3 Lontaran
Aug 14, 2009 by: zen nonBismillah ar-Rahman ar-Raheem,
Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian.
Bangsa itu sakit apabila dilemahkan akal. Akal yang lemah memberi peluang kepada fitnah. Malah, melihat orang yang olok-olok dibunuh adalah salah satu contoh agen pelemah akal. Meskipun agak lemah, ia membawa kesan berpanjangan Ini pendapatku. Bagaimanakah agar kita secara individu dan secara komuniti dapat melindungi sempadan udara kita dari serangan minda yang berleluasa melalui radio, televisyen dan internet?
Pertarungan di antara hati dan minda yang kuat disuarakan oleh tokoh pemikir Islam antarabangsa, Imam Anwar Al-Awlaki pastilah suatu isu yang serius diperbincangkan. Bagaimanakah tindakbalas seseorang individu dan sesebuah komuniti terhadap laporan Institut RAND,Civil Democratic Islam, yang ditulis oleh Cheryl Benard pada tahun 2003?
Bungkam mungkin kerana sudah putus hubungan neuron-neuron yang jarang-jarang digunakan atau dikhayali pandangan memerlukan kesedaran. Bangkit dari sifat sendirian menuju penyatuan yang menjayakan. Kerdil bukanlah dalam sejarah senantiasa akan dilapah menjadi santapan. Asal ruas tidak berbuku, apabila keras menimbal tekanan. Seorang anak murid kepada Syeikh Ahmad Jibril pernah menintakan senarai ubatan untuk penyakit hati. Bagaimanakah kita secara individu dan secara komuniti mengaktifkan sistem pertahanan jasad dan rohani dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang diajarkan oleh guru-guru masa kini demi menghadapi serangan memoderasi?
p/s: Tidak apa kalau tiada jawapan. Wahai Yang Maha Berkuasa, kami serahkan urusan kami di dunia ini kepada-Mu, selamatkanlah kami semua di dunia dan di akhirat.