May 27, 2008 by zen non


Please download more pictures from a Powerpoint presentation here
I have nothing to say but to myself,
"Fear Allah, in the true form that I must fear Him."

Thanks Mark!!
May 24, 2008 by zen non
When the sun goes down half of the world plunged into darkness. Now is the time when Mother Earth faces the dark side of the universe. On her belly were the children of Adam ‘alaihissalam. Together we face the dark universe.

But the mercy of light it repels the dark. When dark matter creeps, moon will set shining and glowing. That is the Moon that keeps our time.

Children of Adam just don’t sit around. They harvest the earth and create technologies. One particular technology was the discovery of modern electricity and the ability to transform electricity into light. Light that can repel darkness of night trapped in electrical and chemical compound. What have men done with plenty of light, is building cities like stars in the sky.

The story of light might be story of old, its creation was full of blessing. What always peoples do in the dark of the night, are to leave the world by going to sleep.

continue...
May 23, 2008 by zen non
The Town of AleppoWhile I was pouring a vessel of water from the stone water container in my house just now, as often, I would wonder where this blessed-water came from.

“It must have come from a land far, far away. It comes so far just to fill my vessel. And in my stone container, it had died along the way. But water is the nature's phoenix. It will revives as vapors and clouds.

Water alive in the mountains of high, growing rapidly in the streams they flow. All down below waits the calm of a mum. Mother of Earth is what people called. Silently she plays the time where water goes. With hard rocks, she beds Mankind from rush of the flows.

In the canyons she heals with her tender the most. It’s all because canyons are worst than the desert. Cracking sound of earth is filling the air. Canyons are land that had huge elongated cracks a long time ago. Poor of water, land becomes violent. Maybe mad at mankind who is the poor manager, who is asking,

Why many men were deprived from using fresh water?

“Because cost involved is enormous,” some might say.

Then maybe our solution is not the best for Mother Earth. So I propose wells are built near our home.

In the great land of Africa lies our major water source. A pair of Niles sculpting the scenic mountains, hills and valleys, such a vast beautiful land Africa is. They flowed together only Allah knows when, but the thing is that water goes deep even to the caves of gold. That gold is what men desired most. Which, I think we actually didn’t need the gold. The gold is for the leaders to spend it wisely.

What more a blessings than to have fresh water wells, just around the corners to be shared among substantial families. The more the families the more needs for the wells. As now the river is polluted and dirty. Do you remember Imam Shafi’i? He said a good city needs a just ruler, a really good doctor and clean rivers when he was in Egypt. In order men to strive rivers must be cleaned. Water will live throughout its journeys. It feeds babies from mother’s milk, which gives them strength for their hard journey. Look at Aleppo. This city of old is what our mother had nurtured.

There must be a technique on how to build wells around homes and homes and homes...
Ask a professor. I’m sure somebody will know. We have got to find all the answers to the riddle of the land. By paying a few Dinars, everybody can have free water for all their lives.

O’ what say you o’ my fellows, wise and old or young and gold? Should we have a well even in the city negihbourhoods?Nabe'e Hassan on the River Markieh
May 21, 2008 by zen non
Pendahuluan
Bab 1
Bab 2
Peta
Bab 3 dan Bab 4

Kejayaan di dalam Perang Khandaq membuka lembaran baru dalam sejarah perkembangan umat Islam. Madinah kini telah bebas daripada cengkaman musyrikin Mekah. Keamanan yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya oleh Rasullullah untuk menaikkan kedudukan Madinah sebagai pusat pemerintahan dan perdagangan umat Islam. Tahun berikutnya, iaitu pada bulan Mac 628M bersamaan bulan Zulkaedah 6H, Rasullullah SAW membawa kira-kira 1,400 orang Islam Madinah ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Bagaimanapun, kedatangan mereka dihalang oleh kaum musyrikin. Maka, Rasullullah menghantar seorang utusan kepada penguasa Mekah untuk menyatakan tujuan kedatangan mereka. Utusan itu ialah sepupu baginda sendiri iaitu Uthman bin Affan. Bagaimanapun, Uthman telah ditangkap dan ditahan di Mekah. Kemudiannya, khabar angin tersebar mengatakan bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut bela atas kematian Uthman. Ikrar ini dikenali sebagai 'Baiátin ridhuan'.

Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun ketakutan. Dengan segera mereka membebaskan Uthman dan menghantar seorang ahli runding bernama Suhail bin Amru untuk membuat perjanjian dengan orang Islam. Di dalam perjanjian yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah ini, umat Islam dikehendaki pulang dan hanya boleh datang melakukan haji pada tahun berikutnya. Pihak musyrikin juga mengenakan beberapa lagi syarat yang tidak menyebelahi umat Islam. Rasullullah menerima semua syarat mereka. Kabilah haji itupun pulang semula ke Madinah. Bagi baginda, dapat melakukan haji dalam keadaan aman pada tahun berikutnya adalah lebih baik dari berkeras untuk menunaikan haji pada tahun itu. Baginda tidak mahu menumpahkan darah saudara-saudaranya yang berada di Mekah ketika itu.

Setahun kemudian, dengan senyap-senyap Rasullullah mengumpulkan sejumlah tentera dan berarak menuju ke kota Mekah. Penduduk Mekah amat terkejut dengan kedatangan tentera Islam secara tiba-tiba. Mereka tidak sempat untuk bersedia. Sebenarnya, begitulah tujuan Rasullullah menggunakan taktik serangan mengejut supaya Mekah dapat ditawan tanpa sebarang pertentangan.

Kebiasaannya, seorang penakluk akan menghancurkan apa sahaja yang ada di dalam kota yang baru ditawan. Penduduk kota itu akan dibunuh atau diperhambakan. Bagaimanapun, ajaran Rasulullah berbeza dengan kebiasaan penakluk lain. Baginda memberi keampunan kepada seluruh penduduk Mekah yang pernah menentangnya dan menghina Islam dan Rasul-Nya. Akhirnya, kota Mekah berjaya dikuasai oleh umat Islam tanpa ada sebarang pertumpahan darahpun. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ketika masuk ke Mekah adalah menghancurkan kesemua 300 berhala-berhala yang berdiri megah di Kaabah. Maka bermulalah era kegemilangan negara Islam dengan bebasnya Kaabah daripada kesyirikan.

Bab 5 – Babak Kesyukuran

Dunia ini ada orang yang kaya dan ada orang yang miskin. Ada orang miskin yang bekerja seumur hidupnya tetapi tidak pernah cukup keperluannya. Ada juga orang yang kaya tidak pernah bekerja sepanjang usianya tetapi kekayaannya tetap bertambah setiap hari. Begitulah ketentuan rezeki setiap orang yang telah pun siap tertulis di dalam kitab Luh Mahfuz sebelum diciptakan alam ini lagi. Ketentuan ini sangat jelas sehinggakan berapa butir nasi yang kita makan dan berapa teguk air yang kita minum pada tiap-tiap hari telah ditentukan Allah Taala tanpa ada kekurangan sedikit pun. Berusaha mencari rezeki yang halal dengan disertai doa yang tidak putus-putus kepada Allah Ar-Rozzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki) adalah ibadah orang yang bersyukur.

Allah Al-Adl’ (Yang Maha Adil) meletakkan darjat yang tinggi kepada orang miskin yang bertakwa dan sabar menghadapi dugaan hidup. Di Hari Pengadilan nanti, orang miskinlah yang dipermudahkan perhitungan amalannya dan orang miskinlah yang berduyun-duyun akan masuk ke dalam syurga. Orang-orang kaya pula akan dihitung dengan teliti di mana hartanya dibelanjakan. Hanya orang-orang kaya yang bertakwa dan membelanjakan hartanya di jalan Allah sahaja yang akan mendapat balasan yang baik di hari tersebut.

Nabi Muhammad SAW sendiri memilih hidup dalam keadaan miskin. Sudah pasti Allah akan tunaikan jika baginda berdoa untuk emas dan harta yang banyak. Akan tetapi jelas sekali Rasulullah tidak memohonnya kerana baginda mengetahui lebih dari apa yang diketahui oleh orang lain akan betapa kasihnya Allah kepada orang miskin.

Diceritakan dari sumber yang dipercayai kepada penulis bahawa pernah anaknya, Fatimah r.a. memberikan sekeping roti kepada Nabi. Dengan penuh kesyukuran baginda berkata kepada Fatimah bahawa itulah makanan pertama baginda dalam masa tiga hari. Betapa sedihnya seorang Nabi dan pemimpin yang paling hebat hanya makan sekeping roti untuk mengisi perutnya yang kosong selama tiga hari. Aisyah r.a. juga pernah mengatakan bahawa makanan yang paling enak baginda makan adalah roti yang dicecah sedikit mentega yang tersisa dalam sebuah bekas. Itupun baginda beria-ia ingin membahagi-bahagikannya kepada orang lain untuk merasainya.

Pada penghujung usianya, Rasullullah sakit dan tidak boleh bangun. Badannya semakin hari semakin lemah. Demamnya menjadi-jadi. Baginda hanya bersolat di tempat pembaringannya. Baginda tidak lagi berupaya untuk mengimamkan solat di Masjid Nabi. Pada tanggal 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah (6 Jun 632M) Rasullullah wafat pada usianya 63 tahun. Baginda dikebumikan di rumah isterinya, Aisyah yang ketika ini telah menjadi sebahagian daripada Masjid Nabi.

Rasullullah wafat meninggalkan beberapa harta sahaja. Yang pertamanya adalah sebidang tanah yang diwasiatkan kepada Aisyah r.a. untuk disedekahkan kepada anak yatim. Yang keduanya adalah seekor keldai berwarna putih yang dikenderai baginda di waktu hayatnya. Dan yang ketiganya adalah sebuah baju perang yang diperbuat dari besi yang telah digadainya kepada seorang wanita Yahudi di Madinah untuk secupak gandum untuk keluarganya makan pada masa Madinah telah aman dari peperangan. Baginda juga meninggalkan sepasang sandal kulit, sebilah pedang dan sebatang tombak yang pernah digunakan sewaktu peperangan. Sandal, pedang dan tombak itu kini dipamerkan di Muzium Topkapi di Istanbul, Turki.

Para sahabat juga memilih cara hidup Nabi yang tidak mengumpulkan kekayaan kerana mereka adalah orang-orang yang paling mencintai Rasullullah. Apa yang diutamakan oleh para sahabat adalah menyambung tugas dakwah menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia selepas ketiadaan baginda. Hidup mereka adalah dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mencintai satu apapun perkara dunia.



Bab 6 – Babak Kegemilangan

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Amirul Mukminin Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib adalah pengganti berturut-turut pemerintah tertinggi umat Islam selepas Rasulullah. Di bawah pentadbiran mereka, Islam diperkembangkan ke seluruh semenanjung Tanah Arab, Mesir di barat, negeri-negeri di Syam di utara dan benua Afrika di selatan. Bagaimanapun, usaha menyebarkan agama Islam ke Benua Asia di timur tertahan oleh halangan daripada penentangan orang Parsi.

Maka suatu hari di dalam tahun 16 Hijrah/637 Masehi, tentera Muslim telah sampai di tebing Sungai Tigris. Negara Parsi berada di seberang sungai. Tentera Muslim yang datang dari padang pasir ini tidak mempunyai perahu untuk menyeberangi Sungai Tigris yang lebar ini. Mereka berkhemah dahulu di tebing sungai sementara menantikan arahan komander mereka, Sa’d bin Abi Waqqas. Mereka hanya perlu menyeberang sungai untuk menang di dalam peperangan ini. Ini adalah kerana Parsi yang diperintah oleh raja-raja Sassanid semenjak tahun 226 Masehi itu telah berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Kira-kira 20 tahun sebelum kedatangan tentera Muslim ini, Parsi telah kalah teruk di dalam satu peperangan yang besar dengan tentera Rom Byzantine. Peperangan yang berlaku di kota Nineveh itu menyaksikan tanah-tanah jajahan Empayar Sassanid Parsi dirampas oleh tentera Rom. Malah, peristiwa kekalahan tentera Parsi ini telah diberitahu lebih awal oleh Allah kepada Rasullullah tujuh tahun sebelum ianya berlaku.

Surah Ar-Ruum, ayat 1-4.
[1] Alif, Laam, Miim.
[2] Orang-orang Rom telah dikalahkan;
[3] Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;
[4] Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira;


Selama beberapa waktu tentera Muslim berkhemah di tebing Sungai Tigris menantikan keputusan daripada komander mereka. Tahun sebelumnya (636M), Khalifah Umar al-Khattab telah mengutus beberapa orang utusan yang diketuai oleh N’uman bin Maqran kepada raja Parsi yang bernama Yazdagird III. Utusan ini dihantar untuk berdakwah kepada raja Parsi. Bagaimanapun, Raja Yazdagird III menolak dengan keras dakwah mereka. Akibatnya, beberapa bulan kemudian Khalifah Umar telah menghantar kira-kira 25,000 orang askar yang diketuai oleh Sa’d bin Abi Waqqas dari Bani Quraisy untuk menawan kota al-Qadisiyyah. Satu pertentangan yang hebat berlaku. Walaupun tentera Parsi sangat kuat dan mempunyai batalion gajah, tentera Muslim hanya mengambil masa empat hari untuk menewaskan mereka. Kemenangan di sanalah yang membawa tentera Muslim ke tebing sungai ini. Di seberang sungai sudah jelas kelihatan kota Ctesiphon, ibu kota Empayar Sassanid Parsi. Ctesiphon yang dikenali sebagai Al-Mada’in merupakan kota yang terbesar di dunia pada abad ke 6 Masehi. Di sinilah pusat pemerintahan Raja Yazdagird III.


Suatu malam, Sa’d bin Abi Waqqas bermimpi. Di dalam mimpinya, beliau diberitahu bahawa mereka perlu terjun ke dalam sungai dan berenang ke seberang. Sa’d menceritakan mimpinya kepada Salman al-Farisi yang turut serta dalam peperangan memerdekakan tanah airnya daripada cengkaman penganut agama Zoroastrian. Beliau menganggap mimpi itu sebagai ilham dari Allah. Kemudiannya seluruh angkatan tentera diarahkan untuk terjun ke dalam sungai. Ramai yang terkejut dengan keputusan ini. Sungai Tigris adalah sungai yang lebar dan dalam. Air sungainya mengalir deras. Bagaimanakah mereka akan selamat?

Sa’d bin Abi Waqqas, bersama Salman disisinya berdoa, “Semoga Allah memberi kemenangan kepada kami dan mengalahkan musuh-musuhNya.” Kemudian Salman pula menyambung, “Islam membawa berita gembira. Demi Allah, menyeberangi sungai ini adalah semudah merentasi padang pasir. Demi Allah, nyawaku berada di dalam genggamanNya, semoga askar-askar ini timbul dari air sepertimana bilangannya yang masuk.” Lantas, Salman dan Sa’d terjun bersama-sama ke dalam sungai. Kemudian mereka diikuti oleh askar-askar yang lain. Diceritakan bahawa Sungai Tigris ketika itu dipenuhi oleh tentera-tentera Muslim dan kuda-kuda mereka. Mereka berenang ke seberang. Apabila kepenatan, dirasakan mereka seolah-olah dasar sungai telah naik dan menyokong mereka supaya tidak tenggelam sehinggalah tenaga mereka pulih semula. Kuda-kuda pula berenang dengan mudah seolah-olah arus sungai tidak menghanyutkan mereka. Kesemua kuda dan tentera naik di seberang sungai tanpa satupun hilang kecuali sebuah cangkir besi.

Setibanya di sana, mereka bergegas menuju ke kota Ctesiphon. Penduduk-penduduk kota ini sudah ketakutan. Mereka lari bertempiaran. Tidak ada langsung pertentangan. Dengan mudah sekali tentera Muslim menawan kota itu. Bertindak sebagai jurubahasa, Salman berkata kepada penduduk-penduduk kota, “aku ini berasal dari kamu. Aku akan berbelas kasihan kepadamu. Kamu semua diberi tiga pilihan. Kamu akan memeluk agama Islam dan menjadi saudara kami. Kamu akan diberi hak dan kewajipan sama seperti kami. Atau kamu boleh membayar cukai Jizyah dan kami akan memerintah kamu seadilnya. Atau kami akan memerangi kamu. Maka pilihlah.” Penduduk-penduduk kota yang telah menyaksikan peristiwa ajaib tentera Muslim menyeberang sungai pun mengambil pilihan yang kedua.

Kemudian, tidak lama kemudian, Salman al-Farisi dilantik oleh Khalifah Umar menjadi gabenor di negara Parsi. Tiga puluh ribu askar berada di bawah perintahnya. Akan tetapi, Salman tetap dengan cara hidupnya yang merendah diri dan bekerja menyara hidupnya sendiri. Beliau diberi 5,000 dirham sebagai elaun gabenor yang mana satu dirham pun tidak diambilnya. Beliau menjadi gabenor pun bukanlah dengan permintaannya, melainkan disuruh oleh Khalifah Umar sendiri. Kemudian, beliau dilantik pula menjadi gabenor di Madinah. Perlulah kita ketahui bahawa sahabat-sahabat Nabi memang tidak inginkan kekayaan apatah lagi kekuasaan. Bagi mereka, tanggungjawab sebagai pemimpin adalah suatu tugas yang amat berat dan besar. Mereka takut akan melakukan kesilapan dan akhirnya akan disoal nanti di hari akhirat. Kendatipun, apabila tugas telah diserahkan, mereka tidak mengelak kerana segala sesuatu yang mereka lakukan hanyalah untuk Allah semata-mata.

Pada mulanya, Salman tidak mempunyai rumah walaupun menjadi gabenor Parsi. Beliau menyara hidupnya membuat dan menjual bakul dan peralatan dapur dari pelepah kurma. Pendapatannya setiap hari adalah tiga dirham sahaja. Satu dirham digunakannya sebagai modal untuk membeli pelepah kurma, satu dirham digunakan untuk perbelanjaan keluarganya dan satu dirham lagi disedekahkannya. “Jika Umar al-Khattab menghalang aku, nescaya tetap akan kulakukan jua.” Begitulah yang sering dikatakan oleh Salman jika ada orang bertanya tentang jalan hidup yang cukup sederhananya ini. Pakaiannya hanyalah dua helai kain. Sehelai kain hanya cukup-cukup sampai ke bawah lututnya dan sehelai lagi kain akan dibentangkannya sebagai alas ketika duduk di bawah redupan pokok sewaktu dia menjalankan tugasnya.

Seorang gabenor bertugas memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan di daerah pemerintahannya. Dia juga perlu memerhatikan tugas pemungutan zakat dan cukai dan memastikan sebahagian daripada hasil zakat dan cukai dihantar kepada khalifah untuk dikongsi bersama-sama umat Islam lainnya. Gabenor juga berfungsi untuk mentadbirkan kerja-kerja pembangunan, pembuatan jalan, hal-hal pertanian serta mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Ketika itu, empayar Islam sedang berkembang dengan pantas dan semakin luas iaitu dari tanah Afrika, Mesir seluruh tanah Arab sehinggalah ke Syria, Lubnan, Palestin, Iraq dan Parsi. Semua tanah jajahan itu berjaya ditadbir dengan baik dan bertambah makmur di bawah pemerintahan khalifah dan gabenor contohnya seperti Umar al-Khattab dan Salman al-Farisi.

Bab 7: Kisah-kisah kecil Salman

Kisah 1

Dari penceritaan Abu Juhayfa, Rasullulah SAW telah mempersaudarakan Salman dengan seorang Ansar bernama Abu Ad-Dardaa’. Suatu hari Salman melawat saudaranya ini. Dilihatnya Ummu Ad-Dardaa’ berpakaian buruk sekali. Beliau bertanya, “kenapakah pakaianmu ini?” Ummu Ad-Dardaa’ menjawab, “Saudaramu tidak berminat dengan kemewahan dunia ini.” Abu Ad-Dardaa’ adalah seorang yang zuhud. Dia selalunya berpuasa setiap hari dan malam-malamnya pula akan dihabiskan dengan solat.
Abu Ad-Dardaa’ ketika itu menyediakan makanan untuk Salman. Apabila dihidangkan, Salman mengajak Abu Ad-Dardaa’ makan sekali.
“Aku berpuasa,” jawabnya.
“Aku tidak akan makan kalau kamu tidak makan.”

Maka Abu Ad-Dardaa’ pun terpaksa makan bersama. Pada waktu malamnya, Abu Ad-Dardaa’ ingin bangun. Salman menahannya dan menyuruhnya tidur. Abu Ad-Dardaa’ pun menyambung tidurnya. Beberapa jam kemudian, Abu Ad-Dardaa’ bangun semula. Salman yang turut terjaga menyuruhnya tidur dan Abu Ad-Dardaa’ pun tidur dalam keadaan tidak puas hati. Ketika malam hampir ke subuh, Salman bangun dan mengejutkan saudaranya. Lantas mereka menunaikan solat malam. Selepas itu, Salman berkata kepada Abu Ad-Dardaa’, “Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, jiwamu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu juga berhak kepadamu.”

Keesokan harinya, Abu Ad-Dardaa’ mengadu kepada Rasullullah berkenaan tindakan Salman yang menghalangnya beribadah. Rasullah pun berkata, “sesungguhnya Salman adalah seorang yang banyak pengetahuannya.” Begitulah sepatutnya seseorang tidak boleh menghabiskan harinya dengan ibadah solat malam dan puasa kerana setiap orang ada tanggungjawab lain kepada dirinya sendiri dan orang-orang di sekelilingnya. Menunaikan hak-hak diri sendiri seperti makan, minum dan tidur juga dikira ibadah sekiranya dilakukan kerana Allah. Begitu juga dikira ibadah menunaikan tanggungjawab kepada keluarga dan jiran-jiran. Ibadah itu bukanlah puasa dan solat sepanjang masa sahaja. Demikianlah pengajaran yang ingin disampaikan oleh Salman yang bijaksana kepada saudaranya Abu Ad-Dardaa’.

Kisah 2

Suatu hari, Salman bertemu dengan seorang lelaki dari Syria di dalam perjalanannya. Lelaki itu memikul sebeban buah tin dan kurma. Dia kelihatan letih lesu. Apabila terlihat akan Salman, yang tampak seperti orang miskin, lelaki itu memanggilnya. Dia memanggil Salman. Lelaki Syria itu berkata, “lepaskan aku dari beban ini.” Tanpa banyak bicara, Salman lantas memikulnya dan mereka berjalan bersama.

Mereka bertemu beberapa orang yang sedang duduk berkumpulan. Beliau memberi salam kepada mereka. Kumpulan itu lalu berdiri dan menjawab, “dan salam juga kepada gabenor.” “Siapakah gabenor ini?”, lelaki Syria itu bertanya di dalam hatinya. Dia bertambah hairan apabila beberapa orang dari kumpulan itu bergegas ke arah Salman untuk menurunkan beban di bahunya. “Biarlah kami yang memikulnya wahai gabenor.” Apabila lelaki Syria itu mengetahui bahawa di sebelahnya adalah gabenor Madinah, dia sangat terkejut. Kata-kata maaf dan kesal segera dilafazkan oleh lelaki Syria itu. Dia cuba mengambil semula bebanan dari bahu Salman.
“Jangan! Aku akan membawanya sehingga sampai arah tujuanmu,” tegas Salman.

Kisah 3

Suatu hari, ketika Salman berada di Madinah, datanglah hasil daripada harta rampasan perang yang dihantar kepada Khalifah Umar al-Khattab. Barang yang dihantar itu berupa kain-kain yang banyak. Khalifah Umar membahagi-bahagikan kain itu kepada para sahabat seorang sehelai. Beberapa hari kemudian, sewaktu Umar ingin menyampaikan khutbahnya di masjid lalu menyeru orang ramai, “rendahkanlah suara kalian supaya aku dapat mendengarnya.”

Salman segera bangkit, “Demi Allah, kami tidak akan mendengarmu, kerana kamu melebihkan dirimu dari kami.”
“Bagaimanakah sedemikian?” soal Amirul Mukminin.
Salman menjawab, “kamu memakai dua helai kain dan kami hanya memakai satu sahaja.” Ketika itu, Umar memakai dua helai kain putih. Umar tidak menjawab.
Beliau memanggil, “Oh Abdullah!!” Tidak ada orang menjawab. Beliau memanggil lagi, “Oh Abdullah bin Umar!!”

Abdullah ialah anak kepada Khalifah Umar. Lalu dia pun bangun dari celah-celah orang ramai.
Umar berkata, “beritahulah mereka.” Abdullah bin Umar pun memberitahu orang ramai bahawa kain putih yang diperolehinya telah diberikan kepada bapanya. Sebab itulah bapanya dapat memakai dua helai kain tersebut.
Salman kemudian berkata, “Baiklah, sekarang kami akan mendengarmu.”

Kisah 4
Salman ingin membina sebuah rumah yang sesuai untuk keluarganya berteduh. Lantas beliau memanggil seorang tukang dan bertanya kepadanya, “bagaimanakah kamu ingin membina rumahku ini?” Tukang itu berfikir sebentar. Dia tahu bahawa Salman adalah seorang yang warak.

Lalu dia menjawab, “Jangan risau. Ianya hanyalah sebuah rumah untuk tuan berlindung dari panas dan menginap di kala kesejukan. Bila tuan berdiri tegak, bumbungnya akan menyentuh kepalamu.”
“Baiklah, begitulah keadaannya. Maka binakanlah sebuah rumah untukku,” ujar Salman.

Kisah 5

Seorang sahabat datang melawat Salman di rumahnya pada suatu hari. Ketika itu dilihatnya Salman sedang menguli tepung. “Dimanakah hambamu, wahai Salman?” tanya sahabat itu.
“Dia kuhantarkan untuk melakukan suatu tugasan dan aku tidak suka menyuruhnya melakukan dua pekerjaan sekaligus,” jawab Salman.

Bab 8 – Penutup

Tiada benda-benda dan hal-hal duniawi yang boleh menarik minat Salman walaupun seketika kecuali satu benda sahaja. Benda itu diberikan kepada isterinya untuk dijaga dan disimpan dengan baik. Ketika Salman jatuh sakit dan menyedari saatnya sudah sampai, Salman memanggil isterinya. “Bawakan aku benda yang kusuruh kau simpan itu.” Isterinya mengambil dan menyerahkan kepada Salman. Ianya adalah sebotol wangian kasturi. Beliau memperolehinya ketika hari pembebasan kota Jalwalaa’ di Iraq. Kemudian beliau meminta isterinya membawakan semangkuk air. Salman meletakkan wangian kasturi itu ke dalam air dan dikacau dengan tangannya. Beliau berkata kepada isterinya, “Renjiskanlah ia kepadaku, kerana sebentar lagi akan datang suatu makhluk dari Allah yang tidak makan dan apa yang disukai mereka adalah wangi-wangian.”

Selepas direnjiskan ke badannya, Salman berkata kepada isterinya, “keluarlah dan tutupkanlah pintu.” Isterinya menurut sahaja permintaan Salman. Selepas beberapa ketika, isterinya kembali. Di hadapannya Salman sudah tidak bernafas lagi. Rohnya telah diambil oleh Allah untuk bersemadi bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, Abu Bakar, Umar dan para syuhada’. Salman meninggal dunia pada tahun 33 Hijrah sewaktu pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Terdapat perbezaan pendapat akan umur Salman ketika itu. Pendapat yang popular mengatakan dia berusia 250 tahun. Wallahualam.

Maka dengan ini, tamatlah perjalanan hidup Salman, Imam, Panji kepada panji-panji, Pewaris kepada Islam, Hakim yang adil, Sarjana yang berpengetahuan dan Salah satu rumah kepada Rasullullah SAW.


Word count: 9647
Pendahuluan
Bab 1
Bab 2
Peta
Bab 3 dan Bab 4
May 11, 2008 by zen non
Masalah akhir zaman ini adalah bagaimana untuk melahirkan sebuah ketamadunan yang unggul. Bukanlah bertamadun sesebuah negara jika rakyatnya tidak memiliki nilai-nilai insani yang hakiki. Tamadun sejati dibina dengan moral yang unggul. Moral diasuh dengan pendidikan yang kukuh.

Arkian apakah sudah kukuh pendidikan negara ini?
Apakah jenis pembaris yang mengukur kemantapannya?

Ilmu yang terhebat adalah ilmu mengenali Tuhan. Seandainya hakikat ini tidak disepakati maka moral pasti luruh seperti daun-daun kering di musim panas. Daun-daun luruh yang hanya sampah menunggu dibiodegrasi. Sesungguhnya Tuhan itu ada kerana manusia itu mati. Malah menurut ajaran Tuhan, mati manusia di bumi ini akan hidup kembali. Hidup semula di dalam alam kekal di luar galaksi. Alam kekal alam hitam, alam kekal alam cahaya. Alam hitam bernama neraka, alam cahaya bernama syurga. Yang jelasnya, semua agama sudah mengakui kewujudan kedua-dua alam ini. Maka persoalannya di sini bukanlah kepercayaan, akan tetapi apakah manusia yang berbilang bangsa ini sudah bersatu mencapai ilmu ini? Mengapakah tiada integrasi di kalangan pendidik untuk membentangkan ilmu yang peri penting ini? Apakah kita mahu mengulangi kesilapan kaum Nabi Nuh? Mereka adalah bangsa pertama tersilap mengenal Tuhan, sehinggakan menimbulkan kemarahan Tuhan yang sebenar; maka mereka yang tidak mendengar amaran Nabi Nuh ditenggelamkan semuanya di dalam peristiwa Banjir Besar.

Oleh yang demikian, wajarlah pendidikan formal pertama setiap anak tidak kira bangsa dan agama adalah mata pelajaran mengenali Tuhan. Dengan itu, pasti lahir lebih ramai pelajar yang bijak membuat pilihan tanpa sebarang paksaan pun dalam beragama.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan mahkamah membenarkan kitab Bible berbahasa Melayu diletakkan nama Allah. Nampaknya orang Kristian juga mengakui nama Tuhan yang sebenar itu adalah Allah, “The God”, Tuhan yang Esa. Cuma di dalam kitab Bible, mereka memberitakan bahawa Tuhan itu ada tiga entiti iaitu Tuhan Manusia iaitu Jesus, Roh Suci(Holy Ghost) yang menurut Bible, lahir selepas Jesus mati disalib dan Tuhan Bapa yang bertakhta di syurga. Menurut mereka, ketiga-tiga tuhan adalah satu. Bagaimana mereka boleh mengelirukan berbilion manusia dengan konsep triniti yang memeningkan kepala ini bukanlah suatu misteri. Dengan pedang, dengan wang dan dengan usaha yang berterusan, maka dalam masa dua ribu tahun ini semenjak Masihi mereka telah menyebarkan ideologi korup yang benar-benar menyesatkan manusia dari Tuhan. Konsep triniti tidak kena dengan nama Tuhan yang dimahukan oleh mereka. Seolah-olah mereka tidak mahu Tuhan sebenar itu disembah. Sebaliknya mereka mahu mempertigakan Tuhan dan memohon doa kepada Tuhan Manusia mereka. Bukankah masyarakat Arab Jahiliyah juga menggunakan konsep mendekati Allah dengan menyembah berhala? Apakah patung yang berdiri di dalam gereja itu bukan berhala?

Maka seorang kanak-kanak yang mempelajari ilmu mengenal Tuhan di peringkat awal sudah pasti semakin kukuh pendiriannya ketika mempelajari ilmu-ilmu lain pada kemudian harinya. Setiap sesuatu yang diilmuinya akan pasti disandarkan kepada Tuhan yang memberi rahmat ilmu tersebut tercapai olehnya. Malah dengan menguasai ilmu mengenali Tuhan menajamkan penelitian dan memperluaskan penerokaan otak kanak-kanak pada waktu kritikal perkembangan kematangan akal.

Sejarah tamadun dahulu melahirkan ilmuwan yang hebat-hebat di mana pendidikan asasi mereka bukanlah bermula dengan bidang yang mereka terkenal dengannya. Akan tetapi bermula dengan mempelajari al-Quran, ilmu fiqh, tauhid dan seadanya. Permulaan yang betul menjana kecemerlangan ilmuwan-ilmuwan ini. Al Jabar, Al Khwarizmi (matematik), Ibnu Sina (perubatan dan falsafah), Al Biruni (sejarah,matematik,astronomi), Al Farabi (falsafah),Ziryab (muzik), Sallahuddin Al Ayyubi(ketenteraan), Nizham al-Mulk (pentadbiran), Al-Maliki, Al-Syafie, Hanbali, Hanafi, Al-Bukhari...nama-nama ini semakin berpanjangan setaraf dengan keberkesanan pendidikan zaman keemasan empayar-empayar Islam. Apakah kita tidak ingin meletakkan nama anak-anak kita sebagai sinambungan senarai ini?

Talk to the believer and the best is always from Allah.
Non believers may say this and that, but when it links it always goes up to Allah.
An ocean of knowledge He presented to mankind, when the gate was opened
even time became a blessing.
Let the way of teaching origin of one source.
And if everyone agreed, then the next question will be,
Who is the man, who would that teacher be?
No need to guess he is Muhammad bin Abdullah may Allah be pleased upon him.
He is the messenger of Allah.
He is the teacher of mankind.
But the end of the world is full of surprise.
His teachings were lost, parts or many...

About This Blog

This is where I practice my writings.
Inilah tempat aku mengasah kemahiran menulis.
Segala pujian hanya kepada Allah SWT.
All praises are due to Allah The One God.

Komentar dan kritikan amat dialu-alukan.
Comments and critics are most welcome.

Pembaca boleh mengambil mana-mana artikel yang diminati, cuma jangan dinasabkan sebagai hak sendiri.
Readers may take any interesting articles, but just don't claim it as yours.