Memahami dan Menghargai Sejarah

Aug 4, 2010 by: zen non


Bahagian I
Panjang nian cerita tentang makhluk yang bernama manusia. Tidak terhitung peristiwa yang menimpa. Di dalam setiap peristiwa, pasti ada pengajaran dan penyelesaian yang boleh dikandung manusia sepanjang perjalanannya.

Panjang nian sejarah perjalanan manusia. Bumi ini tempat bermula. Kendati jauh mana pun manusia sudah melangkah, wajarlah seandainya dihayati bekas tapak kaki yang dtinggalkan nenek moyang kita. Mungkin manusia ini senantiasa terlupa. Lantas bila berjalan sering tersadung tunggul yang sama. Jika diingat maka selamat, jika tidak parah padah yang menimpa.

Bermula dari satu keluarga yang menetap di Jazirah Arab pada suatu masa dahulu, manusia seterusnya mengganda berkali-kali ratus ribu jumlahnya. Keberadaaan manusia kekal kini kerana ilmu yang dimiliki. Ternyata ilmu teras kegemilangan bangsa-bangsa manusia.

Bangsa pertama bangsa Suryani. Namun nasib bangsa ini sudah tertulis untuk terhapus di dalam satu peristiwa banjir yang sangat besar sehingga air naik ke gunung. Hampir saja manusia pupus. Akan tetapi, sebilangan manusia terselamat setelah mereka menaiki sebuah bahtera. Selepas banjir mulai reda, bahtera itu pun mendarat di atas Gunung Judiy, Turki.

Di antara mereka yang berada di atas kapal itu adalah sebuah keluarga dengan tiga orang anak lelaki. Maka, dari keluarga inilah manusia mula berbangsa-bangsa.
`                            Daripada sekeluarga menjadi desa,
                              Desa menegakkan kota,
                              Di dalam kota majunya bangsa,
                              Bangsa yang besar berkaum-kaum,
                              Kaum yang besar bersuku-suku,
                              Semua didikan berasal dari ayahanda yang satu.

Pada awalnya, manusia membuka kota Babil di Iraq. Mereka berkerajaan di situ. Bagaimanapun, oleh kerana peristiwa perpecahan bahasa, anak-anak ketiga-tiga orang adik beradik itu pun mengambil keputusan untuk membuka penempatan baru.
Ketiga-tiga orang adik beradik itu bernama Yafits, Sam dan Ham bin Nuh a.s. Anak-anak Yafits berkelana ke arah timur dan utara di benua Asia.. Anak-anak Ham bermigrasi ke arah barat dan selatan di benua Afrika. Manakala anak-anak Sam terus tinggal di kota Babil di bawah pemerintahan Raja Jamm ketika itu. Daripada anak-anak Yafits, Sam dan Ham inilah maka diambil nama-nama bangsa yang baru muncul ini.

Nota kaki
Kajian oleh pihak National Geographic ke atas tulang-tulang orang Babylon kuno dan penduduk kota Babil sekarang menunjukkan pembawaan bahan-bahan genetik yang sama dengan manusia moden secara keseluruhannya. Malah peristiwa banjir besar itu dikisahkan melalui batu bersurat ke-XI Gilgamesh (XI tablet) dan juga batu bersurat ke-III Atrahasis.





Bahagian II

Di sepanjang sejarah, titik-titik putih seringkali muncul di atas garisan-garisan hitam yang melakari kehidupan manusia. Titik-titik putih ini adalah saat-saat di mana manusia telah berjaya mengubah kegelapan hati manusia ketika itu untuk terus hidup dalam kemakmuran. Suatu pergelutan yang saksama, seperti malam yang mengejar siang, keamanan menentang peperangan, kelaparan menghapuskan pertimbangan, kealpaan menghilangkan amalan, amalan silam amalan baru.

Sesungguhnya suatu masa dahulu, bapa-bapa manusia mengajar anak-anaknya akan amalan, pengetahuan dan kepercayaan yang boleh menguatkan sesuatu bangsa. Maka bangsa-bangsa manusia menjadi hebat-hebat belaka. Akan tetapi, manusia yang licik telah mengubah didikan nenek moyang mereka. Kemudian, mereka mengajar pula amalan yang salah ini kepada anak-anak mereka sehinggalah sebahagian ilmu terdahulu yang mereka tidak mahu dihilangkan. Akibat kesilapan ini maka lenyaplah banyak bangsa dan kaum yang gagah dahulunya. Apa yang mereka tinggalkan hanyalah bangunan dan monumen yang menjadi bukti peradaban songsang mereka. Semua ini hanyalah kerana mereka menyalahgunakan ilmu yang diberi. Manusia mencipta peperangan, melakukan penindasan dan menzalimi antara sesama. Maka, tiga tapak piramid, sebuah formasi batu yang usang, tembok-tembok yang panjang dan patung-patung yang merenung lautan di Pulau Easter dan Rhodes menjadi saksi kegemilangan sivil, matematik, sains dan kejuruteraan bangsa-bangsa dan kaum-kaum lama ini.
Anak-anak Yafits, Sam dan Ham membuka perkampungan baru yang mana kini menjadi di antara negara-negara tertua di dunia. Ethiopia, Sudan, Mesir, Yaman, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Arab, negeri-negeri Syam, Turki, Parsi, Iraq, China, India dan Yunani adalah contoh-contoh negara tertua. Negara-negara yang berjauhan ini mula berdagang. Jalan Sutera akhirnya terbentang dari kepulauan Mediterranean hingga ke China. Demi menguasai jalan yang panjang ini, ramai sudah raja-raja yang rebah di hujung mata pedang, ramai lagi rakyat yang menikmati kemewahannya.

Period kemuncak dalam sejarah kehidupan manusia adalah pada abad ke 7 Masihi. Peristiwa-peristiwa besar sebelumnya berlaku semata-mata untuk mencapai kemuncak ini. Pada permulaan abad ini, seluruh manusia pada dasarnya hidup di dalam penderitaan, wabak, penindasan dan perkembangan kaum-kaum pagan dan penyembah-penyembah idol. Bagaimanapun, semua itu bakal mengalami perubahan, peringkat demi peringkat, dengan munculnya seorang guru. Guru itu membawa selautan ilmu. Dengan panduan yang siap dibina oleh guru ini, manusia akhirnya menemui kembali ilmu-ilmu yang telah hilang. Mereka menguasai dan memperkembangkan lagi ilmu-ilmu sains, filosofi, matematik, astronomi dan pentadbiran orang Yunani. Ilmu-ilmu lain lantas muncul satu persatu sehingga sekarang mengikut aturan. Dengan ilmu dan kemakmuran, manusia lantas bangkit semula dari debu-debu yang tidak putus-putus beterbangan. Namun demikian, sekali lagi manusia menggunakan ilmu itu untuk berperang dan melakukan kezaliman.

Same sun.
Same Earth,
Same moon,
..when the universe accelerates and expands,
so does time,
therefore, an hour today can easily be a day in the days of old,
…when everything move forward faster,
so why then we still mingle in the life of the pasts?
 27-6-2009
 Blogger Templates
Blogger Templates

Filed under: