Sep 13, 2009 by zen non
1 Malaysia adalah satu jenama yang dibawa oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika beliau mula-mula memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Produk jenama ini ialah Negara Malaysia itu sendiri. Produk ini bagus sekali. Rakyatnya walaupun kecil namun masih mempunyai daya juang yang terpuji dalam memperkasakan entiti sebuah negara. Peningkatan sistem pentadbiran negara berterusan dari masa ke masa. Keulungan negara gagasan utama.

Bagaimana kekang begitulah kudanya,
Bagaimana senang begitulah susahnya,
Terang jalan bersuluh api ternyala,
Menentang rangkakan kegelapan,
Merungkai rahsia siang,
Tenggelam dalam cahaya,
Tak kira malam tak kira siang,
Manusia berjalan,
Dipandu, terpandu, memandu,
Kesemua arah orang menuju,
Bersetuju atau tidak bersetuju;
Seperti sekaki payung,
Hujung itulah puncak pabila kembang,
Maka berpegangan benang-benang nilon,
Berpegang-pegang membina kitaran,
Kitaran yang semakin mengecil,
Hingga tertumpu di puncak,
Puncak yang jadi hujung apabila payung itu tidak digunakan.

Pengurusan sesebuah negara adalah suatu cabaran. Hebatnya cabaran ini tidaklah sehebat cabaran terhadap seorang miskin yang tidak henti-henti melakukan kerja buruh dari pagi dan pabila petang, dia pulang dengan beberapa keping wang sahaja yang boleh habis dengan sebelanja. Namun cabaran kepada pemimpin tidaklah harus diperkecilkan juga. Cuma si papa kedana lebih kuat diduga dengan serba serbi kekurangan.

Kambing biri-biri tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka bergerak dalam kumpulan yang besar, sekadar mengikuti kambing yang di hadapan. Jika ada yang tertinggal atau tersalah langkah, pasti kan sesat biri-biri itu hingga tidak kenal lagi jalan pulang. Maka, untuk memastikan biri-biri itu semua selamat dan makan rumput yang halal, memerlukan pengembala yang berpengetahuan. Tanah mana yang bukan larangan, rumput mana yang tidak diracun, bukit mana yang tidak berserigala.
Sep 10, 2009 by zen non
Esok ialah ulang tahun kemusnahan Pusat Dagangan Dunia delapan tahun lalu. Tidak wajarlah kita menangisi pemergian mereka sedangkan di atas meja makan kita masih tercemar dengan noda mereka. Hari ini kitakan mengingati seorang wira macapada.

Wira ini telah dibunuh dengan kejam oleh dua orang pembunuh upahan dua hari sebelum peristiwa kemusnahan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September, 2001. Wira ini jasanya pada agama, nusa dan bangsa. Wira ini sudah menang ke atas jihad melawan nafsu dan dengan kemenangan itu beliau bawa untuk menangani serangan tentera Rusia. Beliaulah yang digelar Singa Panjshir. Gelaran yang diperolehinya ketika menumpahkan peluh dan darah demi mempertahankan tanah sempadan muslimin di Pergunungan Himalaya dari dicemari tangan-tangan yang tidak percaya pada-Nya.

Selang beberapa lama kematian beliau, tentera konfederasi dengan mudahnya menggunakan alasan anti-keganasan membuka tapak di bumi Afghanistan. Lantaran kejadian sebenar tidak tertafsir kenyataannya, kematian sang wira pemenang anugerah Nobel tiada yang mahu tahu.

The Assassination of Ahmad Shah Massoud Biography of Ahmad Shah Massoud

About This Blog

This is where I practice my writings.
Inilah tempat aku mengasah kemahiran menulis.
Segala pujian hanya kepada Allah SWT.
All praises are due to Allah The One God.

Komentar dan kritikan amat dialu-alukan.
Comments and critics are most welcome.

Pembaca boleh mengambil mana-mana artikel yang diminati, cuma jangan dinasabkan sebagai hak sendiri.
Readers may take any interesting articles, but just don't claim it as yours.