya kerana rata-rata masih di bawah 40 tahun. Generasi keempat pula adalah anak-anak generasi ketiga yang boleh dikira sebagai budak-budak mentah.
Program globalisasi total yang dipelopori oleh negara barat kini telah dijalankan dengan aktif semenjak internet diangkat sebagai senjata utama menggantikan sistem televisyen yang gagal mencapai keberkesanan maksimum agenda negara barat walaupun ianya masih digunapakai sehingga sekarang.
Serangan senjata baru ini bermula di Malaysia kira-kira 10 tahun lepas dan kini dilihat memenuhi kekurangan yang dimiliki oleh sistem televisyen. Kedua-duanya mampu dimiliki dan mampu mengindahkan mimpi orang-orang yang tertidur. Dan kedua-duanya seolah-olah tangan dajjal yang membuai lena anak-anak kecil dari generasi keempat bagaikan mereka berada di syurga.
Siapa yang tahu tentang MTV angkat tangan.
Generasi ketiga diperkayakan dengan budaya rock. Generasi keempat lebih gemarkan pop, hiphop dan rap. Lantas, fenomena ini menyeludup ke dalam institusi kekeluargaan bagaikan mikrob yang hidup di dalam kuku yang tidak dijaga.
Generasi pertama masih ada kuasa, generasi kedua menunggu giliran, generasi ketiga sibuk mencari kuasa dan wang, sementara generasi keempat dibiarkan lena supaya fokus tiga generasi tertumpu pada dunia di dalam genggaman.
word count - 322