September 9, 2001
Sep 10, 2009 by: zen nonEsok ialah ulang tahun kemusnahan Pusat Dagangan Dunia delapan tahun lalu. Tidak wajarlah kita menangisi pemergian mereka sedangkan di atas meja makan kita masih tercemar dengan noda mereka. Hari ini kitakan mengingati seorang wira macapada.
Wira ini telah dibunuh dengan kejam oleh dua orang pembunuh upahan dua hari sebelum peristiwa kemusnahan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September, 2001. Wira ini jasanya pada agama, nusa dan bangsa. Wira ini sudah menang ke atas jihad melawan nafsu dan dengan kemenangan itu beliau bawa untuk menangani serangan tentera Rusia. Beliaulah yang digelar Singa Panjshir. Gelaran yang diperolehinya ketika menumpahkan peluh dan darah demi mempertahankan tanah sempadan muslimin di Pergunungan Himalaya dari dicemari tangan-tangan yang tidak percaya pada-Nya.
Selang beberapa lama kematian beliau, tentera konfederasi dengan mudahnya menggunakan alasan anti-keganasan membuka tapak di bumi Afghanistan. Lantaran kejadian sebenar tidak tertafsir kenyataannya, kematian sang wira pemenang anugerah Nobel tiada yang mahu tahu.
The Assassination of Ahmad Shah Massoud Biography of Ahmad Shah Massoud
待望の新・都市伝説サイト誕生!!高確率の出会い率を誇るサイトに侵入した調査員が実際に体験した刺激的な体験とは…?信じるか信じないかはあなた次第!