Showing posts with label Siri Kisah Penuntut Ilmu. Show all posts

May 21, 2008
by zen non
Pendahuluan
Bab 1
Bab 2
Peta
Bab 3 dan Bab 4
Kejayaan di dalam Perang Khandaq membuka lembaran baru dalam sejarah perkembangan umat Islam. Madinah kini telah bebas daripada cengkaman musyrikin Mekah. Keamanan yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya oleh Rasullullah untuk menaikkan kedudukan Madinah sebagai pusat pemerintahan dan perdagangan umat Islam. Tahun berikutnya, iaitu pada bulan Mac 628M bersamaan bulan Zulkaedah 6H, Rasullullah SAW membawa kira-kira 1,400 orang Islam Madinah ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Bagaimanapun, kedatangan mereka dihalang oleh kaum musyrikin. Maka, Rasullullah menghantar seorang utusan kepada penguasa Mekah untuk menyatakan tujuan kedatangan mereka. Utusan itu ialah sepupu baginda sendiri iaitu Uthman bin Affan. Bagaimanapun, Uthman telah ditangkap dan ditahan di Mekah. Kemudiannya, khabar angin tersebar mengatakan bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut bela atas kematian Uthman. Ikrar ini dikenali sebagai 'Baiátin ridhuan'.
Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun ketakutan. Dengan segera mereka membebaskan Uthman dan menghantar seorang ahli runding bernama Suhail bin Amru untuk membuat perjanjian dengan orang Islam. Di dalam perjanjian yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah ini, umat Islam dikehendaki pulang dan hanya boleh datang melakukan haji pada tahun berikutnya. Pihak musyrikin juga mengenakan beberapa lagi syarat yang tidak menyebelahi umat Islam. Rasullullah menerima semua syarat mereka. Kabilah haji itupun pulang semula ke Madinah. Bagi baginda, dapat melakukan haji dalam keadaan aman pada tahun berikutnya adalah lebih baik dari berkeras untuk menunaikan haji pada tahun itu. Baginda tidak mahu menumpahkan darah saudara-saudaranya yang berada di Mekah ketika itu.
Setahun kemudian, dengan senyap-senyap Rasullullah mengumpulkan sejumlah tentera dan berarak menuju ke kota Mekah. Penduduk Mekah amat terkejut dengan kedatangan tentera Islam secara tiba-tiba. Mereka tidak sempat untuk bersedia. Sebenarnya, begitulah tujuan Rasullullah menggunakan taktik serangan mengejut supaya Mekah dapat ditawan tanpa sebarang pertentangan.
Kebiasaannya, seorang penakluk akan menghancurkan apa sahaja yang ada di dalam kota yang baru ditawan. Penduduk kota itu akan dibunuh atau diperhambakan. Bagaimanapun, ajaran Rasulullah berbeza dengan kebiasaan penakluk lain. Baginda memberi keampunan kepada seluruh penduduk Mekah yang pernah menentangnya dan menghina Islam dan Rasul-Nya. Akhirnya, kota Mekah berjaya dikuasai oleh umat Islam tanpa ada sebarang pertumpahan darahpun. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ketika masuk ke Mekah adalah menghancurkan kesemua 300 berhala-berhala yang berdiri megah di Kaabah. Maka bermulalah era kegemilangan negara Islam dengan bebasnya Kaabah daripada kesyirikan.
Bab 5 – Babak Kesyukuran
Dunia ini ada orang yang kaya dan ada orang yang miskin. Ada orang miskin yang bekerja seumur hidupnya tetapi tidak pernah cukup keperluannya. Ada juga orang yang kaya tidak pernah bekerja sepanjang usianya tetapi kekayaannya tetap bertambah setiap hari. Begitulah ketentuan rezeki setiap orang yang telah pun siap tertulis di dalam kitab Luh Mahfuz sebelum diciptakan alam ini lagi. Ketentuan ini sangat jelas sehinggakan berapa butir nasi yang kita makan dan berapa teguk air yang kita minum pada tiap-tiap hari telah ditentukan Allah Taala tanpa ada kekurangan sedikit pun. Berusaha mencari rezeki yang halal dengan disertai doa yang tidak putus-putus kepada Allah Ar-Rozzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki) adalah ibadah orang yang bersyukur.
Allah Al-Adl’ (Yang Maha Adil) meletakkan darjat yang tinggi kepada orang miskin yang bertakwa dan sabar menghadapi dugaan hidup. Di Hari Pengadilan nanti, orang miskinlah yang dipermudahkan perhitungan amalannya dan orang miskinlah yang berduyun-duyun akan masuk ke dalam syurga. Orang-orang kaya pula akan dihitung dengan teliti di mana hartanya dibelanjakan. Hanya orang-orang kaya yang bertakwa dan membelanjakan hartanya di jalan Allah sahaja yang akan mendapat balasan yang baik di hari tersebut.
Nabi Muhammad SAW sendiri memilih hidup dalam keadaan miskin. Sudah pasti Allah akan tunaikan jika baginda berdoa untuk emas dan harta yang banyak. Akan tetapi jelas sekali Rasulullah tidak memohonnya kerana baginda mengetahui lebih dari apa yang diketahui oleh orang lain akan betapa kasihnya Allah kepada orang miskin.
Diceritakan dari sumber yang dipercayai kepada penulis bahawa pernah anaknya, Fatimah r.a. memberikan sekeping roti kepada Nabi. Dengan penuh kesyukuran baginda berkata kepada Fatimah bahawa itulah makanan pertama baginda dalam masa tiga hari. Betapa sedihnya seorang Nabi dan pemimpin yang paling hebat hanya makan sekeping roti untuk mengisi perutnya yang kosong selama tiga hari. Aisyah r.a. juga pernah mengatakan bahawa makanan yang paling enak baginda makan adalah roti yang dicecah sedikit mentega yang tersisa dalam sebuah bekas. Itupun baginda beria-ia ingin membahagi-bahagikannya kepada orang lain untuk merasainya.
Pada penghujung usianya, Rasullullah sakit dan tidak boleh bangun. Badannya semakin hari semakin lemah. Demamnya menjadi-jadi. Baginda hanya bersolat di tempat pembaringannya. Baginda tidak lagi berupaya untuk mengimamkan solat di Masjid Nabi. Pada tanggal 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah (6 Jun 632M) Rasullullah wafat pada usianya 63 tahun. Baginda dikebumikan di rumah isterinya, Aisyah yang ketika ini telah menjadi sebahagian daripada Masjid Nabi.
Rasullullah wafat meninggalkan beberapa harta sahaja. Yang pertamanya adalah sebidang tanah yang diwasiatkan kepada Aisyah r.a. untuk disedekahkan kepada anak yatim. Yang keduanya adalah seekor keldai berwarna putih yang dikenderai baginda di waktu hayatnya. Dan yang ketiganya adalah sebuah baju perang yang diperbuat dari besi yang telah digadainya kepada seorang wanita Yahudi di Madinah untuk secupak gandum untuk keluarganya makan pada masa Madinah telah aman dari peperangan. Baginda juga meninggalkan sepasang sandal kulit, sebilah pedang dan sebatang tombak yang pernah digunakan sewaktu peperangan. Sandal, pedang dan tombak itu kini dipamerkan di Muzium Topkapi di Istanbul, Turki.
Para sahabat juga memilih cara hidup Nabi yang tidak mengumpulkan kekayaan kerana mereka adalah orang-orang yang paling mencintai Rasullullah. Apa yang diutamakan oleh para sahabat adalah menyambung tugas dakwah menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia selepas ketiadaan baginda. Hidup mereka adalah dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mencintai satu apapun perkara dunia.

Bab 6 – Babak Kegemilangan
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Amirul Mukminin Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib adalah pengganti berturut-turut pemerintah tertinggi umat Islam selepas Rasulullah. Di bawah pentadbiran mereka, Islam diperkembangkan ke seluruh semenanjung Tanah Arab, Mesir di barat, negeri-negeri di Syam di utara dan benua Afrika di selatan. Bagaimanapun, usaha menyebarkan agama Islam ke Benua Asia di timur tertahan oleh halangan daripada penentangan orang Parsi.
Maka suatu hari di dalam tahun 16 Hijrah/637 Masehi, tentera Muslim telah sampai di tebing Sungai Tigris. Negara Parsi berada di seberang sungai. Tentera Muslim yang datang dari padang pasir ini tidak mempunyai perahu untuk menyeberangi Sungai Tigris yang lebar ini. Mereka berkhemah dahulu di tebing sungai sementara menantikan arahan komander mereka, Sa’d bin Abi Waqqas. Mereka hanya perlu menyeberang sungai untuk menang di dalam peperangan ini. Ini adalah kerana Parsi yang diperintah oleh raja-raja Sassanid semenjak tahun 226 Masehi itu telah berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Kira-kira 20 tahun sebelum kedatangan tentera Muslim ini, Parsi telah kalah teruk di dalam satu peperangan yang besar dengan tentera Rom Byzantine. Peperangan yang berlaku di kota Nineveh itu menyaksikan tanah-tanah jajahan Empayar Sassanid Parsi dirampas oleh tentera Rom. Malah, peristiwa kekalahan tentera Parsi ini telah diberitahu lebih awal oleh Allah kepada Rasullullah tujuh tahun sebelum ianya berlaku.
Surah Ar-Ruum, ayat 1-4.
[1] Alif, Laam, Miim.
[2] Orang-orang Rom telah dikalahkan;
[3] Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;
[4] Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira;
Selama beberapa waktu tentera Muslim berkhemah di tebing Sungai Tigris menantikan keputusan daripada komander mereka. Tahun sebelumnya (636M), Khalifah Umar al-Khattab telah mengutus beberapa orang utusan yang diketuai oleh N’uman bin Maqran kepada raja Parsi yang bernama Yazdagird III. Utusan ini dihantar untuk berdakwah kepada raja Parsi. Bagaimanapun, Raja Yazdagird III menolak dengan keras dakwah mereka. Akibatnya, beberapa bulan kemudian Khalifah Umar telah menghantar kira-kira 25,000 orang askar yang diketuai oleh Sa’d bin Abi Waqqas dari Bani Quraisy untuk menawan kota al-Qadisiyyah. Satu pertentangan yang hebat berlaku. Walaupun tentera Parsi sangat kuat dan mempunyai batalion gajah, tentera Muslim hanya mengambil masa empat hari untuk menewaskan mereka. Kemenangan di sanalah yang membawa tentera Muslim ke tebing sungai ini. Di seberang sungai sudah jelas kelihatan kota Ctesiphon, ibu kota Empayar Sassanid Parsi. Ctesiphon yang dikenali sebagai Al-Mada’in merupakan kota yang terbesar di dunia pada abad ke 6 Masehi. Di sinilah pusat pemerintahan Raja Yazdagird III.

Suatu malam, Sa’d bin Abi Waqqas bermimpi. Di dalam mimpinya, beliau diberitahu bahawa mereka perlu terjun ke dalam sungai dan berenang ke seberang. Sa’d menceritakan mimpinya kepada Salman al-Farisi yang turut serta dalam peperangan memerdekakan tanah airnya daripada cengkaman penganut agama Zoroastrian. Beliau menganggap mimpi itu sebagai ilham dari Allah. Kemudiannya seluruh angkatan tentera diarahkan untuk terjun ke dalam sungai. Ramai yang terkejut dengan keputusan ini. Sungai Tigris adalah sungai yang lebar dan dalam. Air sungainya mengalir deras. Bagaimanakah mereka akan selamat?
Sa’d bin Abi Waqqas, bersama Salman disisinya berdoa, “Semoga Allah memberi kemenangan kepada kami dan mengalahkan musuh-musuhNya.” Kemudian Salman pula menyambung, “Islam membawa berita gembira. Demi Allah, menyeberangi sungai ini adalah semudah merentasi padang pasir. Demi Allah, nyawaku berada di dalam genggamanNya, semoga askar-askar ini timbul dari air sepertimana bilangannya yang masuk.” Lantas, Salman dan Sa’d terjun bersama-sama ke dalam sungai. Kemudian mereka diikuti oleh askar-askar yang lain. Diceritakan bahawa Sungai Tigris ketika itu dipenuhi oleh tentera-tentera Muslim dan kuda-kuda mereka. Mereka berenang ke seberang. Apabila kepenatan, dirasakan mereka seolah-olah dasar sungai telah naik dan menyokong mereka supaya tidak tenggelam sehinggalah tenaga mereka pulih semula. Kuda-kuda pula berenang dengan mudah seolah-olah arus sungai tidak menghanyutkan mereka. Kesemua kuda dan tentera naik di seberang sungai tanpa satupun hilang kecuali sebuah cangkir besi.
Setibanya di sana, mereka bergegas menuju ke kota Ctesiphon. Penduduk-penduduk kota ini sudah ketakutan. Mereka lari bertempiaran. Tidak ada langsung pertentangan. Dengan mudah sekali tentera Muslim menawan kota itu. Bertindak sebagai jurubahasa, Salman berkata kepada penduduk-penduduk kota, “aku ini berasal dari kamu. Aku akan berbelas kasihan kepadamu. Kamu semua diberi tiga pilihan. Kamu akan memeluk agama Islam dan menjadi saudara kami. Kamu akan diberi hak dan kewajipan sama seperti kami. Atau kamu boleh membayar cukai Jizyah dan kami akan memerintah kamu seadilnya. Atau kami akan memerangi kamu. Maka pilihlah.” Penduduk-penduduk kota yang telah menyaksikan peristiwa ajaib tentera Muslim menyeberang sungai pun mengambil pilihan yang kedua.
Kemudian, tidak lama kemudian, Salman al-Farisi dilantik oleh Khalifah Umar menjadi gabenor di negara Parsi. Tiga puluh ribu askar berada di bawah perintahnya. Akan tetapi, Salman tetap dengan cara hidupnya yang merendah diri dan bekerja menyara hidupnya sendiri. Beliau diberi 5,000 dirham sebagai elaun gabenor yang mana satu dirham pun tidak diambilnya. Beliau menjadi gabenor pun bukanlah dengan permintaannya, melainkan disuruh oleh Khalifah Umar sendiri. Kemudian, beliau dilantik pula menjadi gabenor di Madinah. Perlulah kita ketahui bahawa sahabat-sahabat Nabi memang tidak inginkan kekayaan apatah lagi kekuasaan. Bagi mereka, tanggungjawab sebagai pemimpin adalah suatu tugas yang amat berat dan besar. Mereka takut akan melakukan kesilapan dan akhirnya akan disoal nanti di hari akhirat. Kendatipun, apabila tugas telah diserahkan, mereka tidak mengelak kerana segala sesuatu yang mereka lakukan hanyalah untuk Allah semata-mata.
Pada mulanya, Salman tidak mempunyai rumah walaupun menjadi gabenor Parsi. Beliau menyara hidupnya membuat dan menjual bakul dan peralatan dapur dari pelepah kurma. Pendapatannya setiap hari adalah tiga dirham sahaja. Satu dirham digunakannya sebagai modal untuk membeli pelepah kurma, satu dirham digunakan untuk perbelanjaan keluarganya dan satu dirham lagi disedekahkannya. “Jika Umar al-Khattab menghalang aku, nescaya tetap akan kulakukan jua.” Begitulah yang sering dikatakan oleh Salman jika ada orang bertanya tentang jalan hidup yang cukup sederhananya ini. Pakaiannya hanyalah dua helai kain. Sehelai kain hanya cukup-cukup sampai ke bawah lututnya dan sehelai lagi kain akan dibentangkannya sebagai alas ketika duduk di bawah redupan pokok sewaktu dia menjalankan tugasnya.
Seorang gabenor bertugas memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan di daerah pemerintahannya. Dia juga perlu memerhatikan tugas pemungutan zakat dan cukai dan memastikan sebahagian daripada hasil zakat dan cukai dihantar kepada khalifah untuk dikongsi bersama-sama umat Islam lainnya. Gabenor juga berfungsi untuk mentadbirkan kerja-kerja pembangunan, pembuatan jalan, hal-hal pertanian serta mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Ketika itu, empayar Islam sedang berkembang dengan pantas dan semakin luas iaitu dari tanah Afrika, Mesir seluruh tanah Arab sehinggalah ke Syria, Lubnan, Palestin, Iraq dan Parsi. Semua tanah jajahan itu berjaya ditadbir dengan baik dan bertambah makmur di bawah pemerintahan khalifah dan gabenor contohnya seperti Umar al-Khattab dan Salman al-Farisi.
Bab 7: Kisah-kisah kecil Salman
Kisah 1
Dari penceritaan Abu Juhayfa, Rasullulah SAW telah mempersaudarakan Salman dengan seorang Ansar bernama Abu Ad-Dardaa’. Suatu hari Salman melawat saudaranya ini. Dilihatnya Ummu Ad-Dardaa’ berpakaian buruk sekali. Beliau bertanya, “kenapakah pakaianmu ini?” Ummu Ad-Dardaa’ menjawab, “Saudaramu tidak berminat dengan kemewahan dunia ini.” Abu Ad-Dardaa’ adalah seorang yang zuhud. Dia selalunya berpuasa setiap hari dan malam-malamnya pula akan dihabiskan dengan solat.
Abu Ad-Dardaa’ ketika itu menyediakan makanan untuk Salman. Apabila dihidangkan, Salman mengajak Abu Ad-Dardaa’ makan sekali.
“Aku berpuasa,” jawabnya.
“Aku tidak akan makan kalau kamu tidak makan.”
Maka Abu Ad-Dardaa’ pun terpaksa makan bersama. Pada waktu malamnya, Abu Ad-Dardaa’ ingin bangun. Salman menahannya dan menyuruhnya tidur. Abu Ad-Dardaa’ pun menyambung tidurnya. Beberapa jam kemudian, Abu Ad-Dardaa’ bangun semula. Salman yang turut terjaga menyuruhnya tidur dan Abu Ad-Dardaa’ pun tidur dalam keadaan tidak puas hati. Ketika malam hampir ke subuh, Salman bangun dan mengejutkan saudaranya. Lantas mereka menunaikan solat malam. Selepas itu, Salman berkata kepada Abu Ad-Dardaa’, “Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, jiwamu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu juga berhak kepadamu.”
Keesokan harinya, Abu Ad-Dardaa’ mengadu kepada Rasullullah berkenaan tindakan Salman yang menghalangnya beribadah. Rasullah pun berkata, “sesungguhnya Salman adalah seorang yang banyak pengetahuannya.” Begitulah sepatutnya seseorang tidak boleh menghabiskan harinya dengan ibadah solat malam dan puasa kerana setiap orang ada tanggungjawab lain kepada dirinya sendiri dan orang-orang di sekelilingnya. Menunaikan hak-hak diri sendiri seperti makan, minum dan tidur juga dikira ibadah sekiranya dilakukan kerana Allah. Begitu juga dikira ibadah menunaikan tanggungjawab kepada keluarga dan jiran-jiran. Ibadah itu bukanlah puasa dan solat sepanjang masa sahaja. Demikianlah pengajaran yang ingin disampaikan oleh Salman yang bijaksana kepada saudaranya Abu Ad-Dardaa’.
Kisah 2
Suatu hari, Salman bertemu dengan seorang lelaki dari Syria di dalam perjalanannya. Lelaki itu memikul sebeban buah tin dan kurma. Dia kelihatan letih lesu. Apabila terlihat akan Salman, yang tampak seperti orang miskin, lelaki itu memanggilnya. Dia memanggil Salman. Lelaki Syria itu berkata, “lepaskan aku dari beban ini.” Tanpa banyak bicara, Salman lantas memikulnya dan mereka berjalan bersama.
Mereka bertemu beberapa orang yang sedang duduk berkumpulan. Beliau memberi salam kepada mereka. Kumpulan itu lalu berdiri dan menjawab, “dan salam juga kepada gabenor.” “Siapakah gabenor ini?”, lelaki Syria itu bertanya di dalam hatinya. Dia bertambah hairan apabila beberapa orang dari kumpulan itu bergegas ke arah Salman untuk menurunkan beban di bahunya. “Biarlah kami yang memikulnya wahai gabenor.” Apabila lelaki Syria itu mengetahui bahawa di sebelahnya adalah gabenor Madinah, dia sangat terkejut. Kata-kata maaf dan kesal segera dilafazkan oleh lelaki Syria itu. Dia cuba mengambil semula bebanan dari bahu Salman.
“Jangan! Aku akan membawanya sehingga sampai arah tujuanmu,” tegas Salman.
Kisah 3
Suatu hari, ketika Salman berada di Madinah, datanglah hasil daripada harta rampasan perang yang dihantar kepada Khalifah Umar al-Khattab. Barang yang dihantar itu berupa kain-kain yang banyak. Khalifah Umar membahagi-bahagikan kain itu kepada para sahabat seorang sehelai. Beberapa hari kemudian, sewaktu Umar ingin menyampaikan khutbahnya di masjid lalu menyeru orang ramai, “rendahkanlah suara kalian supaya aku dapat mendengarnya.”
Salman segera bangkit, “Demi Allah, kami tidak akan mendengarmu, kerana kamu melebihkan dirimu dari kami.”
“Bagaimanakah sedemikian?” soal Amirul Mukminin.
Salman menjawab, “kamu memakai dua helai kain dan kami hanya memakai satu sahaja.” Ketika itu, Umar memakai dua helai kain putih. Umar tidak menjawab.
Beliau memanggil, “Oh Abdullah!!” Tidak ada orang menjawab. Beliau memanggil lagi, “Oh Abdullah bin Umar!!”
Abdullah ialah anak kepada Khalifah Umar. Lalu dia pun bangun dari celah-celah orang ramai.
Umar berkata, “beritahulah mereka.” Abdullah bin Umar pun memberitahu orang ramai bahawa kain putih yang diperolehinya telah diberikan kepada bapanya. Sebab itulah bapanya dapat memakai dua helai kain tersebut.
Salman kemudian berkata, “Baiklah, sekarang kami akan mendengarmu.”
Kisah 4
Salman ingin membina sebuah rumah yang sesuai untuk keluarganya berteduh. Lantas beliau memanggil seorang tukang dan bertanya kepadanya, “bagaimanakah kamu ingin membina rumahku ini?” Tukang itu berfikir sebentar. Dia tahu bahawa Salman adalah seorang yang warak.
Lalu dia menjawab, “Jangan risau. Ianya hanyalah sebuah rumah untuk tuan berlindung dari panas dan menginap di kala kesejukan. Bila tuan berdiri tegak, bumbungnya akan menyentuh kepalamu.”
“Baiklah, begitulah keadaannya. Maka binakanlah sebuah rumah untukku,” ujar Salman.
Kisah 5
Seorang sahabat datang melawat Salman di rumahnya pada suatu hari. Ketika itu dilihatnya Salman sedang menguli tepung. “Dimanakah hambamu, wahai Salman?” tanya sahabat itu.
“Dia kuhantarkan untuk melakukan suatu tugasan dan aku tidak suka menyuruhnya melakukan dua pekerjaan sekaligus,” jawab Salman.
Bab 8 – Penutup
Tiada benda-benda dan hal-hal duniawi yang boleh menarik minat Salman walaupun seketika kecuali satu benda sahaja. Benda itu diberikan kepada isterinya untuk dijaga dan disimpan dengan baik. Ketika Salman jatuh sakit dan menyedari saatnya sudah sampai, Salman memanggil isterinya. “Bawakan aku benda yang kusuruh kau simpan itu.” Isterinya mengambil dan menyerahkan kepada Salman. Ianya adalah sebotol wangian kasturi. Beliau memperolehinya ketika hari pembebasan kota Jalwalaa’ di Iraq. Kemudian beliau meminta isterinya membawakan semangkuk air. Salman meletakkan wangian kasturi itu ke dalam air dan dikacau dengan tangannya. Beliau berkata kepada isterinya, “Renjiskanlah ia kepadaku, kerana sebentar lagi akan datang suatu makhluk dari Allah yang tidak makan dan apa yang disukai mereka adalah wangi-wangian.”
Selepas direnjiskan ke badannya, Salman berkata kepada isterinya, “keluarlah dan tutupkanlah pintu.” Isterinya menurut sahaja permintaan Salman. Selepas beberapa ketika, isterinya kembali. Di hadapannya Salman sudah tidak bernafas lagi. Rohnya telah diambil oleh Allah untuk bersemadi bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, Abu Bakar, Umar dan para syuhada’. Salman meninggal dunia pada tahun 33 Hijrah sewaktu pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Terdapat perbezaan pendapat akan umur Salman ketika itu. Pendapat yang popular mengatakan dia berusia 250 tahun. Wallahualam.
Maka dengan ini, tamatlah perjalanan hidup Salman, Imam, Panji kepada panji-panji, Pewaris kepada Islam, Hakim yang adil, Sarjana yang berpengetahuan dan Salah satu rumah kepada Rasullullah SAW.
Word count: 9647

Apr 23, 2008
by zen non
Pendahuluan
Bab 1
Bab 2
Peta
Bab 3 dan Bab 4
Bab 5 & Penutup
Perhambaan telah menjadi tradisi manusia zaman-berzaman. Sejarah tidak dapat mengesan semenjak bila perhambaan telah dimulakan. Tulisan tertua yang dijumpai oleh pengkaji sejarah masa kini menceritakan telah wujud amalan perhambaan sejak 4,000 tahun yang lampau. Tulisan ini ialah sebuah batu yang dipahat untuk menuliskan Kod Undang-Undang milik Raja Hammurabi di negeri Babylon.
Sebab-sebab seseorang menjadi hamba ada beberapa. Yang pertamanya adalah hamba berhutang. Seseorang yang meminjam wang atau sesuatu barang dari orang lain, apabila tidak mampu membayarnya akan menjelaskan hutang itu dengan khidmatnya. Secara rela atau paksa, seorang hamba berhutang akan bekerja kepada pemiutang dalam tempoh tertentu. Akan tetapi, ramai juga menjadi hamba seumur hidupnya. Malah, sejak zaman dahulu lagi sudah menjadi suatu kebiasaan seorang bapa yang berhutang akan memberikan anaknya sebagai hamba kepada pemiutang untuk menjelaskan hutangnya. Yang keduanya adalah melalui paksaan. Raja-raja yang jahat akan memerintahkan tentera-tenteranya untuk menangkap orang-orang merdeka dari tempat-tempat yang jauh untuk dijadikan hamba di negeri mereka. Sebahagian orang-orang yang ditangkap ini akan bekerja di istana dan yang lain-lainnya dikerahkan untuk menyiapkan apa saja projek kerajaan. Yang ketiganya adalah melalui perdagangan hamba. Pasar-pasar zaman dahulu bukan sahaja menjual barang-barang, ternakan dan sayur-sayuran malah orang turut dilelongkan. Ketika itu wujud satu rangkaian perdagangan hamba yang berasas daripada pemburu-pemburu hamba, broker-broker sehingga penjual-penjual hamba di pasar. Yang keempatnya adalah melalui kerelaan sendiri. Ada keluarga dan individu yang hidupnya sangat miskin. Oleh kerana tiada pekerjaan, mereka menawarkan diri untuk menjadi hamba kepada orang-orang kaya. Yang kelimanya adalah melalui keturunan. Status seorang hamba dan anak-anaknya akan kekal sehinggalah mereka dimerdekakan.
Lazimnya, hamba-hamba akan bekerja untuk tuan mereka tanpa dibayar gaji. Mereka hanya diberi keperluan asas hidup seperti makanan dan tempat tinggal. Seorang hamba akan bekerja sepanjang hayatnya atau sehingga dia dibebaskan oleh tuannya. Sejarah juga memberitahu bahawa ada tuan-tuan yang baik hati senantiasa menjaga keperluan hambanya. Mereka memerdekakan dan memberi harta secukupnya kepada hamba-hamba yang disukainya. Namun ada sebahagian lagi berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Orang-orang yang tidak berhati perut ini menghina, memukul dan membunuh hamba-hamba sesuka hati. Bukan tiada yang lari, tetapi oleh kerana faktor keselamatan diri dan tiada tempat tujuan maka kebanyakan mereka memilih untuk terus hidup sebagai hamba.
Salman al-Farisi menjadi hamba bukan dengan kerelaannya. Beliau ditipu, ditangkap dan dijual di pasar. Bagaimana sukar sekalipun kehidupan hamba untuk seorang yang pernah hidup mewah dan merdeka seperti Salman, beliau tetap menerima takdirnya sedemikian. Namun, hidup seorang hamba sangat terkongkong dan tidak boleh bergerak bebas. Salman terikat dengan pekerjaannya setiap hari di waktu siang. Selepas diislamkan, Rasullullah SAW menyuruh Salman membebaskan dirinya dari perhambaan. Maka Salman menyatakan hasrat itu kepada tuannya.
Tuannya berkata,”Baiklah, akan aku bebaskan kau dengan dua syarat.”
Syarat yang pertama ialah beliau mesti menanam 300 batang kurma. Pohon-pohon kurma itu mesti hidup subur kesemuanya.
Sekali lagi Salman pergi mendapatkan Rasullullah kerana sukarnya syarat ini untuk ditunaikan. Dalam iklim yang panas dan kering Madinah, menanam sepuluh batang kurma pun belum tentu tumbuh suku daripadanya. Rasullullah SAW mengambil langkah positif. Baginda menyuruh Salman pulang dan menggali 300 lubang. Baginda kemudiannya memohon bantuan sahabat-sahabat mengumpulkan 300 biji benih kurma. Setelah terkumpulnya kesemua biji kurma dan siap digali kesemua lubang, Rasullullah sendiri yang menanam kesemua kurma itu. Alhamdulillah. Tidak ada satupun benih kurma yang mati. 300 pohon kurma itu terus hidup subur dalam masa beberapa tahun.
Syarat yang kedua lebih sukar untuk ditunaikan. Tuan Salman meminta bayaran 40 auns emas. 40 auns emas adalah seberat 1.13kg. Suatu hari Rasullah dihadiahkan seseorang seketul emas sebesar telur ayam. Baginda memberikan emas itu kepada Salman.
Melihatkan ketul emas yang kecil itu, Salman berkata kepada Rasullullah, “Oh Rasul Allah, apakah yang boleh kulakukan dengan emas sebesar ini.”
“Ambillah. Ianya pasti mencukupi.” Jawab Rasullullah. Salman pun membawa emas itu kepada tuannya. Dengan kuasa Allah, berat emas yang kecil itu adalah tepat-tepat 40 auns. Maka merdekalah Salman.
Bab 4: Dugaan Peperangan
Perhambaan menghalang Salman untuk berkhidmat kepada Rasulullah SAW terutama sekali pada ketika yang amat memerlukan. Salman telah terlepas peluang keemasan untuk menyertai Perang Badar dan Perang Uhud.
Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan 2H (17 Mac 624M) merupakan peperangan pertama tentera Islam. Peperangan ini disertai oleh 313 orang Muslimin. Lawan mereka adalah di antara 900 – 1000 orang kafir Quraisy dari Mekah. Tentera Islam telah memperolehi kemenangan yang besar dalam Perang Badar. Setahun selepas peristiwa Badar, tentera Islam sekali berperang dengan kira-kira 3,000 orang dari kaum kafir Quraisy yang diketuai oleh Abu Suffyan. Peperangan ini berlaku di Jabal Uhud pada 3 Syawal 3H (23 Mac 625M). Pada mulanya, tentera Islam yang hanya berjumlah dalam 700 orang berjaya memecah-belahkan tentera musuh walaupun mereka jauh lebih ramai. Bagaimanapun, ketika kemenangan hampir pasti, kumpulan pemanah telah mengingkari arahan Rasullullah untuk mempertahankan kedudukan yang strategik di atas gunung. Mereka bersorak turun. Apabila tentera musuh melihatkan hal ini, mereka mengumpul kembali kekuatan dan kembali menyerang. Ramai askar muslimin terbunuh dalam arus serangan ini. Rasullullah dan sahabat-sahabat yang terselamat melarikan diri ke dalam sebuah gua dengan dikejari musuh. Namun, Abu Sufyan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam gua kerana risiko serangan hendap yang tinggi. Arakian, tentera musuh pun pulang ke Mekah dengan kibaran panji-panji kemenangan.
Perutusan kemenangan tentera kafir Quraisy telah tersebar ke kabilah-kabilah di semerata semenanjung Tanah Arab. Semangat mereka yang menentang ajaran Rasulullah berkobar-kobar. Mereka mula bercita-cita untuk menghapuskan negara pertama umat Islam yang berada di Madinah. Dua tahun selepas Perang Uhud, Huyayy bin Akhtab, ketua yahudi Bani Nadir dari Khaybar di Madinah datang ke Mekah. Bani Nadir telah dihalau dari Madinah kerana mereka telah melanggar undang-undang Piagam Madinah. Di Mekah, Huyayy telah mengikat perjanjian taat setia dengan kaum musyrikin. Tujuan perjanjian ini ialah untuk membuka peluang tentera musyrikin untuk menyerang Madinah. Huyayy telah merasuah Bani Ghatafan dengan setengah daripada hasil tuaian mereka tahun itu. Pembelotan Bani Nadir kemudiannya disertai oleh Bani Quraiza, sebuah suku kaum yahudi yang menetap di Wadi Mahzur, di luar kota Madinah.
Maka berkumpullah ketua-ketua kabilah kafir Quraisy. Diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb dari Bani Abd-Shams, sebuah persekutuan kabilah-kabilah musyrikin dibentuk dengan dianggotai oleh Bani Ghatafan, Bani Murrah, Bani Fazarah, Bani Ashja`, Bani Sulaym, Bani Sa'd dan Bani Asad. Pada bulan Mac 627M mereka mula berarak ke Madinah dengan penuh semangat. Tentera dari Mekah bergerak menyusuri pesisiran pantai dari arah selatan dan selebihnya dari arah timur. Dengan askar yang ramai, sebilangan besar kuda dan unta, kelengkapan peperangan yang mencukupi dan sokongan dari Bani Nadir dan Bani Quraiza di Madinah meyakinkan kaum penyembah berhala ini untuk menghancurkan pemerintahan Rasullullah.
Madinah adalah sebuah kota yang mempunyai perlindungan semulajadi. Di sebelah timur dan barat terdapat batu-batu tajam yang terbentuk daripada muntahan lava gunung berapi ribuan tahun dahulu. Adalah amat sukar untuk masuk ke Madinah melalui arah ini. Di selatan Madinah, ladang-ladang dan penempatan penduduk menjadi halangan untuk bala tentera yang besar melaluinya. Masuk melalui arah ini hanya membawa padah diserang hendap. Satu-satunya pintu masuk ke Madinah hanyalah melalui arah utara. Arah inilah yang ditujui oleh tentera bersekutu musyrikin.
Sementara itu, berita penyerangan kota Madinah disampaikan oleh beberapa orang utusan berkuda dari Bani Khuza yang tidak menyebelahi tentera konfederasi. Mereka tiba di Madinah empat hari selepas tentera bersekutu mula bertolak. Utusan ini membawakan berita yang menggemparkan penduduk Madinah. Tujuh hari lagi mereka akan diserang oleh 10,00 orang askar.
Untuk menang di dalam apa saja pertandingan, strategi menentang musuh perlu disusun dengan rapi. Walaupun faktor nasib juga boleh menentukan kemenangan, namun ketahuilah bahawa nasib selalu menyebelahi pihak yang mempunyai strategi yang terbaik. Kelemahan perlu ditutup dan kelebihan perlu digunakan sebaiknya. Strategi yang tidak pernah dilakukan boleh memberi kejutan dan seterusnya membawa kesan negatif kepada mentaliti pihak lawan.
Sudah menjadi kebiasaan Rasullullah SAW sebelum setiap peperangan bermesyuarat bersama para sahabat. Penduduk Madinah dikumpulkan. Di dalam mesyuarat itu, pelbagai pendapat disampaikan oleh para sahabat. Ada yang mahukan mereka bertembung secara berhadapan seperti dalam Perang Badar. Ada juga yang menyarankan mereka bertahan di kawasan tinggi seperti Perang Uhud. Bagaimanapun, pendapat-pendapat ini tidak sesuai untuk menghadapi bilangan askar yang sangat ramai. Bilangan penduduk Madinah yang boleh berperang hanyalah 3,000 orang yang terdiri dari lelaki yang berumur 15 tahun ke atas. Tanpa strategi peperangan yang berkesan, situasi di Madinah pasti sangat mencemaskan.
Di saat kegusaran hampir mewarnai wajah-wajah muram penduduk Madinah, seorang sahabat yang tinggi lampai lantas berdiri lalu berkata, “Ya Rasullullah, di negeri kami, sekiranya kami takut kepada musuh yang berkuda, kami akan menggali parit. Wahai utusan Allah, mengapa tidak kita galikan parit?”
Sahabat yang tinggi lampai itu tidak lain tidak bukan adalah Salman Al-Farisi. Tanah airnya, Parsi memang tidak lekang dari peperangan yang berpanjangan. Peperangan demi peperangan membuahkan strategi yang bermacam-macam. Pengalaman peperangan inilah yang cuba diketengahkan oleh Salman yang baru sahaja memperolehi kemerdekaan dirinya.

Rasullullah SAW menyukai pendapat Salman ini. Begitu juga penduduk Madinah. Rasullullah pun mengaturkan perancangan pertahanan. Tanaman dituai dengan segera dan makanan dicatu. Kaum Muhajirin dan Ansar yang berkemampuan semuanya diarahkan menggali parit. Perempuan dan kanak-kanak dipindahkan ke kawasan pedalaman. Sebuah markas ketenteraan didirikan di Sala’, sebuah bukit yang berhadapan dengan jalan masuk ke Madinah. Pengawal-pengawal ditugaskan sepanjang masa di sepanjang parit dan di sekitar Madinah.
Siang dan malam tidak berhenti-henti kaum Muhajirin dan Ansar menggali parit. Ketika matahari terik di atas kepala mahupun sewaktu kedinginan malam mencengkam tulang mereka terus menjalankan tugas yang berat ini. Parit yang digali semakin hari semakin panjang. Ianya perlu meliputi kawasan yang terdedah yang boleh dilalui tentera berkuda dan unta-unta. Kebuluran dan kemiskinan tambah menyukarkan usaha mereka. Rasullullah sendiri turut membantu. Dilaporkan bagindaBaginda mengikat perutnya dengan batu untuk menahan lapar. Sahabat-sahabat yang lain turut sama menderitai ujian Allah yang sangat berat ini. Kekuatan mereka adalah iman yang teguh di samping janji syurga yang dinanti-nantikan. Bagi mereka, saat sukar ini memang sudah diduga akan berlaku. Bagaimanapun, ayat-ayat Quran dalam surah Al-Ahzaab turun untuk menenangkan dan memberi semangat kepada kaum muslimin.
Bagi mereka yang menggali parit, bersama Rasullullah adalah saat paling manis dalam kepayahan ini. Baginda akan datang kepada mereka lalu berpuisi,
“Oh Allah, tanpaMu pasti kami tiada panduan,
Atau pasti kami tidak akan ada pertimbangan,
Atau pasti kami tidak akan bersembahyang,
Maka kurniakanlah pada kami ketenangan,
Dan jadikanlah kami teguh berdiri bila bersua dengan musuh,
Mereka telah menyalahi kami,
Seandainya masalah yang mereka inginkan,
Maka kami akan menantikan pertembungan ini.”
Salman yang telah terlepas peluang untuk berbakti di dalam Perang Badar dan Uhud sudah semestinya berada di dalam parit. Satu ketika beliau berhadapan dengan seketul batu yang besar. Batu ini begitu keras. Ianya perlu dipecahkan. Salman yang bertubuh sasa menghayunkan beliung nya sepenuh kekuatan. Sekali hayunannya boleh menghancurkan seketul batu dengan mudah. Akan tetapi batu yang seketul ini begitu degil di hadapannya. Sahabat-sahabat lain datang membantu. Gagal juga. Rasullullah SAW pun dipanggil. Melihatkan batu yang besar itu, Rasullullah meminta sebilah beliung. Bila beliung di tangan, baginda mengangkatnya tinggi-tinggi. “Bismillah”, ucap baginda. Lalu dengan tangan yang kejap memegang hulu beliung baginda menghentak batu itu.
Terus batu itu pecah dan kelihatan cahaya yang sangat terang memancar dari celah pecahan. Cahaya itu menyinari Madinah al-Munawwarah. Rasullullah menghayunkan beliung itu sekali lagi. Hentakan kali kedua ini menambahkan keretakan pada batu besar itu. Pada saat itu, Rasullullah pun melaungkan, “Allahu Akbar, aku telah diberikan kunci-kunci Rom, mahligai-mahligai merahnya terbakar untukku dan negaraku telah menumpaskan mereka.”
Baginda meneruskan hayunan yang ketiga. Batu itu berkecai. Cahaya yang bersinar-sinar makin kelihatan. Rasullullah memberitahu baginda sedang melihat istana-istana di Sanaa’, Syria dan yang serupa dengannya. Kota-kota di seluruh dunia kelihatan mengibarkan panji-panji Islam. Lantas muslimin muslimat menyeru dengan penuh keimanan, “Inilah janji Allah dan Rasulnya pada kami!”
Pada 31 Mac tentera bersekutu mulai sampai di luar kota Madinah. Ketibaan tentera bersekutu musyrikin disambut dengan parit-parit yang panjang. Di dalam sejarah peperangan Arab, belum pernah mereka melihat taktik peperangan ini. Mereka begitu terkejut. Parit itu terlalu besar untuk dilompat. Pemanah-pemanah yang ditempatkan di Bukit Sala’ juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang percubaan memanjat parit. Beberapa pertempuran kecil berlaku. Bagaimanapun, kesemuanya dikuasai oleh tentera Madinah. Tentera persekutuan terpaksalah mendirikan khemah-khemah di luar jalan masuk ke Madinah sementara waktu. Mereka mengharapkan serangan dari dalaman yang akan dilakukan oleh Bani Qurayza akan berjaya. Apa yang boleh dilakukan oleh mereka hanyalah menunggu dan mengepung penduduk Madinah. Dalam pertarungan ini, bukan lagi faktor kekuatan yang diperlukan. Sebaliknya ketahanan mental dan bekalan makanan yang akan menentukan kemenangan.
Sementara itu di dalam kota Madinah, keadaan agak tenang walaupun masing-masing masih lagi ketakutan. Musuh-musuh di luar tidak boleh masuk ke dalam kota. Rasullullah bagaimanapun menghadapi satu lagi krisis. Baginda mendapat berita akan pembelotan Bani Qurayza. Tetapi baginda adalah seorang pemimpin yang bijaksana. Baginda menghantar Zubair bin Awwam sebagai perisik untuk menyiasat perkampungan Bani Qurayza yang terletak di pedalaman Madinah. Laporan dari Zubair mengesahkan pembelotan mereka. Dia menyatakan bahawa Bani Qurayza sedang membawa masuk ternakan mereka ke dalam kandang dan sedang menurapkan jalan. Ini adalah tanda bahawa mereka sedang membuat persiapan perang. Baginda menghantar empat orang lagi perisik untuk mengetahui kekuatan pihak lawan. Baginda berpesan kepada perisik-perisik ini untuk merahsiakan operasi mereka. Adalah satu keperluan dalam situasi ini untuk tidak memberitahu orang ramai berkenaan pembelotan Bani Qurayza kerana ia akan melemahkan pertahanan mental umat yang sedang dalam ketakutan. Hasil perisikan mereka membuktikan kebenaran pembelotan itu.
Rasullullah menangani Bani Qurayza dengan menghantar 200 orang lelaki untuk berkawal di sekitar perkampungan mereka. Tentera Muslim ini telah berjaya menahan 20 ekor unta yang sarat dengan buah tin, kurma dan barli milik Bani Qurayza yang akan dihantar kepada tentera bersekutu. Maka tersebarlah berita bahawa Bani Qurayza telah melanggar perjanjian damai di antara kaum Muslimin dan Yahudi Madinah. Berita ini benar-benar menggemparkan penduduk Madinah. Akan tetapi iman mereka bertambah teguh dengan ujian yang datang dari Allah ini. Walaupun mereka takut, tapi mereka mengambil langkah positif kepada ketakutan itu. Mereka menaruh sepenuh kepercayaan kepada kepemimpinan Rasullullah. Begitulah perbezaannya di antara orang yang beriman dan orang munafik. Orang yang beriman sentiasa bersabar di dalam ujian dan sudah menduga akan ujian yang hebat dari Allah di atas keimanan mereka. Sementara orang munafik yang ketakutan akan bertambah keraguannya kepada kebenaran agama Islam.
Keadaan umat Islam ketika itu diceritakan oleh Allah dalam surah Al-Ahzaab,
“9. Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
10. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
11. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
12. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.” Al Ahzaab (33:10-12)
Cuaca yang sangat panas di waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam menambahkan penderitaan penduduk Madinah yang sedang dalam kebuluran. Makanan mereka hanyalah sedikit barli atau beberapa biji kurma sehari. Lemak-lemak haiwan yang hampir busuk juga menjadi makanan mereka. Amat sukar menelannya. Mereka juga bekerja siang dan malam untuk menyiapkan parit. Parit itu diceritakan siap dalam masa 20 hari. Kaum muslimin juga tidak cukup tidur untuk berjaga di sekeliling parit untuk memastikan tidak ada percubaan tentera muysrikin memanjatnya.
Rasulullah juga tidak duduk diam. Baginda menghantar utusan-utusan untuk berurusan dengan Bani Ghatafan. Baginda menawarkan satu pertiga daripada hasil tuaian kurma Madinah kepada Bani Ghatafan. Bagaimanapun mereka tidak menerima tawaran itu. Mereka mahukan setengah daripada hasil tuaian Madinah.
Suatu hari di kala pengepungan telah memakan masa berminggu-minggu, seorang pemimpin Mekah datang bertemu dengan Rasullullah. Namanya ialah Nuaym bin Masud dari perkhemahan Bani Ghatafan. Dia adalah seorang yang dihormati oleh bersekutu musyrikin.
Dia berkata kepada Rasullullah, “Ya Rasullullah, aku telah memeluk agama Islam. Akan tetapi, kaumku tidak mengetahuinya. Berikanlah arahanmu padaku semahumu.” Kehadiran Nuaym yang datang secara tiba-tiba dari pihak musuh dan pengakuan keislamannya adalah suatu kejutan. Akan tetapi ia bukanlah suatu keganjilan. Tentera Allah sudah datang.
Rasullullah pun berkata kepada Nuaym, “kamu adalah bersendirian, gunakan perdayaan untuk melepaskan kami dari kepungan ini. Cuba kamu lemahkan mereka kerana peperangan adalah suatu tipu daya.”
Rasulullah memberi arahan yang jelas kepada Nuaym. Baginda tidak memberikan pedang dan perisai kepada Nuaym dan menyuruhnya pergi berperang bersama tentera muslimin lainnya. Sebaliknya Rasullullah menggunakan kelebihan yang ada pada Nuaym iaitu pengaruhnya di dalam kumpulan pemimpin tentera bersekutu. Baginda mahukan Nuaym menimbulkan krisis dalaman di musuh-musuhnya.
Nuaym mendapat satu ilham. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi, Bani Quraisy dan juga dikenali sebagai seorang yang dipercayai oleh baninya. Mula-mula, dia pergi ke perkampungan Yahudi Bani Qurayza. Dia bertemu dengan pemimpin-pemimpin kaum Yahudi itu.
Nuaym berkata kepada mereka, “kamu mengenaliku dan aku mengenali kamu. Kamu mengetahui persahabatan kita dan kamu juga tahu bahawa aku akan memberi nasihat yang ikhlas kepadamu. Apa yang kamu lakukan ini adalah salah. Kamu telah mengambil keputusan untuk menentang Muhammad tetapi kamu tinggal di Madinah di mana anak-anak dan isteri-isterimu juga berada di sini. Orang Quraisy dan Ghatafan datang ke sini meninggalkan anak dan isteri mereka di Mekah. Mereka datang untuk mendapatkan peluang kekayaan di Madinah. Apa akan jadi jika peluang itu tidak datang. Mereka akan meninggalkan Madinah dan kaummu begitu sahaja. Muhammad pasti tidak akan melepaskan kamu setelah kamu melanggar perjanjian dengan mereka. Dan kamu tahu memang kamu bukan lawan Muhammad jika kamu menentangnya sendirian.”
“Apa yang kamu katakan itu memang benar. Habis, apa yang boleh kami lakukan?”, balas pemimpin Yahudi itu.
Nuaym menjawab, “Kamu perlu memastikan bahawa Quraisy dan Ghatafan akan berperang hingga ke akhirnya sehingga hajatmu tercapai. Bukan hanya mencuba dan pulang jika gagal. Kamu perlu pastikan mereka tinggal dan berperang dengan kamu dan tidak membeloti kamu dan tinggal.”
“Baiklah, bagaimana kami boleh menjaminnya?” soal Yahudi itu lagi. “Kamu boleh meminta pada mereka pemuda-pemuda mereka untuk tinggal bersama kamu sebagai satu jaminan mereka akan berperang hingga ke akhirnya.” Pemimpin Yahudi itupun bersetuju. Di zaman itu bukanlah suatu keganjilan apabila orang yang berhutang meninggalkan anak mereka kepada pemiutang sebagai jaminan.
Nuaym pun meninggalkan Bani Qurayza dan pergi pula kepada Bani Quraisy. Dia berjumpa dengan ketua mereka. Nuaym berkata kepada mereka, “kamu tahu betapa rapatnya persahabatan kita. Kamu pasti tahu bahawa nasihatku kepadamu adalah jujur dan ikhlas. Dengarkanlah sahabatku, kedatanganku ini kerana ada sesuatu yang ingin kusampaikan kepadamu. Tetapi aku mahu kamu merahsiakan maklumat ini.”
“Nuaym, kami mempercayai kamu dan kamu pun mengetahuinya,” balas pemimpin Quraisy itu. Nuaym berkata, “Yahudi menyedari kenyataan bahawa mereka telah melanggar perjanjian dengan Muhammad. Sekarang ini mereka sedang berunding untuk mengembalikan perjanjian itu. Mereka telah menawarkan kepada Muhammad beberapa orang kamu untuk dihukum bunuh sebagai tanda taat setia orang Yahudi kepada Muhammad. Jika orang Yahudi datang kepadamu meminta orang-orangmu, janganlah engkau berikan.” Kemudiannya Nuaym memperkatakan hal yang sama kepada Bani Ghatafan.
Rancangan Nuaym ialah untuk menimbulkan syak wasangka di antara Bani Quraisy dan Bani Ghatafan dengan Bani Qurayza. Matlamat ketiga-tiga bani menyertai peperangan tidak sama. Bani Quraisy berperang untuk menghapuskan agama Islam. Semenjak Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul, pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah merasakan kuasa politik mereka terancam. Bagi mereka yang berstatus elit ini agama Islam ini hanyalah sesuai untuk orang-orang miskin dan golongan hamba. Sementara itu, Bani Ghatafan yang menghantar askar yang kedua paling ramai dalam Perang Khandaq ini mahukan harta rampasan peperangan. Bani Quraisy menjanjikan sepertiga daripada kekayaan Madinah kepada mereka sekiranya perikatan Arab musyrikin ini berjaya menewaskan tentera Madinah. Kaum Yahudi pula memerangi Rasulullah kerana mereka memang bencikan Rasullullah. Sudah lama mereka menantikan nabi yang terakhir yang diketahui mereka akan muncul di Madinah. Selama ini, ramai nabi-nabi akhir yang muncul dari kaum Bani Israel. Mereka mengharapkan nabi terakhir itu datang dari keturunan mereka. Malah, mereka sering menakut-nakutkan kaum Aus’ dan Khazraj yang tinggal di Madinah akan kemunculan nabi itu yang kelak akan menghapuskan bangsa-bangsa Arab. Akan tetapi di luar jangkaan mereka, Muhammad SAW lahir dari bangsa Arab. Kaum Yahudi berasa terhina sekali.
Perbezaan matlamat berperang ini adalah suatu kelemahan tentera bersekutu yang dilihat oleh Rasulullah SAW. Kedatangan Nuaym membuka peluang kepada Rasullullah untuk mempergunakan taktik muslihat dalam peperangan. Walaupun peluangnya agak tipis dan berisiko tinggi, akan tetapi jika berjaya sudah pastilah ramai nyawa yang akan terselamat. Rasullullah juga menggunakan senjata yang hebat dalam menentang musuh-musuh umat Islam.
“Oh Allah, Yang Telah Memperlihatkan Kitab, Yang Maha Membuat Perhitungan, kalahkan suku kaum itu. Oh Allah, tewaskanlah mereka.Kucar-kacirkanlah mereka.”
Doa Rasullullah SAW dijawab oleh Allah SWT.
“Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.” Al Ahzab (33:9)
Pengepungan Madinah berlangsung sudah hampir sebulan. Tentera bersekutu musyrikin datang dengan persediaan untuk peperangan yang pantas dan bukan untuk pengepungan yang lama. Bekalan makanan mereka semakin kehabisan. Moral askar-askar yang sudah bosan menunggu juga begitu teruk. Cuaca ekstrem juga menambahkan kesukaran pengepungan mereka ini. Unta-unta dan kuda-kuda mereka sudah tidak larat untuk berperang. Bila-bila masa sahaja binatang-binatang ini akan mati. Mereka tidak boleh menunggu lagi. Tentera bersekutu menghantar Ikrimah dan Abi Jahal sebagai wakil kepada Bani Qurayza. Mereka meminta kaum Yahudi bersedia dan membantu tentera bersekutu untuk menyerang kaum muslimin pada hari itu juga. Kaum Yahudi mengelak mengatakan mereka tidak boleh berperang pada hari Sabbath (Sabtu) kerana ia adalah suatu larangan dalam agama mereka. Orang Yahudi juga meminta sebilangan tentera Quraisy untuk tinggal bersama mereka. Ikrimah dan Abi Jahal pulang menyampaikan berita ini. Abu Sufyan, ketua Bani Quraisy amat marah apabila mendengar berita ini. Tidak akan ada seorang pun dari mereka yang akan diserahkan kepada pihak Yahudi. Dia meyakini bahawa orang Yahudi akan membeloti mereka. Masing-masing tidak mahu beralah. Abu Sufyan memanggil Huyayy bin Akhtab dari Bani Nadir memberitahunya tentang situasi ini. Abu Sufyan menuduh orang Yahudi sebagai pembelot. Huyayy pun ketakutan dan dia melarikan diri dengan segera ke dalam pertahanan Bani Qurayza.
Bani Ghatafan yang mendapat berita ini kemudiannya juga tidak bersetuju dengan kemahuan orang Yahudi yang meminta orang-orang mereka tinggal bersama orang Yahudi. Pada ketika itulah pemimpin Bani Ghatafan menerima semula tawaran sepertiga hasil tuaian kurma Madinah yang diberikan oleh Rasullullah sebelum ini. Dengan penerimaan tawaran ini, Bani Ghatafan pun pulang semula ke Mekah meninggalkan tentera muysrikin yang lain. Maka dengan kelicikan seorang askar Muslim sahaja, berpecahlah tentera bersekutu. Bani Quraisy dan bani-bani lain yan tinggal dilanda pula dengan angin sejuk yang tidak berhenti-henti selama berhari-hari. Keadaan sangat sejuk sekali. Tentera bersekutu tidak boleh bertahan lagi. Mereka pun mengumpulkan barang-barang mereka dan pulang ke Mekah.Pengepungan itu tamat dalam masa 25 hari. Rasullullah SAW ketika melihat khemah-khemah kosong yang tertinggal lantas berkata,
“Laillahaillallah, Sodaqowa’dah,
Wanasora ’abdah, Wahazamal Ahzaa bawa’dah.”
Ertinya,
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Janjinya telah tertunai,
Dan Dia memberi kejayaan kepada hambanya,
Dan Dia telah menewaskan persekutuan itu bersendirian.
Rujukan ayat Al-Quran diambil dari sini

Bab 2: Pengembaraan Salman
Setibanya di Syria, Salman mencari maklumat tentang orang yang paling berpengetahuan di sana. Beliau dibawa kepada seorang biskop. Salman lantas menceritakan keinginannya untuk menganuti agama Kristian. Salman juga menyatakan kesediaannya untuk menemani dan melayani biskop itu dengan balasan biskop itu mengajarnya ilmu agama dan cara-cara beribadat.
Biskop itu bersetuju. Maka bermulalah hidup Salman sebagai budak suruhan kepada biskop tersebut. Bagaimanapun, selepas beberapa waktu, Salman mendapati biskop itu bukanlah seorang yang baik. Dia menyembunyikan emas dan perak sumbangan orang ramai untuk dirinya sendiri. Salman amat benci kepadanya. Beberapa tahun kemudian, biskop itu mati. Sejurus kematiannya, Salman memaklumkan kepada orang ramai akan perbuatan buruk biskop tersebut. Salman juga menunjukkan tempat di mana biskop itu menyorokkan tujuh buah peti berisi emas dan perak hasil dari pemberian orang ramai kepada pihak gereja. Orang ramai yang menyedari hakikat ketamakan biskop ini telah memalang mayatnya dan kemudian dilontar dengan batu.
Apabila seorang biskop yang baru dilantik, Salman terus berkhidmat di bawahnya. Biskop ini ialah seorang yang mencintai hari akhirat, bersifat warak dan suka beribadat setiap waktu. Salman amat mencintainya. Selepas beberapa tahun, biskop ini sakit tenat. Sebelum kematiannya, Salman meminta panduan berkenaan sekiranya ada orang lain yang beliau boleh berguru dengannya. Biskop itu menasihatkan Salman untuk pergi kepada seorang lelaki di Mosul. Selesai saja urusan kematian biskop itu, Salman pun pergi ke Mosul dan bertemu dengan lelaki yang disebut oleh gurunya. Salman menyambung pengajiannya di Mosul pula. Beliau tinggal bersama orang itu hinggalah ke akhir hayatnya. Bagaimanapun, gurunya yang ini juga sudah tua dan tidak lama kemudian, dia juga meninggal dunia. Sebelum itu, Salman sempat bertanyakan arah tujuannya yang seterusnya. Gurunya menyuruhnya untuk pergi kepada seorang lelaki yang warak di Nisiibiin.

Di Nisiibiin, beliau menceritakan kisahnya kepada lelaki itu, Dia tinggal bersamanya sehinggalah hayat lelaki warak itu tamat. Kemudian, daripada nasihat lelaki warak itu, Salman pergi bertemu dengan seorang lelaki di ‘Ammuriyah di dalam negara Byzantium. Salman berguru dan bekerja dengan lelaki ini. Hasil upah dari pekerjaan yang dilakukan oleh Salman, beliau memperolehi seekor biri-biri dan beberapa ekor lembu.
Semasa hampir tiba saat kematian gurunya, sekali lagi Salman bertanya kepadanya siapakah yang harus diikutinya selepas gurunya itu pergi. Gurunya menjawab bahawa tidak ada lagi pengikut ajaran Kristian yang tulen yang masih hidup selepas dia mati.
“Oh anakku, tidak lagi kutahu seorang pun di dunia ini yang mengikuti jejak yang kita ikuti sekarang. Tidak ada lagi orang yang boleh kunasihati untuk engkau pergi kepadanya. Akan tetapi kau kini melewati satu zaman yang mana akan muncul seorang nabi dari keturunan Nabi Ibrahim.”
Gurunya memberitahu Salman akan kemunculan seorang nabi yang terakhir sudah hampir. “Baginda,” kata gurunya, “adalah dari benih yang suci Nabi Ibrahim. Baginda akan berhijrah dari kampung halamannya ke sebuah bandar yang berada di tengah-tengah dua tanah yang keras yang mana akan terdapat tanaman pokok-pokok kurma yang banyak. Baginda juga mempunyai tanda-tanda yang jelas. Baginda menerima hadiah tetapi menolak sedekah. Cop kenabian terletak di antara bahunya. Jika engkau bertemu dengannya, maka kau pasti akan mengenalinya. Janganlah engkau berlengah-lengah lagi mengikuti baginda."
Tidak lama selepas pemergian gurunya yang terakhir itu, datanglah sebuah kafilah pedagang Arab melalui kota ‘Ammuriyah. Salman bertanya kepada mereka dari manakah mereka datang dan mereka menjawab mereka adalah dari puak Kalb yang berasal di Semenanjung Tanah Arab. Lantas Salman berkata,” kuberikan kamu biri-biri dan lembu-lembuku ini sebagai bayaran untuk membawaku dengan selamat ke negeri kalian.” Kafilah itu bersetuju. Salman pun mengembara bersama mereka hinggalah ke Wadi Al-Quraa.
Setibanya di sana, Salman telah dikhianati oleh kafilah tersebut. Beliau dijual kepada seorang lelaki Yahudi sebagai hamba. Lelaki Yahudi itu pula menjual Salman kepada sepupunya. Kemudian Salman dibawa ke Yahtrib. Setibanya di Yathrib, Salman mendapati banyak ladang-ladang kurma. Mengingatkan kata-kata gurunya sewaktu di ‘Ammuriyah, Salman berharap agar tempat inilah akan menjadi tempat hijrah nabi yang dicari-carinya. Akan tetapi itu bukanlah tempatnya. Salman tinggal bersama orang Yahudi itu sehinggalah suatu hari seorang Yahudi dari Bani Quraidhah datang membelinya. Salman dibawa ke sebuah ladang kurma berhampiran dengan kota Madinah. Semasa itu, Nabi Muhammad SAW sedang giat menjalankan dakwahnya di kota Mekah. Bagaimanapun perkara ini tidak diketahui oleh Salman kerana dia begitu sibuk melakukan tugas-tugasnya di ladang kurma milik tuannya.
Bertahun-tahun lamanya Salman bekerja di ladang itu. Beliau tidak boleh ke mana-mana dan tidak mengetahui apa-apa pun berita berkenaan nabi yang dicarinya. Namun, oleh kerana keyakinannya kepada pengetahuan yang dimilikinya dan kesungguhannya menimba ilmu, Salman tetap bersabar melakukan tugas-tugasnya sebagai seorang hamba. Suatu hari, sewaktu Salman berada di atas sepohon kurma untuk memetik buahnya dan tuannya sedang duduk di bawah pohon, datanglah seorang lelaki Yahudi. Dia adalah sepupu kepada tuannya. Dia datang dan berkata,
“Semoga Allah menghapuskan Bani Qubaa’. Mereka sedang menyebarkan khabar angin mengatakan kehadiran seorang lelaki di Qubaa’ yang datang dari Mekah mendakwa bahawa dia adalah seorang nabi.” Mendengar berita itu, Salman menggeletar. Pohon kurma yang dipanjatnya bergoyang-goyang. Hampir saja dia jatuh menimpa tuannya. Salman dengan segera meluncur turun. “Apa yang engkau katakan? Apakah berita itu?”, soal Salman sebaik saja kakinya mencecah bumi. Tuannya menampar Salman dengan kuat dan memarahinya. “Apa kaitannya berita ini dengan kau? Buat kerjamu!!” Lantas Salman meneruskan kerjanya.
Sesungguhnya berita ini benar-benar satu tamparan yang hebat kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Mereka sebenarnya sudah lama mengetahui akan kemunculan nabi yang terakhir ini. Oleh sebab itulah mereka tetap tinggal di Madinah dengan harapan agar nabi tersebut lahir dari kaum mereka sendiri. Alangkah tamaknya mereka sehinggakan pengetahuan mengenai nabi yang terakhir ini amat dirahsiakan dari diketahui oleh kaum lain. Akan tetapi Allah Yang Maha Berkuasa. Allah yang menentukan segala-galanya yang terjadi. Telah ditakdirkan oleh Allah bahawa nabi yang terakhir itu lahir dari keturunan orang Arab yang berbapakan Nabi Ismail alahissalam.
Pada waktu malam, Salman mengumpulkan buah-buah kurma yang jatuh dan pergi ke Qubaa’. Ketika itu Rasullullah menetap di Qubaa’ bersama Bani ‘Amr Ibn ‘Awf. Di sana, beliau bertemu dengan Rasullullah yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. Salman berkata kepada Rasullullah, “Kamu amat memerlukan dan kamu adalah seorang asing di tempat ini. Aku mempunyai sedikit makanan yang ingin kusedekahkan. Apabila aku melihat tempat tinggalmu, aku merasakan kau amat memerlukannya dan aku datang untuk memberimu makanan yang aku ada ini.” Lantas Salman meletakkan buah-buah kurma tersebut. Rasullullah SAW pun bersabda kepada sahabat-sahabatnya,” Makanlah dengan nama Allah”. Baginda tidak menyentuh pun buah-buah kurma tersebut. Di dalam hati, Salman berkata, “Demi Allah, ini adalah satu petanda. Dia tidak makan sedekah!”
Keesokan harinya, Salman datang lagi bertemu Rasullullah membawa buah-buah kurma lagi. Kali ini beliau berkata, “ Aku melihat engkau tidak mengambil bahagian sedekah. Aku mempunyai sedikit makanan dan aku ingin memberimu sebagai hadiah.” Salman meletakkan buah-buah kurma itu disisi Rasullullah. Baginda berkata kepada sahabat-sahabatnya, “ Makanlah dengan nama Allah”. Dan baginda pun makan bersama mereka. Melihatkan perkara ini, Salman berkata kepada dirinya sendiri, “Benarlah ini adalah petanda kerasulan yang kedua. Baginda mengambil hadiah.” Kemudiannya Salman pun pulang.
Selama beberapa ketika Salman tidak pergi menemui Rasullullah. Suatu hari, sewaktu Rasullullah baru sahaja selesai mengebumikan seorang sahabatnya di Baqi’ Al-Gharqad, Salman datang menghampiri baginda. Semasa itu, Rasullullah sedang duduk. Baginda memakai sehelai kain dan sehelai lagi kain diletakkan dibahunya. Sahabat-sahabat duduk di sekeliling baginda. Salman mengucapkan salamnya kepada Rasullullah. Kemudian Salman membongkok untuk melihat belakang baginda. Rasullullah mengetahui apa yang ingin dicari oleh Salman. Baginda menjatuhkan kain di bahunya. Nah, terserlahlah tanda di antara bahunya, cop kenabian miliknya jelas kelihatan seperti yang dikatakan oleh gurunya di ‘Ammuriyah dahulu.
Apabila ternampak sahaja petanda yang ketiga, yakinlah Salman bahawa yang dihadapannya adalah nabi yang dicari-carinya selama ini. Beliau terus memeluk dan mencium Rasullullah. Salman menangis teresak-esak. Rasullullah menyuruh Salman duduk di sampingnya dan memintanya menceritakan kisah beliau. Rasullullah berasa kagum mendengar cerita Salman. Baginda meminta agar Salman menceritakan kisah hidupnya kepada sahabat-sahabat lain. Di saat itulah Salman akhirnya berjaya mencapai tujuannya. Beliau telah menemui lautan ilmu di sisi Rasullullah. Pengembaraannya yang jauh telah sampai ke destinasi. Segala pahit maung perjalanan hidupnya kini terasa manis sekali.
Salman telah mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Rasullullah. Maka bermulalah kehidupan beliau sebagai salah seorang sahabat Rasullullah yang terbaik. Sahabat-sahabat yang lain memberi gelaran Salman Al-Farisi kepadanya iaitu bermaksud Salman Si Parsi.
- tamat Bab 2 -

Feb 17, 2008
by zen non
Pendahuluan
Bab 1
Bab 2
Peta
Bab 3 dan Bab 4
Bab 5 & Penutup
Bab 1: Salman di Negara Parsi
Pada zaman dahulu manusia hidup beramai-ramai di kawasan berhampiran sungai. Lebih besar sungai itu lebih banyaklah sumber makanan yang boleh diperolehi samada dari kegiatan perikanan ataupun pertanian. Ini adalah kerana sungai akan membawa tanah dari kawasan pergunungan dan kemudiannya dilimpahkan di kawasan lembah yang lebih rendah. Tanah dari gunung kaya dengan mineral yang boleh menyuburkan tanam-tanaman di darat dan juga di dalam sungai. Sungai Nil berkembar yang mengairi sembilan buah negara contohnya, mengairi dataran Afrika yang sangat luas sebelum melimpahi Laut Mediterranean. Sungai Nil Biru yang berpunca dari Tasik Tana di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang datang dari himpunan tasik-tasik besar di pertengahan benua Afrika telah menjadi pemangkin oleh manusia untuk mendirikan negara seawal tahun 8,000 BC, iaitu 10,000 tahun dahulu.
Sungai Euphrates dan Sungai Tigris juga merupakan sungai yang besar di atas bumi ini. Kedua-dua sungai ini berasal dari tempat yang sama, di Pergunungan Ararat dan Pergunungan Taurus di Turki seterusnya berakhir di Teluk Parsi. Manusia telah tinggal di kawasan limpahan kedua-dua sungai semenjak tahun 4,000 BC lagi. Malah menurut kisah Israiliyat, air Sungai Nil dan Sungai Tigris-Euphrates berasal dari syurga dan darinyalah air berpunca di bumi ini.
Kira-kira 2,600 tahun yang lepas, lahirlah sebuah negara yang besar dan kuat di tebing Sungai Tigris. Negara ini dikenali sebagai Empayar Parsi. Empayar ini menguasai sebahagian besar daripada tanah di Dataran Iran, barat benua Asia dan juga Asia Tengah. Empayar ini mempunyai raja-raja yang gagah dan askar-askar yang hebat di medan peperangan. Empayar ini boleh dikatakan sebagai di antara kuasa besar dunia selama kira-kira 1,250 tahun. Bagaimanapun, malangnya raja dan rakyat Empayar Parsi adalah kaum yang menyembah api. Mereka dikenali sebagai kaum Majusi atau lebih dikenali di Barat sebagai kaum Zoroastrian. Kaum ini sangat jahat dan sering melakukan kerosakan di muka bumi. Raja-raja mereka amat suka berperang dan menakluk negara-negara lain. Jika tidak ada orang-orang Rom di sebelah barat dan orang-orang Cina di sebelah timur yang kuat menahan serangan mereka, maka sudah pastilah Empayar Parsi telah menguasai seluruh dunia pada ketika itu. Begitulah ketentuan Allah Taala Yang Maha Bijaksana.
Walaupun rata-rata penduduk Parsi adalah kaum yang telah mengingkari Allah, namun dari celah-celah kesesatan itu, bangkitlah seorang insan yang berfikir tentang keagungan Tuhan dan berusaha mencari hakikat kebenaranNya. Namanya adalah Salman dan ini adalah kisah hidup beliau. Cerita perjalanan hidup Salman disampaikan sendiri oleh beliau kepada sahabat-sahabatnya dan kemudian diabadikan dalam sejarah perjalanan manusia yang gigih menuntut ilmu.
Salman dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Jai (Jayyan atau Jian) di kota Isfahan di Parsi. Nama yang diberikan oleh bapa beliau ialah Rouzbeh. Bapanya seorang yang kaya-raya, rumahnya agam dan ladangnya banyak.
Di zaman itu, rumah orang kaya-kaya adalah sangat besar, mempunyai halaman yang luas dan dipagari oleh tembok di sekelilingnya. Orang kaya-kaya ini mempunyai ramai hamba yang menguruskan kebersihan dan makan minum mereka sekeluarga. Mereka memiliki banyak harta dan tanah, menguasai perniagaan di pasar-pasar dan mempunyai jawatan yang penting di dalam kerajaan. Juga menjadi satu kebiasaan di zaman tersebut bahawa jawatan yang mereka pegang akan diwariskan kepada anak-anak lelaki mereka.
Bapa Salman juga adalah sebegitu. Bapanya bertugas sebagai Dihqan, iaitu ketua yang menjaga api di dalam kuil. Selama beratus-ratus tahun lamanya api yang mereka sembah itu tidak pernah padam. Salman juga dididik oleh bapanya untuk menggantikan tempatnya kelak sebagai penjaga api kuil. Di dalam kuil, Salman ditugaskan untuk memastikan kayu-kayu sentiasa dimasukkan ke dalam api supaya ianya tidak terpadam. Sekiranya api ini padam, sudah pastilah Salman dan keluarganya akan dihukum berat oleh raja. Walaupun tidak disukainya, Salman tetap setia melakukan tugas ini untuk menghormati perintah bapanya.
Semenjak dari kecil lagi Salman amat dikasihi dan dimanjakan oleh bapanya. Malah, disebabkan oleh terlalu sayangkan beliau, bapanya tidak membenarkan langsung Salman keluar dari rumahnya. Salman hanya dibenarkan bermain-main di dalam kawasan rumahnya. Dia tidak dibenarkan ke mana-mana melainkan ke kuil sahaja untuk menjalankan tugasnya.
Suatu hari, bapanya kesibukan dan tidak dapat menguruskan ladangnya yang sedang menghasilkan tuaian. Oleh itu, bapanya mengarahkan Salman untuk pergi melihat kerja-kerja penuaian dilakukan. Sewaktu perjalanan pergi, Salman melintasi sebuah gereja Kristian. Kedengaran oleh Salman dari dalam gereja orang-orang sedang beribadat. Lantas beliau berasa hairan. Sepanjang usianya, Salman tidak mengetahui langsung mengenai agama ini meski agama yang lain-lain.
Dengan rasa ingin tahu, Salman memasuki gereja itu. Ibadat yang mereka lakukan benar-benar menarik minat Salman untuk mempelajari agama ini. Beliau berpendapat agama Kristian adalah lebih baik dari agama yang dianutinya. Beliau terus duduk di dalam gereja tersebut hinggalah ke petang. Tugasnya di ladang langsung diabaikan. Sebelum pulang, Salman sempat menanyakan di manakah pusat perkembangan agama ini. Menurut orang-orang di dalam gereja itu, ianya berada di Negara Syria Lama.
Pada waktu malam, sekembalinya Salman ke rumah; bapanya bertanyakan perihal di ladang. Lalu Salman menceritakan pengalamannya di siang hari. Bapanya terkejut. Dia cuba meyakinkan Salman bahawa agama mereka adalah lebih bagus daripada agama Kristian. Apabila Salman membantah, beliau terus dikurung oleh bapanya dan dirantaikan kakinya. Bapanya takut bahawa kelak Salman akan menganuti agama Kristian.
Akan tetapi Salman bukanlah seorang yang mudah mengalah kepada nasib. Melalui hambanya, Salman menghantar mesej kepada beberapa orang Kristian untuk memaklumkan kepadanya andai ada kafilah dari Syria datang ke kota Isfahan. Beberapa ketika kemudian, tiba mesej kedatangan kafilah tersebut. Salman yang telah bersedia, memecahkan kunci rantai di kakinya dan keluar dari rumahnya secara sembunyi-sembunyi. Dengan berhati-hati, Salman mengikuti kafilah itu pulang ke Syria.
-tamat Bab 1-
Bab 1
Bab 2
Peta
Bab 3 dan Bab 4
Bab 5 & Penutup
Bab 1: Salman di Negara Parsi
Pada zaman dahulu manusia hidup beramai-ramai di kawasan berhampiran sungai. Lebih besar sungai itu lebih banyaklah sumber makanan yang boleh diperolehi samada dari kegiatan perikanan ataupun pertanian. Ini adalah kerana sungai akan membawa tanah dari kawasan pergunungan dan kemudiannya dilimpahkan di kawasan lembah yang lebih rendah. Tanah dari gunung kaya dengan mineral yang boleh menyuburkan tanam-tanaman di darat dan juga di dalam sungai. Sungai Nil berkembar yang mengairi sembilan buah negara contohnya, mengairi dataran Afrika yang sangat luas sebelum melimpahi Laut Mediterranean. Sungai Nil Biru yang berpunca dari Tasik Tana di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang datang dari himpunan tasik-tasik besar di pertengahan benua Afrika telah menjadi pemangkin oleh manusia untuk mendirikan negara seawal tahun 8,000 BC, iaitu 10,000 tahun dahulu.
Sungai Euphrates dan Sungai Tigris juga merupakan sungai yang besar di atas bumi ini. Kedua-dua sungai ini berasal dari tempat yang sama, di Pergunungan Ararat dan Pergunungan Taurus di Turki seterusnya berakhir di Teluk Parsi. Manusia telah tinggal di kawasan limpahan kedua-dua sungai semenjak tahun 4,000 BC lagi. Malah menurut kisah Israiliyat, air Sungai Nil dan Sungai Tigris-Euphrates berasal dari syurga dan darinyalah air berpunca di bumi ini.
Kira-kira 2,600 tahun yang lepas, lahirlah sebuah negara yang besar dan kuat di tebing Sungai Tigris. Negara ini dikenali sebagai Empayar Parsi. Empayar ini menguasai sebahagian besar daripada tanah di Dataran Iran, barat benua Asia dan juga Asia Tengah. Empayar ini mempunyai raja-raja yang gagah dan askar-askar yang hebat di medan peperangan. Empayar ini boleh dikatakan sebagai di antara kuasa besar dunia selama kira-kira 1,250 tahun. Bagaimanapun, malangnya raja dan rakyat Empayar Parsi adalah kaum yang menyembah api. Mereka dikenali sebagai kaum Majusi atau lebih dikenali di Barat sebagai kaum Zoroastrian. Kaum ini sangat jahat dan sering melakukan kerosakan di muka bumi. Raja-raja mereka amat suka berperang dan menakluk negara-negara lain. Jika tidak ada orang-orang Rom di sebelah barat dan orang-orang Cina di sebelah timur yang kuat menahan serangan mereka, maka sudah pastilah Empayar Parsi telah menguasai seluruh dunia pada ketika itu. Begitulah ketentuan Allah Taala Yang Maha Bijaksana.
Walaupun rata-rata penduduk Parsi adalah kaum yang telah mengingkari Allah, namun dari celah-celah kesesatan itu, bangkitlah seorang insan yang berfikir tentang keagungan Tuhan dan berusaha mencari hakikat kebenaranNya. Namanya adalah Salman dan ini adalah kisah hidup beliau. Cerita perjalanan hidup Salman disampaikan sendiri oleh beliau kepada sahabat-sahabatnya dan kemudian diabadikan dalam sejarah perjalanan manusia yang gigih menuntut ilmu.
Salman dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Jai (Jayyan atau Jian) di kota Isfahan di Parsi. Nama yang diberikan oleh bapa beliau ialah Rouzbeh. Bapanya seorang yang kaya-raya, rumahnya agam dan ladangnya banyak.
Di zaman itu, rumah orang kaya-kaya adalah sangat besar, mempunyai halaman yang luas dan dipagari oleh tembok di sekelilingnya. Orang kaya-kaya ini mempunyai ramai hamba yang menguruskan kebersihan dan makan minum mereka sekeluarga. Mereka memiliki banyak harta dan tanah, menguasai perniagaan di pasar-pasar dan mempunyai jawatan yang penting di dalam kerajaan. Juga menjadi satu kebiasaan di zaman tersebut bahawa jawatan yang mereka pegang akan diwariskan kepada anak-anak lelaki mereka.
Bapa Salman juga adalah sebegitu. Bapanya bertugas sebagai Dihqan, iaitu ketua yang menjaga api di dalam kuil. Selama beratus-ratus tahun lamanya api yang mereka sembah itu tidak pernah padam. Salman juga dididik oleh bapanya untuk menggantikan tempatnya kelak sebagai penjaga api kuil. Di dalam kuil, Salman ditugaskan untuk memastikan kayu-kayu sentiasa dimasukkan ke dalam api supaya ianya tidak terpadam. Sekiranya api ini padam, sudah pastilah Salman dan keluarganya akan dihukum berat oleh raja. Walaupun tidak disukainya, Salman tetap setia melakukan tugas ini untuk menghormati perintah bapanya.
Semenjak dari kecil lagi Salman amat dikasihi dan dimanjakan oleh bapanya. Malah, disebabkan oleh terlalu sayangkan beliau, bapanya tidak membenarkan langsung Salman keluar dari rumahnya. Salman hanya dibenarkan bermain-main di dalam kawasan rumahnya. Dia tidak dibenarkan ke mana-mana melainkan ke kuil sahaja untuk menjalankan tugasnya.
Suatu hari, bapanya kesibukan dan tidak dapat menguruskan ladangnya yang sedang menghasilkan tuaian. Oleh itu, bapanya mengarahkan Salman untuk pergi melihat kerja-kerja penuaian dilakukan. Sewaktu perjalanan pergi, Salman melintasi sebuah gereja Kristian. Kedengaran oleh Salman dari dalam gereja orang-orang sedang beribadat. Lantas beliau berasa hairan. Sepanjang usianya, Salman tidak mengetahui langsung mengenai agama ini meski agama yang lain-lain.Dengan rasa ingin tahu, Salman memasuki gereja itu. Ibadat yang mereka lakukan benar-benar menarik minat Salman untuk mempelajari agama ini. Beliau berpendapat agama Kristian adalah lebih baik dari agama yang dianutinya. Beliau terus duduk di dalam gereja tersebut hinggalah ke petang. Tugasnya di ladang langsung diabaikan. Sebelum pulang, Salman sempat menanyakan di manakah pusat perkembangan agama ini. Menurut orang-orang di dalam gereja itu, ianya berada di Negara Syria Lama.
Pada waktu malam, sekembalinya Salman ke rumah; bapanya bertanyakan perihal di ladang. Lalu Salman menceritakan pengalamannya di siang hari. Bapanya terkejut. Dia cuba meyakinkan Salman bahawa agama mereka adalah lebih bagus daripada agama Kristian. Apabila Salman membantah, beliau terus dikurung oleh bapanya dan dirantaikan kakinya. Bapanya takut bahawa kelak Salman akan menganuti agama Kristian.
Akan tetapi Salman bukanlah seorang yang mudah mengalah kepada nasib. Melalui hambanya, Salman menghantar mesej kepada beberapa orang Kristian untuk memaklumkan kepadanya andai ada kafilah dari Syria datang ke kota Isfahan. Beberapa ketika kemudian, tiba mesej kedatangan kafilah tersebut. Salman yang telah bersedia, memecahkan kunci rantai di kakinya dan keluar dari rumahnya secara sembunyi-sembunyi. Dengan berhati-hati, Salman mengikuti kafilah itu pulang ke Syria.
-tamat Bab 1-
Jan 21, 2008
by zen non
Pendahuluan
Bab 1
Bab 2
Peta
Bab 3 dan Bab 4
Bab 5 & Penutup
Bab 0 - Pendahuluan
Ilmu yang paling tinggi adalah ilmu ketuhanan. Orang yang benar-benar mengetahui dan mengenali Tuhan yang sebenar, hidupnya adalah di antara harapan dan ketakutan. Harapan utamanya adalah untuk dapat bertemu dengan Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Manakala ketakutannya kepada Tuhan Yang Maha Mengawasi adalah begitu kuat sehinggakan dia sangat berhati-hati dalam setiap langkah yang diambilnya supaya tidak melakukan kesalahan. Jika tersilap langkah, lekas-lekaslah dia memohon keampunan dan menyesali kesalahan itu walaupun di mata orang lain tidak kelihatan pun apa-apa. Begitulah keadaannya orang yang memiliki ilmu ini.

Para rasul dan nabi menguasai ilmu ini. Kemudiannya para rasul akan menyampaikan pengetahuan mereka kepada umat masing-masing supaya ilmu ini dapat dipelajari oleh semua kaumnya walaupun ada yang hanya mampu mempelajari setakat satu dua kalimah sahaja. Kesukaran untuk menguasai ilmu adalah kerana ianya memerlukan kepercayaan dan keyakinan yang kuat bahawa Tuhan itu ada dan Tuhan itu adalah satu, iaitu Allah Subhanahuwataa’la. Kemudiannya, dengan iman yang kuat inilah seseorang dapat menghayati dan mengamalkan ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada manusia melalui amanat para rasul.
Bagaimanapun, di dalam kisah perjalanan manusia yang amat panjang, bukanlah semua orang beriman kepada Allah. Ada di antara manusia yang langsung tidak mempercayai bahawa Tuhan itu wujud sepanjang hidupnya di dunia ini. Ada juga yang mempercayai Tuhan itu ada, tetapi mereka menyembah selain dari Allah. Malah lebih teruk lagi, ada segelintir manusia yang berani mengaku dirinya adalah Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Orang yang beriman pula, tidak semua yang benar-benar patuh kepada ajaran Allah. Ada yang beriman, tetapi tidak takut untuk melakukan dosa. Ada juga orang yang beriman, tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam mengamalkan apa yang dipelajari. Dan ada yang beriman, tetapi tidak berusaha mempelajari agama Islam yang diajarkan oleh Allah melalui rasul-rasulNya. Begitulah susahnya untuk menguasai ilmu yang paling tinggi ini.
Sungguhpun demikian, Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih menyediakan segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh manusia untuk mentadbir bumi ini. Air, angin, api dan tanah adalah pemberian Allah kepada manusia untuk digunakan dengan penuh kesyukuran. Daripada elemen-elemen utama inilah, hujan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mineral bumi terhasil. Dia Yang Maha Mengetahui melengkapi setiap manusia dengan nafsu dan akal, dua peralatan yang sangat berguna untuk manusia mempunyai kehendak yang mampu dilaksanakan meskipun wujud keterbatasan kebijaksanaan.
Tidak cukup dengan itu, Allah Taala sedia mengampunkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap manusia. Tidak kira sebesar mana pun kesalahan itu, jika manusia benar-benar ikhlas memohon keampunan dan berusaha ke arah kebaikan, Allah akan ampunkan.
Ilmu ketuhanan hanya boleh dicapai melalui pengetahuan tentang Islam, satu-satunya agama yang benar di sisi Allah. Segala susah payah manusia telah disediakan hadiah untuk mereka yang berjaya di dalam ujian di atas muka bumi ini. Ganjaran untuk mereka ini adalah hidup gembira selama-lamanya di dalam sebuah tempat yang dinamakan syurga. Di dalamnya, ada sungai yang mengalirkan susu dan madu, ada buah-buahan yang tidak terbayang keenakannya, istana-istana yang diperbuat dari permata syurga untuk kediaman, dayang-dayang dewi syurga yang melayan setiap kehendak dengan patuh, isteri yang kecantikannya berjuta cahaya, malah ada apa sahaja yang diminta. Dan hadiah yang paling besar di syurga adalah dapat bertemu dan berbicara dengan Allah, Raja sekalian alam.
- pendahuluan tamat –

About This Blog
This is where I practice my writings.
Inilah tempat aku mengasah kemahiran menulis.
Segala pujian hanya kepada Allah SWT.
All praises are due to Allah The One God.
Komentar dan kritikan amat dialu-alukan.
Comments and critics are most welcome.
Pembaca boleh mengambil mana-mana artikel yang diminati, cuma jangan dinasabkan sebagai hak sendiri.
Readers may take any interesting articles, but just don't claim it as yours.

Subscription/Langganan via Email
Anda ingin pemberitaanpos terkini melalui emel?
Get the latest updates
Service provided by FeedBurner
Quran Search Engine
Recent Posts/ Pos Terkini
Popular Posts
-
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Astronomi dan masyarakat ialah dua perkataan dengan makna yang luas nian. Astronomi ialah kajian dan pemer...
-
Artikel berikut merupakan tugasan kursus fiqh islami. Disiarkan dengan niat kerana Allah supaya dapat menjadi panduan. Tidak dibenarkan di...
-
Pada Waktu Pagi Pagi itu embun masih jatuh menyiram wajah bumi. Air yang luluh dari langit menyusun rezeki hari ini. Desiran angin dingin m...
-
Resipi Siakap Kukus Bahan-bahan Ikan siakap Minyak zaitun/minyak sayuran Minyak bijan - satu/dua sudu Daun kunyit - 1 helaian yang leb...
-
His voice is beautiful. His talks is powerful. His stories are the truth. His intention is true. Iman.mp3 64kbps.22kHz Year: Unknown Size:3...
-
Perjalanan manusia merentas masa bermula ketika Nabi Adam alaihissalam menjejakkan kakinya kali pertama di muka bumi pada hari Jumaat. Hakik...
-
Update Time: Fri. 4:51am, 26 March 2008 (Please correct me if I am wrong) This is the first time I write about politics. To me, politics w...
-
Intro oleh seorang saudara: Ustaz Nouman Ali Khan dari Dallas, Texas.....(sorii..tak dapat salin) Tajuk ceramah: Lesson from Surah ar-Rah...
-
Pendahuluan Bab 1 Bab 2 Peta Bab 3 dan Bab 4 Bab 5 & Penutup Bab 0 - Pendahuluan Ilmu yang paling tinggi adalah ilmu ketuhanan. Orang ya...
My Other Sites
My Blog List
-
-
A Dua for the People of Gaza2 years ago
-
Hello world!3 years ago
-
Never Again they said….They lied!7 years ago
-
-
-
Ramadaan and the Quran11 years ago
-
-
-
-
-
Officially Closed15 years ago
-
-
-
-
-
Followers
Labels
- Bahasa Melayu (32)
- Downloadable (7)
- English (42)
- Gambar/Pictures (1)
- Kisah Perjalanan Manusia (2)
- recipe (1)
- Sajak/Poem (2)
- Siri Kisah Penuntut Ilmu (6)
- Siri Tanah (1)
- Video (2)
- Wira Cahaya (2)