Sep 13, 2009
by zen non
1 Malaysia adalah satu jenama yang dibawa oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika beliau mula-mula memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Produk jenama ini ialah Negara Malaysia itu sendiri. Produk ini bagus sekali. Rakyatnya walaupun kecil namun masih mempunyai daya juang yang terpuji dalam memperkasakan entiti sebuah negara. Peningkatan sistem pentadbiran negara berterusan dari masa ke masa. Keulungan negara gagasan utama.
Bagaimana kekang begitulah kudanya,
Bagaimana senang begitulah susahnya,
Terang jalan bersuluh api ternyala,
Menentang rangkakan kegelapan,
Merungkai rahsia siang,
Tenggelam dalam cahaya,
Tak kira malam tak kira siang,
Manusia berjalan,
Dipandu, terpandu, memandu,
Kesemua arah orang menuju,
Bersetuju atau tidak bersetuju;
Seperti sekaki payung,
Hujung itulah puncak pabila kembang,
Maka berpegangan benang-benang nilon,
Berpegang-pegang membina kitaran,
Kitaran yang semakin mengecil,
Hingga tertumpu di puncak,
Puncak yang jadi hujung apabila payung itu tidak digunakan.
Pengurusan sesebuah negara adalah suatu cabaran. Hebatnya cabaran ini tidaklah sehebat cabaran terhadap seorang miskin yang tidak henti-henti melakukan kerja buruh dari pagi dan pabila petang, dia pulang dengan beberapa keping wang sahaja yang boleh habis dengan sebelanja. Namun cabaran kepada pemimpin tidaklah harus diperkecilkan juga. Cuma si papa kedana lebih kuat diduga dengan serba serbi kekurangan.
Kambing biri-biri tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka bergerak dalam kumpulan yang besar, sekadar mengikuti kambing yang di hadapan. Jika ada yang tertinggal atau tersalah langkah, pasti kan sesat biri-biri itu hingga tidak kenal lagi jalan pulang. Maka, untuk memastikan biri-biri itu semua selamat dan makan rumput yang halal, memerlukan pengembala yang berpengetahuan. Tanah mana yang bukan larangan, rumput mana yang tidak diracun, bukit mana yang tidak berserigala.
Bagaimana kekang begitulah kudanya,Bagaimana senang begitulah susahnya,

Sep 10, 2009
by zen non
Esok ialah ulang tahun kemusnahan Pusat Dagangan Dunia delapan tahun lalu. Tidak wajarlah kita menangisi pemergian mereka sedangkan di atas meja makan kita masih tercemar dengan noda mereka. Hari ini kitakan mengingati seorang wira macapada.Wira ini telah dibunuh dengan kejam oleh dua orang pembunuh upahan dua hari sebelum peristiwa kemusnahan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September, 2001. Wira ini jasanya pada agama, nusa dan bangsa. Wira ini sudah menang ke atas jihad melawan nafsu dan dengan kemenangan itu beliau bawa untuk menangani serangan tentera Rusia. Beliaulah yang digelar Singa Panjshir. Gelaran yang diperolehinya ketika menumpahkan peluh dan darah demi mempertahankan tanah sempadan muslimin di Pergunungan Himalaya dari dicemari tangan-tangan yang tidak percaya pada-Nya.
Selang beberapa lama kematian beliau, tentera konfederasi dengan mudahnya menggunakan alasan anti-keganasan membuka tapak di bumi Afghanistan. Lantaran kejadian sebenar tidak tertafsir kenyataannya, kematian sang wira pemenang anugerah Nobel tiada yang mahu tahu.

The Assassination of Ahmad Shah Massoud Biography of Ahmad Shah Massoud
About This Blog
This is where I practice my writings.
Inilah tempat aku mengasah kemahiran menulis.
Segala pujian hanya kepada Allah SWT.
All praises are due to Allah The One God.
Komentar dan kritikan amat dialu-alukan.
Comments and critics are most welcome.
Pembaca boleh mengambil mana-mana artikel yang diminati, cuma jangan dinasabkan sebagai hak sendiri.
Readers may take any interesting articles, but just don't claim it as yours.

Subscription/Langganan via Email
Anda ingin pemberitaanpos terkini melalui emel?
Get the latest updates
Service provided by FeedBurner
Quran Search Engine
Recent Posts/ Pos Terkini
Popular Posts
-
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Astronomi dan masyarakat ialah dua perkataan dengan makna yang luas nian. Astronomi ialah kajian dan pemer...
-
Artikel berikut merupakan tugasan kursus fiqh islami. Disiarkan dengan niat kerana Allah supaya dapat menjadi panduan. Tidak dibenarkan di...
-
Pada Waktu Pagi Pagi itu embun masih jatuh menyiram wajah bumi. Air yang luluh dari langit menyusun rezeki hari ini. Desiran angin dingin m...
-
Resipi Siakap Kukus Bahan-bahan Ikan siakap Minyak zaitun/minyak sayuran Minyak bijan - satu/dua sudu Daun kunyit - 1 helaian yang leb...
-
His voice is beautiful. His talks is powerful. His stories are the truth. His intention is true. Iman.mp3 64kbps.22kHz Year: Unknown Size:3...
-
Perjalanan manusia merentas masa bermula ketika Nabi Adam alaihissalam menjejakkan kakinya kali pertama di muka bumi pada hari Jumaat. Hakik...
-
Update Time: Fri. 4:51am, 26 March 2008 (Please correct me if I am wrong) This is the first time I write about politics. To me, politics w...
-
Intro oleh seorang saudara: Ustaz Nouman Ali Khan dari Dallas, Texas.....(sorii..tak dapat salin) Tajuk ceramah: Lesson from Surah ar-Rah...
-
Pendahuluan Bab 1 Bab 2 Peta Bab 3 dan Bab 4 Bab 5 & Penutup Bab 0 - Pendahuluan Ilmu yang paling tinggi adalah ilmu ketuhanan. Orang ya...
My Other Sites
My Blog List
-
-
A Dua for the People of Gaza1 year ago
-
Hello world!2 years ago
-
Never Again they said….They lied!7 years ago
-
-
-
Ramadaan and the Quran10 years ago
-
-
-
-
-
Officially Closed15 years ago
-
-
-
-
-
Followers
Labels
- Bahasa Melayu (32)
- Downloadable (7)
- English (42)
- Gambar/Pictures (1)
- Kisah Perjalanan Manusia (2)
- recipe (1)
- Sajak/Poem (2)
- Siri Kisah Penuntut Ilmu (6)
- Siri Tanah (1)
- Video (2)
- Wira Cahaya (2)