No 4. Arise from Sleep
Jun 8, 2008 by: zen nongo back to main post
1. Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
The Prophet said: When anyone among you wakes up from sleep, he must not put his hand in the utensil till he has washed it three times, for he does not know where his hand was during the night.
Hadith number in Sahih Muslim: 416
2. 'Ali, may Allah be pleased with him, reported:
Fatimah had corns in her hand because of working at the hand-mill. There had fallen to the lot of Allah's Messenger (may peace be upon him) some prisoners of war. She (Fatimah) came to the Holy Prophet (may peace be upon him) but she did not find him (in the house). She met 'A'ishah and informed her (about her hardship). When Allah's Messenger (may peace be upon him) came, 'A'ishah informed him about the visit of Fatimah.
Allah's Messenger (may peace be upon him) came to them (Fatimah and her family). They had gone to their beds.
'Ali further (reported): We tried to stand up (as a mark of respect) but Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Stay as you are, and he sat between us and I felt coldness of his feet upon my chest.
He then said: May I direct you to something better than what you have asked for? When you go to your bed, you should recite
Takbir (Allah is Great) (Allah-u-Akbar) thirty-four times
and Tasbih (Subhan Allah) (Glorified be Allah) thirty-three times
and Tahmid (Al-Hamdu Lillah) (All praise be to Allah) thirty-three times,
and that is better than the servant for you.
Hadith number in Sahih Muslim: 4906
3. Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: When anyone of you goes to sleep, the devil ties three knots at the back of his neck, sealing every knot with: "You have a long night, so sleep."
So if one awakes and mentions Allah, a knot will be loosened; if he performs ablution two knots will be loosened; and if he prays (all) knots will be loosened, and in the morning he will be active and in good spirits; otherwise he will be sluggish and in a bad mood.
Hadith number in Sahih Muslim: 1295
go back to main post
1. Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 351
2. Hadis Sayidina Ali k.w:
Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi s.a.w mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam. Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi s.a.w namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya.
Apabila Rasulullah s.a.w pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi s.a.w kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu.
Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing,
kamu hendaklah membaca
takbir اللَّهُ اَكْبَر sebanyak tiga puluh empat kali,
tasbih سُبْحَانَ اللَّه sebanyak tiga puluh tiga kali dan,
tahmid الحَمْدُ لِلَّه sebanyak tiga puluh tiga kali.
Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam.
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 4906
3. Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama.
Apabila seseorang di antara kamu itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwuduk maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya.
Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 1295