Nurin Alert - Suatu Pandangan Berbeza
Dec 9, 2007 by: zen nonNurin telah pergi. Dia pergi menemui Penciptanya. Kepada ayah dan ibu Nurin, ketahuilah bahawa dia pergi menemui Allah SWT dalam keadaan tidak berdosa. Dan kini rohnya sedang bergembira bersama-sama anak-anak kecil lain yang meninggal dunia sebelum mencecah usia baligh. Semoga dia menunggu dan memimpin tangan kalian ke pintu syurga di Hari Akhirat nanti.
Kepada pembunuh Nurin, ketahuilah bahawa ketakutan akan menghantui sepanjang hayatmu. Nantikanlah balasan dari Allah, seadil-adilnya Pemberi Balasan. Penyiksaan yang amat berat untukmu menanti di kala kematianmu menjelang melainkan engkau benar-benar telah insaf dan bertaubat, dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat jika engkau benar-benar ikhlas bertaubat.
Kepada rakyat Malaysia, dengarkanlah...
Kisah sedih pemergian Nurin telah menjadi satu titik tolak kepada kesedaran seluruh rakyat bahawa kini kita tinggal di ambang keruntuhan tembok moral masyarakat Timur yang telah sekian lama retak, retak yang menanti belah. Setiap dosa yang dilakukan oleh setiap orang menyumbang kepada keretakan tembok ini. Malah, keretakan ini dibesarkan lagi oleh peranan mereka yang suka menyebarkan perkara-perkara yang buruk melalui mulut mahupun tangan. Menelaah media massa saban hari menunjukkan bahawa masyarakat kini lebih gemar mendengar berita-berita dosa yang dilakukan oleh orang lain. Sesungguhnya, bencana yang menimpa Nurin kita yang menabur benihnya.
Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad SAW, bukankah kita diajar untuk menyebarkan kebaikan dan menutup kejahatan? Apakah rasionalnya apabila kita sesuka hati boleh bercakap-cakap tentang keburukan orang lain? Bagiku ia hanya memburukkan imej Islam.Sesungguhnya perbuatan sebegini akan hanya menyemai benih-benih kejahatan dan kerosakan di tanah milik Allah. Lalu apabila ada di antara kita yang menuainya nanti, apakah kita juga tidak bersubahat menanggungnya dosanya sekali. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Perhatikanlah apabila satu jari yang yang menuding, tersembunyi tiga lagi jari yang menunjuk pada diri sendiri.
Ketahuilah, bahawa menangkap pembunuh Nurin adalah suatu kemungkinan yang sukar untuk dicapai memandangkan dia atau mereka kini melangkah dengan lebih berhati-hati lagi. Walaubagaimanapun, dia/mereka pasti tidak akan terlepas dari pengadilan Allah SWT. Namun demikian, suatu pengajaran yang sering kita abaikan adalah bahawa tidak sepatutnya berita siasatan kes-kes sebegini dicanangkan ke seluruh pelosok kampung, hingga menyusahkan pihak berkuasa untuk bertindak. Adalah lebih baik jika berita baik akan kejayaan pihak berkuasa menangkap penjenayah disebarkan berbanding penyebaran berita kejayaan penjenayah melakukan suatu jenayah. Sesungguhnya ketidaksabaran kita untuk menanti kemenangan kepada pihak yang baiklah yang selalunya memberi peluang kepada kejahatan untuk meloloskan diri dari meja pengadilan.
Perhatikanlah,
Yang masih hidup menggunakan si mati untuk agenda peribadi. Ada yang ingin popular dengan pelbagai kaedah untuk mengisahkan si mati, malah ada yang membuat keuntungan dengan nama si mati. Tiada pencapaian apabila membincangkan si mati, kecuali mengingatkan kematian kepada diri sendiri. Kasihan keluarga si mati, terpaksa menanggung tangis dan sedih jiwanya di hadapan tontonan pemuka-pemuka yang berwajah bersimpati. Kasihanilah mereka. Tidaklah perlu kita membawa mereka ke mana-mana lagi. Berilah mereka ruang untuk meneruskan perjalanan kehidupan sendiri.
Jika kita benar-benar ingin melakukan sesuatu, sudah tentu kita boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dari cakap-cakap yang akhirnya tidak pasti. Rakyat boleh menyuruh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memberikan perkhidmatan pesanan sebagai satu medium pantas untuk memberitahu semua orang akan kehilangan seseorang. Perkhidmatan ini hanyalah menggunakan senadi tenaga yang sewajarnya diberikan secara percuma oleh syarikat telekomunikasi kerana riakbalas akan melipatgandakan nadi tenaga tadi dan sewajarnya ia akan membalas budi syarikat-syarikat telekomunikasi ini. Untuk menangani riakbalas ini, perlunya ada sebuah pusat yang mengumpul, menganalisa dan seterusnya menentukan tindakan selanjutnya. Di sinilah hadirnya peranan pihak pemerintah mentadbirkan perkhidmatan yang boleh dipanggil sebagai Nurin Alert ini.
Hi Zainon. I am sure you must feel very strongly about this to blog about it.
Mula-mula I pun heran juga kenapa mereka jemput keluarga Nurin dan dalam hati tergerak juga perasaan kurang senang. Tapi bila I tunggu dan dengar sampai habis forum tu baru I faham tujuan mereka. Pasal I blogged about the bond of human sympathy. Buat keluarga Jazimin, mereka berterima kasih atas keperihatinan org2 yg turut bersedih. Sekarang Nurin bukan lagi anak mereka seorang. Nurin telah di kenali, dikasihi dan ditangisi semua rakyat di seluruh pelusuk negara ini. Jazimin faham dan mereka berterima kasih atas keprihatinan semua. Itu fasal dia setuju hadir.
Salah satu cara untuk mereka meneruskan hidup ini ialah supaya kematian Nurin tidak sia-sia. Cuba Zainon kaji semula peristiwa awal sejak kehilangan Nurin. Kelewatan pihak polis bertindak adalah salah satu dari kemungkinan Nurin tidak dapat dijumpai dengan segara. ni satu realiti dimerata dunia.
Tembam sedar Zainon turut bersedih dna marah sebab tak sanggup nak mengingati peristiwa ngeri ini. Tapi, buat keluarga Nurin, mengingati anak mereka melalui suatu inisiatif yang memang berfaedah bermakna anak mereka masih hidup di hati dan minda kita semua. Dengan adanya sistem Nurin Alert ini, insyaAllah kita harap tiada lagi peristiwa saperti Nurin. Untuk meng=agdakan sistem ini bukan memerlukan wang atau peralatan canggih tetapi koordinasi yang lebih selaras. Itu yang sedang kami usahakan supaya pihak polis, media dan masyarakat tahu apa nak buat jika berlaku lagi situasi anak kecil hilang. Tidak semudah yang Zainon anggap. Kalau mudah makna sesiapa saja boleh buat, tapi siapa akan awasi supaya sistem tu tidak disalah gunakan? I suggest Zainon kaji sistem Amber Alert in the US dan bagaimana sejarahnya.
I did a lot of research on this and I believe it is a good system. In my interaction with her family I know they are happy that we are doing something good in memory of their daughter. It is part of the healing process. And in Nurin's case, the entire country needs to heal.
Thank you for your concern. Saya harap Zainon akan baca post awal saya mengenai sistem ini dan lebih memahami usaha Citizens for Nurin Alert. Kalau ada saranan yang boleh dimanfaatkan bersama kami sedia menerima pandang anda.
Nak tambah sikit Zaini. Mula2 I ingatkan Zainon seorang perempua. Rupanya nama you Mohamad Zaini. Entah kenapa selalunya kaum lelaki yang berlainan pandangan. Tapi kita terima sebab tak semua manusia akan setujut dengan kita. Tapi yang I harap daripada you Zaini is to study something carefully before you comment. Maybe you thought we were being beartless and trying to benefit from this tragedy. I feel very sad that you feel that way especially this comment "Yang masih hidup menggunakan si mati untuk agenda peribadi." Memang ada mereka yang sedang dan akan ambil kesempatan keatas keluarga Nurin. Kami harap Jazimin dan keluarga dapat menilainya sendiri.
In the case of Citizens for Nurin Alert, anggapan Zaini ni tak tepat. Salah seorang pak cik Nurin iaitu Jasni turut berusaha untuk menjadikan sistem ini suatu realiti. InsyaAllah, kami harap sistem ini benar-benar berkesan tapi kami turut juga berdoa supaya no child ever goes missing. But that is not likely. Sebagai blogger, kami harap zaini akan turut serta menyokong sistem ini apabila telah memahami apa yang kami perjuangkan. Untuk mereka yang ambil kesempatan, Allah akan memberi balasan setimpal dunia dan aknirat. Allah maha mengetahui.
Dear tembam,
You had made tremendous effort to push for a national alert system when a child is missing. I understand that you had spent hours and hours of your energy and precious time to materialize this dream. You are a model of a concern citizen of the safety of our younger generation. And you have my total respect for that.
I could have never done that.
However in my humble opinion, (sorry, there’s always a but); we are a small country with around 26 millions people only. So, to have a system like amber alert is a shoe too big for us to fit in. We do not need what america have, it will make us a laughing stock; same as when u see a hiphop lad wearing totally oversize jeans and t-shirt fit for three. This yo-yo effect, i.e. copying what others do without limiting corners of our ability, locality and suitability may just end up as a waste. What i mean in my post is that we just need a simple yet effective system this country can afford. And don’t you think any kind of alert system should be activated months ago? Must we argue and wait until a new body found? But thankfully, there’s a lot of bloggers like you that are still have a humane sense of responsibility.
Hi Zainon, saw your callsign over at Ms Tembam's place.
Re 'alerts'...here in Canada, the moment a child or someone kidnapped, especially a child and once confirmed by the cops, an 'orange alert' is flashed immediately on all our highway signs, those large highway signs across highways indicating road conditions and directions. Its called, "Amber alert".
And it works as child, car in, info is displayed and thousands will see it within seconds. Very effective.
Very often the cops nailed the culprit within hours.
You keep well and have a nice day, UL.
Hi Zen Non, when I first nampak the profile picture, it took me awhile wonder what it was? Ha ha. Even took off my reading glasses tengok closeup.
Alamak? Itu kerbau or Seladang? Holy Smoke!
I like your sense of humour, Zen Non.
You have a nice day, Lee.
ps, drop in, I replied to your hilarious comment.