Sajak Bunga

Feb 24, 2010 by: zen non

Bunga-bunga mekar dan layu dalam masa beberapa hari,
satu bunga mekar dan terus mekar bertahun-tahun,
satu bunga bukan hidup menelan yang mahu baru hidup,
satu bunga dalam bilik sunyi mengembangkan kelopaknya di dalam gelap,
gelap ditemani besi kelopak kembang seperti ekor merak,
nektar yang beracun diminum oleh manusia,
ada yang berbisa ada yang sudah tegar.

Apa yang wajar dilakukan ialah semua Muslim berduit mengeluarkan simpanan mereka dan mula meminjamkan kepada muslim lain yang memerlukan tanpa cagaran dan faedah pinjaman. Tidak ada syarat yang zalim atau membebankan mana-mana pihak di kemudian hari. Yang ada hanyalah takwa.Kebijaksanaan pemiutang memilih penghutang perlulah berteraskan pegangan halalan thoyyiban. Risiko dikurangkan dengan ilmu meminjam di dada dan sifat takut yang tebal untuk melakukan dosa. Namun demikian, terleka, padah pasti datang menimpa. Terlena jawabnya merana. Ilmu perniagaan ilmu utama, ilmu meminjam terkandung di dalamnya. Wajar juga mengetahui hukum-hukum dan perintah dalam bidang perniagaan.

Kebijaksanaan hingga membawa keuntungan atau kebijaksanaan dan ketenangan ketika menempuhi ujian kerugian adalah kayu kepada anduh. Tiada kayu tiada anduh. Keuntungan jujur menyemarakkan kerancakan pemenuhan tuntutan. Secara jujur perniagaan berjalan. Jual beli yang puas hati, adil dan tenang bersemarak ke seluruh kota bak bara-bara daun yang ingin membakar sebuah rumah kayu di pinggir desa.

Ungkapan kenyataan pastilah menggegarkan. Hatta bicara dalam metafora. Maka dengan rendah diri melihat sujudnya bayang-bayang, menyedari hakiki ketidakcapaian. Bagaimanapun tetap ingin menghulurkan tangan.

Bulan terang, hati senang,
hari-hari sudah tak ada hutang,
langit hitam tanpa bintang,
sama seperti rumah kelam tanpa hiasan,
sama seperti cahaya bintang yang dipinjam pada waktu malam,
berkelip-kelip mata manusia menyelesaikan masalah hutang berleluasaan.

Tidak berkedip manusia mengawasi,
tiga perangkap utama iblis,
riak takabbur,
tamak haloba, 
cemburu buta. 
Jerangkap samar di mana-mana,
Bila terpijak bakal terbakar,
kaum lelaki tundukkanlah pandangan,
dengan redha dan penuh takwa.


Blogger Templates

Blogger Templates

Filed under: