Dunia Guru

May 11, 2008 by: zen non

Masalah akhir zaman ini adalah bagaimana untuk melahirkan sebuah ketamadunan yang unggul. Bukanlah bertamadun sesebuah negara jika rakyatnya tidak memiliki nilai-nilai insani yang hakiki. Tamadun sejati dibina dengan moral yang unggul. Moral diasuh dengan pendidikan yang kukuh.

Arkian apakah sudah kukuh pendidikan negara ini?
Apakah jenis pembaris yang mengukur kemantapannya?

Ilmu yang terhebat adalah ilmu mengenali Tuhan. Seandainya hakikat ini tidak disepakati maka moral pasti luruh seperti daun-daun kering di musim panas. Daun-daun luruh yang hanya sampah menunggu dibiodegrasi. Sesungguhnya Tuhan itu ada kerana manusia itu mati. Malah menurut ajaran Tuhan, mati manusia di bumi ini akan hidup kembali. Hidup semula di dalam alam kekal di luar galaksi. Alam kekal alam hitam, alam kekal alam cahaya. Alam hitam bernama neraka, alam cahaya bernama syurga. Yang jelasnya, semua agama sudah mengakui kewujudan kedua-dua alam ini. Maka persoalannya di sini bukanlah kepercayaan, akan tetapi apakah manusia yang berbilang bangsa ini sudah bersatu mencapai ilmu ini? Mengapakah tiada integrasi di kalangan pendidik untuk membentangkan ilmu yang peri penting ini? Apakah kita mahu mengulangi kesilapan kaum Nabi Nuh? Mereka adalah bangsa pertama tersilap mengenal Tuhan, sehinggakan menimbulkan kemarahan Tuhan yang sebenar; maka mereka yang tidak mendengar amaran Nabi Nuh ditenggelamkan semuanya di dalam peristiwa Banjir Besar.

Oleh yang demikian, wajarlah pendidikan formal pertama setiap anak tidak kira bangsa dan agama adalah mata pelajaran mengenali Tuhan. Dengan itu, pasti lahir lebih ramai pelajar yang bijak membuat pilihan tanpa sebarang paksaan pun dalam beragama.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan mahkamah membenarkan kitab Bible berbahasa Melayu diletakkan nama Allah. Nampaknya orang Kristian juga mengakui nama Tuhan yang sebenar itu adalah Allah, “The God”, Tuhan yang Esa. Cuma di dalam kitab Bible, mereka memberitakan bahawa Tuhan itu ada tiga entiti iaitu Tuhan Manusia iaitu Jesus, Roh Suci(Holy Ghost) yang menurut Bible, lahir selepas Jesus mati disalib dan Tuhan Bapa yang bertakhta di syurga. Menurut mereka, ketiga-tiga tuhan adalah satu. Bagaimana mereka boleh mengelirukan berbilion manusia dengan konsep triniti yang memeningkan kepala ini bukanlah suatu misteri. Dengan pedang, dengan wang dan dengan usaha yang berterusan, maka dalam masa dua ribu tahun ini semenjak Masihi mereka telah menyebarkan ideologi korup yang benar-benar menyesatkan manusia dari Tuhan. Konsep triniti tidak kena dengan nama Tuhan yang dimahukan oleh mereka. Seolah-olah mereka tidak mahu Tuhan sebenar itu disembah. Sebaliknya mereka mahu mempertigakan Tuhan dan memohon doa kepada Tuhan Manusia mereka. Bukankah masyarakat Arab Jahiliyah juga menggunakan konsep mendekati Allah dengan menyembah berhala? Apakah patung yang berdiri di dalam gereja itu bukan berhala?

Maka seorang kanak-kanak yang mempelajari ilmu mengenal Tuhan di peringkat awal sudah pasti semakin kukuh pendiriannya ketika mempelajari ilmu-ilmu lain pada kemudian harinya. Setiap sesuatu yang diilmuinya akan pasti disandarkan kepada Tuhan yang memberi rahmat ilmu tersebut tercapai olehnya. Malah dengan menguasai ilmu mengenali Tuhan menajamkan penelitian dan memperluaskan penerokaan otak kanak-kanak pada waktu kritikal perkembangan kematangan akal.

Sejarah tamadun dahulu melahirkan ilmuwan yang hebat-hebat di mana pendidikan asasi mereka bukanlah bermula dengan bidang yang mereka terkenal dengannya. Akan tetapi bermula dengan mempelajari al-Quran, ilmu fiqh, tauhid dan seadanya. Permulaan yang betul menjana kecemerlangan ilmuwan-ilmuwan ini. Al Jabar, Al Khwarizmi (matematik), Ibnu Sina (perubatan dan falsafah), Al Biruni (sejarah,matematik,astronomi), Al Farabi (falsafah),Ziryab (muzik), Sallahuddin Al Ayyubi(ketenteraan), Nizham al-Mulk (pentadbiran), Al-Maliki, Al-Syafie, Hanbali, Hanafi, Al-Bukhari...nama-nama ini semakin berpanjangan setaraf dengan keberkesanan pendidikan zaman keemasan empayar-empayar Islam. Apakah kita tidak ingin meletakkan nama anak-anak kita sebagai sinambungan senarai ini?

Talk to the believer and the best is always from Allah.
Non believers may say this and that, but when it links it always goes up to Allah.
An ocean of knowledge He presented to mankind, when the gate was opened
even time became a blessing.
Let the way of teaching origin of one source.
And if everyone agreed, then the next question will be,
Who is the man, who would that teacher be?
No need to guess he is Muhammad bin Abdullah may Allah be pleased upon him.
He is the messenger of Allah.
He is the teacher of mankind.
But the end of the world is full of surprise.
His teachings were lost, parts or many...

Filed under: