Dec 11, 2009 by zen non
The Malays are humble people. We do not falls into the trap of jealousy easily. "Some men's success is the blessing of the Most Gracious Allah to them," that is what we Malays always say, aren't we?

Genetically saying, the knowledge of the whole generations will be passed down to their young ones. Maybe not all, but the elemental parts of making a unique Malay in a unique world are always there. And so does everyone. Everyone is there. Living in a parallel with everyone else. Living in a threaded string connecting the past, present and the future.

Solving the genetic equation of blood over space in time exponent might present us the fruit of knowledge to produce great generation of Malay men. Great men meant for gold. But the greatest of Malays are so humble they have almost no desire of a worldly gain. What is enough are already there.

Great men of Malays just pass and go nowadays.
Dec 6, 2009 by zen non
Nowadays when I come into any cybercafe,
choose a sit at P.C.13,
go to the counter and say exactly "Open 13",
and the gateway to information haven will be opened for me.

Wow! (a long one)


Sep 13, 2009 by zen non
1 Malaysia adalah satu jenama yang dibawa oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika beliau mula-mula memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Produk jenama ini ialah Negara Malaysia itu sendiri. Produk ini bagus sekali. Rakyatnya walaupun kecil namun masih mempunyai daya juang yang terpuji dalam memperkasakan entiti sebuah negara. Peningkatan sistem pentadbiran negara berterusan dari masa ke masa. Keulungan negara gagasan utama.

Bagaimana kekang begitulah kudanya,
Bagaimana senang begitulah susahnya,
Terang jalan bersuluh api ternyala,
Menentang rangkakan kegelapan,
Merungkai rahsia siang,
Tenggelam dalam cahaya,
Tak kira malam tak kira siang,
Manusia berjalan,
Dipandu, terpandu, memandu,
Kesemua arah orang menuju,
Bersetuju atau tidak bersetuju;
Seperti sekaki payung,
Hujung itulah puncak pabila kembang,
Maka berpegangan benang-benang nilon,
Berpegang-pegang membina kitaran,
Kitaran yang semakin mengecil,
Hingga tertumpu di puncak,
Puncak yang jadi hujung apabila payung itu tidak digunakan.

Pengurusan sesebuah negara adalah suatu cabaran. Hebatnya cabaran ini tidaklah sehebat cabaran terhadap seorang miskin yang tidak henti-henti melakukan kerja buruh dari pagi dan pabila petang, dia pulang dengan beberapa keping wang sahaja yang boleh habis dengan sebelanja. Namun cabaran kepada pemimpin tidaklah harus diperkecilkan juga. Cuma si papa kedana lebih kuat diduga dengan serba serbi kekurangan.

Kambing biri-biri tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka bergerak dalam kumpulan yang besar, sekadar mengikuti kambing yang di hadapan. Jika ada yang tertinggal atau tersalah langkah, pasti kan sesat biri-biri itu hingga tidak kenal lagi jalan pulang. Maka, untuk memastikan biri-biri itu semua selamat dan makan rumput yang halal, memerlukan pengembala yang berpengetahuan. Tanah mana yang bukan larangan, rumput mana yang tidak diracun, bukit mana yang tidak berserigala.
Sep 10, 2009 by zen non
Esok ialah ulang tahun kemusnahan Pusat Dagangan Dunia delapan tahun lalu. Tidak wajarlah kita menangisi pemergian mereka sedangkan di atas meja makan kita masih tercemar dengan noda mereka. Hari ini kitakan mengingati seorang wira macapada.

Wira ini telah dibunuh dengan kejam oleh dua orang pembunuh upahan dua hari sebelum peristiwa kemusnahan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September, 2001. Wira ini jasanya pada agama, nusa dan bangsa. Wira ini sudah menang ke atas jihad melawan nafsu dan dengan kemenangan itu beliau bawa untuk menangani serangan tentera Rusia. Beliaulah yang digelar Singa Panjshir. Gelaran yang diperolehinya ketika menumpahkan peluh dan darah demi mempertahankan tanah sempadan muslimin di Pergunungan Himalaya dari dicemari tangan-tangan yang tidak percaya pada-Nya.

Selang beberapa lama kematian beliau, tentera konfederasi dengan mudahnya menggunakan alasan anti-keganasan membuka tapak di bumi Afghanistan. Lantaran kejadian sebenar tidak tertafsir kenyataannya, kematian sang wira pemenang anugerah Nobel tiada yang mahu tahu.

The Assassination of Ahmad Shah Massoud Biography of Ahmad Shah Massoud
Aug 21, 2009 by zen non
Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem.

Mari mulakan dengan satu matawang. Matawang yang mempunyai emas berkilau berberat setara nilai tertera. Duit kecil ialah syiling. Syiling yang tak berguna pada dewasa kerana hanya mampu membeli barang 5 ringgit sahaja. Tiada berasas kepada penciplakan, nilai matawang seumpama dinar ini amatlah selamat untuk naik.

Begitulah yang kurasakan.


Let’s start with a note. A shining note with its equivalent value weight of gold printed on its face. Loose change will be schillings. Schillings those are worthless to adults as they can make only a purchase of no more than RM5. Baseless to forgery, the value of this kind of dinar always rise safely.

I’m just practicing my freedom responsibly.

(Apa yang kumaksudkan ialah duit kertas yang mempunyai emas ditinta di atas duit itu, seperti benang emas atau cop mohor sebagai contoh. Emas itu beratnya sama dengan nilai duit tersebut. Sebagai andaian, 1gram emas pada not kertas seratus ringgit)

Imej dipinjam dari sini, yang memaparkan berita emas di Malaysia.
Aug 14, 2009 by zen non

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,
Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian.


Bangsa itu sakit apabila dilemahkan akal. Akal yang lemah memberi peluang kepada fitnah. Malah, melihat orang yang olok-olok dibunuh adalah salah satu contoh agen pelemah akal. Meskipun agak lemah, ia membawa kesan berpanjangan Ini pendapatku. Bagaimanakah agar kita secara individu dan secara komuniti dapat melindungi sempadan udara kita dari serangan minda yang berleluasa melalui radio, televisyen dan internet?


Pertarungan di antara hati dan minda yang kuat disuarakan oleh tokoh pemikir Islam antarabangsa, Imam Anwar Al-Awlaki pastilah suatu isu yang serius diperbincangkan. Bagaimanakah tindakbalas seseorang individu dan sesebuah komuniti terhadap laporan Institut RAND,Civil Democratic Islam, yang ditulis oleh Cheryl Benard pada tahun 2003?


Bungkam mungkin kerana sudah putus hubungan neuron-neuron yang jarang-jarang digunakan atau dikhayali pandangan memerlukan kesedaran. Bangkit dari sifat sendirian menuju penyatuan yang menjayakan. Kerdil bukanlah dalam sejarah senantiasa akan dilapah menjadi santapan. Asal ruas tidak berbuku, apabila keras menimbal tekanan. Seorang anak murid kepada Syeikh Ahmad Jibril pernah menintakan senarai ubatan untuk penyakit hati. Bagaimanakah kita secara individu dan secara komuniti mengaktifkan sistem pertahanan jasad dan rohani dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang diajarkan oleh guru-guru masa kini demi menghadapi serangan memoderasi?



p/s: Tidak apa kalau tiada jawapan. Wahai Yang Maha Berkuasa, kami serahkan urusan kami di dunia ini kepada-Mu, selamatkanlah kami semua di dunia dan di akhirat.

bonus read: Stress…How To Cope With It?

Aug 12, 2009 by zen non

One way to spread goodness is to recite the Quran aloud at home as frequent as one can. It will not only ward off demons away, but it will also bring a good image for the whole Muslim community.


---------------------------------********-------------------------------

A local bus is what we needed. A local masjid will make a difference. In view of space occupied by Muslim Malays from the beginning up until now, a nearby masjid is essential for the development of a peaceful town. A masjid attracts devotees five times a day, making small businesses around it to flourish in time. What are needed are local buses that operate efficiently in a small radius of vicinity and a local bus station that sit next to a masjid. Everyone can surely benefit from such activities. Cast away any worries that emerge from the depth of thy soul, because Islam is a religion that carries fairness through strict orders of The God. People trade and people pays, a collection counter at the masjid will surely makes this country rich. Then this richness can be distributed daily.


---------------------------------********-------------------------------

Fishing is for the patient hearts. Many will drown enduring this challenge. But to watch someone catching a fish is some fun. The Rajang River may have some real big fish. A three days’ fishing tournament is what in my mind. Participants are drawn by prizes and monies. Sponsors are everywhere to be found. The chance of returned investment is achievable mathematically. Teams are combination of local folks and rich boys from the cities. This is a way to tie relationship of the Borneos to the mainlanders. The short stint of three days has the impact of year-long bonding. Such national event will surely generate people attention to the joy of racial diversities in our beloved country. But all in all, it must be shown live on the tv. :)


---------------------------------********-------------------------------

A good act can be unpleasant to some. Respecting neighbours is the teaching of the Prophet SAW even though our next door neighbours are from clan of Jews. Like a planet that move from a system to system, our neighbours change when we move from place to place. 40 people around us all the time are the neighbours. Be good to them makes the key to Jannah.


---------------------------------********-------------------------------

This life is destined, now how do we secure the future of our bloodlines? "Fear Allah and Allah will teach you," Sheikh Ahmad Jibril, our modern day's scholar.

Dec 15, 2008 by zen non

Ilmu itu telah melalui sejarah yang panjang. Tanpa ilmu, manusia tidak mungkin dapat hidup melata di atas muka bumi ini. Sejarah ilmu milik manusia bermula daripada langkah yang pertama. Langkah pertama diambil oleh manusia pertama, Nabi Adam a.s.; segala doa kesejahteraan untuknya. Langkah pertama untuk langkah terakhir. Di saat itulah ilmu mula-mula diamalkan.

Pemandangan di bumi ketika itu indah sekali. Matahari yang bersinar megah kelihatan dari horizon ke horizon. Sebidang tanah yang cantik telah sedia untuk diterokai oleh baginda ayahanda. Air mengalir dari celah-celah retakan batu menyuburkan tanah. Mengairi bumi dengan dua rasa. Di teras bumi besi membara. Padang bunga terbentang merata. Begitulah lebih kurang suasananya. Di bumi yang indah kuburan manusia.

Baginda ayahanda berusia lama. Ratusan tahun umurnya. Anak-anaknya ramai. Ibunda ialah Hawa a.s., doa sejahtera buat bonda tercinta. Amalan kehidupan yang mereka ajarkan, moga kan sampai ke akhir zaman. Nabi Adam yang telah mengajar Qabil ilmu tumbuhan dan Habil ilmu-ilmu tentang binatang di samping ilmu-ilmu lain seperti kepercayaan, moral, kekeluargaan, kemasyarakatan, pentadbiran sumber, pertukangan, kejuruteraan, undang-undang, perubatan dan sebagainya. Sukar dipercayai jika dikatakan ilmu-ilmu ini telah hilang, kerana manusia telah mencapai kemajuan yang pesat sekali. Malah nama Adam dan Hawa itu sendiri tak lekang dek hujan, tak lapuk dek zaman. Tetap dipakai sehingga kini. Lantas di manakah yang dikatakan telah hilang. Yang telah hilang mungkin ialah tindakan di atas kepercayaan.

Bukakan buku-buku sains dan yang berkaitan dengannya. Sains itu menceritakan tentang proses penciptaan. Sains juga boleh digunakan untuk mencapai banyak tujuan. Suatu keganjilan telah berlaku di dalam buku-buku sains. Ilmu sains yang diajar baginda ayahanda, tidak lengkap tanpa nama Pencipta. Tuhan yang menciptakan setiap suatu kejadian tiada namanya di dalam buku sains. Keganjilan ini suatu kebimbangan yang pasti. Bagaimanakah belajar sains jika tidak tersampai kepada Allah Yang Maha Mencipta? Sesungguhnya rahmat kepada pelajar semakin pudar membuatkan keselamatan mereka terancam. Maka apakah kita masih mahu berdebat tentang bahasa, sedangkan pengisian sebenar telah dicicirkan sekian lama. Pemisahan ini telah berlaku. Maka wajarlah langkah seterusnya ke arah percantuman semula. Penyaduran semula perlu berlaku. Inilah tindakan yang perlu diambil oleh insan yang percaya.

Ajaran Nabi Adam hanyalah permulaan. Permulaan yang bagus oleh bapa yang bagus. Agar anak-anaknya boleh menyampaikan ajaran dan amalannya kepada cucu cicit baginda dan seterusnya. Azam ayahanda telah pun disempurnakan beberapa ribu tahun kemudian. Pendidikan yang bermula dari keluarga yang kecil kepada bangsa-bangsa besar oleh rasul-rasul yang terkenal seperti Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s., hinggalah akhirnya disempurnakan oleh penyampaian pendidikan rasul dan nabi yang penutup, Nabi Muhammad s.a.w., salam sejahtera buat baginda sekeluarga. Baginda ialah guru kepada seluruh umat manusia. Baginda membawa ilmu yang telah ditempa dengan sempurna beribu tahun lamanya dari Zaman Rasul dan Raja untuk amalan hidup sejahtera; dunia dan akhirat kepada setiap orang yang mahu mengamalkannya.

Betapa canggih pun sistem pendidikan abad ke 21 ini, tidak mungkin ia menandingi kehebatan ajaran guru-guru sejati yang terdiri dari kalangan rasul dan nabi. Pengajaran mereka ini hanya berada di bawah langit berbanding apa jua sekolah dan universiti yang bertebaran di atas muka bumi ini sekarang. Begitulah hebatnya pengajaran dari zaman para rasul yang telah hilang dari dalam buku sains. Ilmu para nabi sebenarnya tercapai hingga ke akhir masa seperti air hujan yang kembali ke lautan. Ironinya Nabi Ismail a.s. telah meninggalkan kita sebuah perigi yang pernah hilang. Perigi tersebut bernama Zam-zam.

muat turun dalam pdf di sini
Bacaan berkaitan
1. Dunia Guru
2. The Well
3. Kisah Perjalanan Manusia
4. A teacher's view series - Ilham
4. A teacher's view series - Situation
6.A teacher's view series - After The Beginning
7. Legend of The Kings
8. I Would Also Like To Write About Politics
Nov 18, 2008 by zen non
Hari-hari yang berlalu tak pernah sepi meninggalkan kenangan kepada manusia. Perolehan hari ini adalah pendapatan esok hari. Galaksi berputar, bintang berputar, manusia pun berputar. Datang dan pergi. Pergi dan balik. Datangnya menemukan antara sesama. Perginya samada pasti akan hadir semula atau masih ragu-ragu apakah kiamatnya akan tiba esok hari. Kembalinya seperti sirih pulang ke gagang, pulang ke asalan. Sebagaimana putaran berlawanan arah jam seantero jasad-jasad angkasa, setiap insan juga mengorbit pola-pola kehidupan melawan masa. Hanya yang peka akan mengetahui jam di dinding itu berputar arahnya sendirian, sedangkan segala-galanya mengarau menentangnya.
Oct 22, 2008 by zen non

A nuclear engineer applies E=mc2 to produce energy from radioactive materials. An F-1 driver uses the Newton's Law to steer his car. A pilot make use of Bernoulli's Principle besides other conditions to fly safely. A chemist follows a set of rules making drugs. And once, a teacher taught them all.

The question is:
What do they think/have in common while they are at it?

Seorang jurutera nuklear manggunakan E=mc2 untuk menghasilkan tenaga dari bahan radioaktif. Seorang pemandu lumba F1 mengamalkan Hukum Newton mengemudikan kereta lumbanya. Seorang juruterbang mengaplikasikan Prinsip Bernoulli di samping syarat-syarat lain untuk penerbangan yang selamat. Seorang ahli kimia menuruti peraturan-peraturan tertentu untuk menghasilkan ubat-ubatan. Dan pernah suatu ketika, seorang guru mendidik mereka.

Persoalannya, apakah yang berada di dalam fikiran mereka ketika melakukan tugas masing-masing?

(This riddle was also posted on Darksiderg.com forum)

About This Blog

This is where I practice my writings.
Inilah tempat aku mengasah kemahiran menulis.
Segala pujian hanya kepada Allah SWT.
All praises are due to Allah The One God.

Komentar dan kritikan amat dialu-alukan.
Comments and critics are most welcome.

Pembaca boleh mengambil mana-mana artikel yang diminati, cuma jangan dinasabkan sebagai hak sendiri.
Readers may take any interesting articles, but just don't claim it as yours.