Aug 4, 2010 by zen non

Bahagian I
Panjang nian cerita tentang makhluk yang bernama manusia. Tidak terhitung peristiwa yang menimpa. Di dalam setiap peristiwa, pasti ada pengajaran dan penyelesaian yang boleh dikandung manusia sepanjang perjalanannya.

Panjang nian sejarah perjalanan manusia. Bumi ini tempat bermula. Kendati jauh mana pun manusia sudah melangkah, wajarlah seandainya dihayati bekas tapak kaki yang dtinggalkan nenek moyang kita. Mungkin manusia ini senantiasa terlupa. Lantas bila berjalan sering tersadung tunggul yang sama. Jika diingat maka selamat, jika tidak parah padah yang menimpa.

Bermula dari satu keluarga yang menetap di Jazirah Arab pada suatu masa dahulu, manusia seterusnya mengganda berkali-kali ratus ribu jumlahnya. Keberadaaan manusia kekal kini kerana ilmu yang dimiliki. Ternyata ilmu teras kegemilangan bangsa-bangsa manusia.

Bangsa pertama bangsa Suryani. Namun nasib bangsa ini sudah tertulis untuk terhapus di dalam satu peristiwa banjir yang sangat besar sehingga air naik ke gunung. Hampir saja manusia pupus. Akan tetapi, sebilangan manusia terselamat setelah mereka menaiki sebuah bahtera. Selepas banjir mulai reda, bahtera itu pun mendarat di atas Gunung Judiy, Turki.

Di antara mereka yang berada di atas kapal itu adalah sebuah keluarga dengan tiga orang anak lelaki. Maka, dari keluarga inilah manusia mula berbangsa-bangsa.
`                            Daripada sekeluarga menjadi desa,
                              Desa menegakkan kota,
                              Di dalam kota majunya bangsa,
                              Bangsa yang besar berkaum-kaum,
                              Kaum yang besar bersuku-suku,
                              Semua didikan berasal dari ayahanda yang satu.

Pada awalnya, manusia membuka kota Babil di Iraq. Mereka berkerajaan di situ. Bagaimanapun, oleh kerana peristiwa perpecahan bahasa, anak-anak ketiga-tiga orang adik beradik itu pun mengambil keputusan untuk membuka penempatan baru.
Ketiga-tiga orang adik beradik itu bernama Yafits, Sam dan Ham bin Nuh a.s. Anak-anak Yafits berkelana ke arah timur dan utara di benua Asia.. Anak-anak Ham bermigrasi ke arah barat dan selatan di benua Afrika. Manakala anak-anak Sam terus tinggal di kota Babil di bawah pemerintahan Raja Jamm ketika itu. Daripada anak-anak Yafits, Sam dan Ham inilah maka diambil nama-nama bangsa yang baru muncul ini.

Nota kaki
Kajian oleh pihak National Geographic ke atas tulang-tulang orang Babylon kuno dan penduduk kota Babil sekarang menunjukkan pembawaan bahan-bahan genetik yang sama dengan manusia moden secara keseluruhannya. Malah peristiwa banjir besar itu dikisahkan melalui batu bersurat ke-XI Gilgamesh (XI tablet) dan juga batu bersurat ke-III Atrahasis.





Bahagian II

Di sepanjang sejarah, titik-titik putih seringkali muncul di atas garisan-garisan hitam yang melakari kehidupan manusia. Titik-titik putih ini adalah saat-saat di mana manusia telah berjaya mengubah kegelapan hati manusia ketika itu untuk terus hidup dalam kemakmuran. Suatu pergelutan yang saksama, seperti malam yang mengejar siang, keamanan menentang peperangan, kelaparan menghapuskan pertimbangan, kealpaan menghilangkan amalan, amalan silam amalan baru.

Sesungguhnya suatu masa dahulu, bapa-bapa manusia mengajar anak-anaknya akan amalan, pengetahuan dan kepercayaan yang boleh menguatkan sesuatu bangsa. Maka bangsa-bangsa manusia menjadi hebat-hebat belaka. Akan tetapi, manusia yang licik telah mengubah didikan nenek moyang mereka. Kemudian, mereka mengajar pula amalan yang salah ini kepada anak-anak mereka sehinggalah sebahagian ilmu terdahulu yang mereka tidak mahu dihilangkan. Akibat kesilapan ini maka lenyaplah banyak bangsa dan kaum yang gagah dahulunya. Apa yang mereka tinggalkan hanyalah bangunan dan monumen yang menjadi bukti peradaban songsang mereka. Semua ini hanyalah kerana mereka menyalahgunakan ilmu yang diberi. Manusia mencipta peperangan, melakukan penindasan dan menzalimi antara sesama. Maka, tiga tapak piramid, sebuah formasi batu yang usang, tembok-tembok yang panjang dan patung-patung yang merenung lautan di Pulau Easter dan Rhodes menjadi saksi kegemilangan sivil, matematik, sains dan kejuruteraan bangsa-bangsa dan kaum-kaum lama ini.
Anak-anak Yafits, Sam dan Ham membuka perkampungan baru yang mana kini menjadi di antara negara-negara tertua di dunia. Ethiopia, Sudan, Mesir, Yaman, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Arab, negeri-negeri Syam, Turki, Parsi, Iraq, China, India dan Yunani adalah contoh-contoh negara tertua. Negara-negara yang berjauhan ini mula berdagang. Jalan Sutera akhirnya terbentang dari kepulauan Mediterranean hingga ke China. Demi menguasai jalan yang panjang ini, ramai sudah raja-raja yang rebah di hujung mata pedang, ramai lagi rakyat yang menikmati kemewahannya.

Period kemuncak dalam sejarah kehidupan manusia adalah pada abad ke 7 Masihi. Peristiwa-peristiwa besar sebelumnya berlaku semata-mata untuk mencapai kemuncak ini. Pada permulaan abad ini, seluruh manusia pada dasarnya hidup di dalam penderitaan, wabak, penindasan dan perkembangan kaum-kaum pagan dan penyembah-penyembah idol. Bagaimanapun, semua itu bakal mengalami perubahan, peringkat demi peringkat, dengan munculnya seorang guru. Guru itu membawa selautan ilmu. Dengan panduan yang siap dibina oleh guru ini, manusia akhirnya menemui kembali ilmu-ilmu yang telah hilang. Mereka menguasai dan memperkembangkan lagi ilmu-ilmu sains, filosofi, matematik, astronomi dan pentadbiran orang Yunani. Ilmu-ilmu lain lantas muncul satu persatu sehingga sekarang mengikut aturan. Dengan ilmu dan kemakmuran, manusia lantas bangkit semula dari debu-debu yang tidak putus-putus beterbangan. Namun demikian, sekali lagi manusia menggunakan ilmu itu untuk berperang dan melakukan kezaliman.

Same sun.
Same Earth,
Same moon,
..when the universe accelerates and expands,
so does time,
therefore, an hour today can easily be a day in the days of old,
…when everything move forward faster,
so why then we still mingle in the life of the pasts?
 27-6-2009
 Blogger Templates
Blogger Templates
May 17, 2010 by zen non
Ini ialah suatu mesej untuk semua muslimin dan muslimat.
Saudara-saudari sekalian,
Jika kita mahu berdoa kepada rakyat Palestin, maka berwuduklah, hadapkanlah wajahmu kepada al-Kaabah, dan berdoalah dengan penuh keikhlasan seraya mengaitkan kejayaan itu dengan Yang Maha Kuasa.

Berdoalah dengan meminta kepada-Nya umur dan kesihatan yang panjang agar kami dapat memuji-Nya lagi dan lagi. Kemudian berdoalah agar Islam terus teguh di Baitulmaqdis, semoga seluruh umat Islam boleh berkunjung dengan aman, bersembahyang dan terus-terusan memuji-Nya di dalam masjid yang telah dimuliakan itu, di atas tanah yang telah diberkati itu, di atas agama yang telah Dia redhai itu. Berilah kami akan apa yang tidak mungkin dapat diberikan oleh sesiapapun makhluk-Mu.

Sesungguhnya doa yang baik adalah doa yang tidak mementingkan diri akan tetapi doa yang memuji-muji Yang Maha Pencipta, yang bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan ujian yang hadir.

Justeru amalmu kini bermula dengan niat yang benar dan lurus. Tebalkan imanmu kemudian dengan menyimpan nombor ini di dalam telefonmu.
Tabung Palestin - 5644 9020 8528

Maka apabila ingat, sedekahkanlah barang seringgit dua buat usaha untuk meneguhkan ad-deen ini di bumi Palestin dengan memberi umatnya makanan, ubat-ubatan, pakaian hatta permainan untuk anak-anak mereka. Moga-moga nanti sedekahmu akan menjadi sebuah istana yang agam di syurga.

Lihatlah, mereka sudah membeli sebuah kapal!!
http://www.perdana4peace.org/  
The Crew's Blog - Regular Report
Related Photos
http://www.shiptogaza.gr/Other-Languages/English


Inilah konvoi keempat Viva Palestina. Marilah kita jua menyumbangkan sesuatu sebagai asbab agar Allah meneguhkan umat Islam di sana dari cobaan dunia akhir zaman yang menggila-gila.

Ameen Ya Rabbul A'lameen. Perkenankanlah doa kami wahai Tuhan Sekalian Alam.




Blogger Templates
Feb 24, 2010 by zen non
Bunga-bunga mekar dan layu dalam masa beberapa hari,
satu bunga mekar dan terus mekar bertahun-tahun,
satu bunga bukan hidup menelan yang mahu baru hidup,
satu bunga dalam bilik sunyi mengembangkan kelopaknya di dalam gelap,
gelap ditemani besi kelopak kembang seperti ekor merak,
nektar yang beracun diminum oleh manusia,
ada yang berbisa ada yang sudah tegar.

Apa yang wajar dilakukan ialah semua Muslim berduit mengeluarkan simpanan mereka dan mula meminjamkan kepada muslim lain yang memerlukan tanpa cagaran dan faedah pinjaman. Tidak ada syarat yang zalim atau membebankan mana-mana pihak di kemudian hari. Yang ada hanyalah takwa.Kebijaksanaan pemiutang memilih penghutang perlulah berteraskan pegangan halalan thoyyiban. Risiko dikurangkan dengan ilmu meminjam di dada dan sifat takut yang tebal untuk melakukan dosa. Namun demikian, terleka, padah pasti datang menimpa. Terlena jawabnya merana. Ilmu perniagaan ilmu utama, ilmu meminjam terkandung di dalamnya. Wajar juga mengetahui hukum-hukum dan perintah dalam bidang perniagaan.

Kebijaksanaan hingga membawa keuntungan atau kebijaksanaan dan ketenangan ketika menempuhi ujian kerugian adalah kayu kepada anduh. Tiada kayu tiada anduh. Keuntungan jujur menyemarakkan kerancakan pemenuhan tuntutan. Secara jujur perniagaan berjalan. Jual beli yang puas hati, adil dan tenang bersemarak ke seluruh kota bak bara-bara daun yang ingin membakar sebuah rumah kayu di pinggir desa.

Ungkapan kenyataan pastilah menggegarkan. Hatta bicara dalam metafora. Maka dengan rendah diri melihat sujudnya bayang-bayang, menyedari hakiki ketidakcapaian. Bagaimanapun tetap ingin menghulurkan tangan.

Bulan terang, hati senang,
hari-hari sudah tak ada hutang,
langit hitam tanpa bintang,
sama seperti rumah kelam tanpa hiasan,
sama seperti cahaya bintang yang dipinjam pada waktu malam,
berkelip-kelip mata manusia menyelesaikan masalah hutang berleluasaan.

Tidak berkedip manusia mengawasi,
tiga perangkap utama iblis,
riak takabbur,
tamak haloba, 
cemburu buta. 
Jerangkap samar di mana-mana,
Bila terpijak bakal terbakar,
kaum lelaki tundukkanlah pandangan,
dengan redha dan penuh takwa.


Blogger Templates

Blogger Templates
Feb 15, 2010 by zen non

                       The world is changing. The global culture our children inherit will be vastly different than what it is today. 
You are about to witness a report on the world's changing demographics.
Feb 14, 2010 by zen non
 updated - Feb 15
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
A very beautiful talk about Jannah, the heaven of the Muslim; by Imam Anwar Al Awlaki.

 Jannah is very beautiful place. The beautifulness of Jannah is beyond anyone imagination. But this place is only for Muslims. One who believes is only to Allah.

Jannah, the land that never will be influence by time. The border of Jannah is empty marshland. The marshland that divides Jannah and An-Nar, the Hellfire that burns in total darkness.

A great tree mark the beginning of this land. A great land where rivers of honey, milk and wine flows. The people who drinks from the river will never grow old. They eat neither to satisfied hunger nor to fight cold.

Listen to the last part, Paradise, which will give you knowledge about what in store for people who want go to Jannah.

It surely strengthen your iman and make you more stern in your stand in upholding the principles of a practicing Muslim. Plus you'll know what available for you up there.


All Hereafter Files (01-08) (76.3MB) (for fast connection)

Part by part download
01. Introduction And Importance (9.6MB)
02. Preparing For Death (11.7MB)
03.Minor Signs Before Day Of Judgement (10.8MB)
04.Minor Signs Before Day Of Judgement (9.5MB)
05. Major Signs Before Day Of Judgement (9.2MB)
06. Day Of Judgement and Hell Fire (10.9MB)
07. Paradise Part I (6.7MB)  *(Recommended to be listened first)
08. Paradise Part II (10.7MB) *(Then continue with this one)


All links are obtained from Salaattime.com. May Allah rewards Imam Anwar and the uploader. Read about Imam Anwar on link at his name. Jazakallah khair. May Allah bless us all and forgives us everyday.


There two ways to download
1. Direct download - click on the links below or you can try this,
2. Faster download - use Thunder Torrent. Download it here. It is in Chinese, but just click "Next " upon installation. Please read README.TXT file on how to change the languange to English.
Then,
1. Right click the links below, copy link location.
2. Open Thunder programme, go to File --> New and paste the link. Download will start automatically. Normally, files are stored in a new directory, C:/TDDownload. 

3. This method only applicable for download link only.

Blogger Templates


Blogger Templates


Feb 8, 2010 by zen non
Aku hidup bukan di dalam lautan yang menenggelamkan. Aku bernafas di atas tanah yang berhutan duri yang perlu ditebas jika mahu membuka jalan.

Dengan kapak, dengan parang, dengan pedang dan dengan senapang manusia mencari jalan untuk membuka tanah. Dengan huduh dan dengan yang indah-indah lansdskap bumi dilukis semula oleh manusia.

Tanah hitam, tanah perang, tanah merah dan warna-warna di antara mereka. Tidak terbilang zat berkhasiat terkandung di dalam setiap jenis tanah. Aluvium, misalnya; mampu menundukkan padi di bendang yang luas terbentang. Inilah bunga tanah yang menyuburkan banyak negara dan bangsa. Lapisan bawah aluvium menakung air sementara di atas bercampur lumpur.

Satu replikasi sawah mini pasti jadi sensasi seluruh negeri.

Namun berangan aku tidak mahu.

Blogger Templates
Feb 4, 2010 by zen non

Please be patient waiting if your connection is slow. Watch directly from youtube for larger video size by clicking the youtube logo plus video streaming is much faster via youtube servers.
I experienced just half of the speakers, though.
Feb 2, 2010 by zen non
Berlori-lori tanah hitam diangkut dari kawasan penimbunan sampah. Tanah itu perlu sampai ke rumah-rumah.

Suri-suri menanam padi,
Padi ditanam di sekitar halaman,
Hari-hari menyiram budi,
Anak-anak budiman bergelar insan.

Senario idaman memanglah indah. Kalau padi boleh ditanam di rumah, pastikan mewah para keluarga; pastilah murah beras dan nasi.
Situasi hakiki bukanlah cantik. Hampir 3 juta tan permintaan beras negara saban tahun. Beras simpanan tahun 2008 hanyalah 18% daripada keseluruhan permintaan. Amat sedikit yang ditabung untuk detik-detik kecemasan. Mungkin lain-lain negara mengalami masalah yang sama. Permintaan bijiran yang tinggi di dunia jadi ukuran. Jumlah keseluruhan penggunaan bijiran di seluruh dunia pada tahun yang sama adalah sebanyak 1,772 juta tan. Walaupun pengeluaran keseluruhan bijiran tahun itu adalah 1,793 juta tan, namun ketara gentingnya dunia mencari makan.
Bukan sahaja manusia yang makan bijiran. Itulah punca dunia tidak cukup makanan.
Bukan sahaja bijiran yang dimakan oleh manusia. Itulah cabaran mengenyangkan semua orang.
Blogger Templates

Blogger Templates

Rujukan
world population
grain market report - 21.1.2010
what our livestock eat?
tangani segera krisis makanan - 20.4.08 Utusan Malaysia
laporan beras malaysia 2008
Jan 30, 2010 by zen non
(sambungan dari pos Masalah Dunia)

Terra preta do indio nama diberi, tanah hitam India nama serasi. Terra preta ditemui oleh seorang ahli kaji tanah Belanda bernama Win Sombroek (1).
Tanah ini tersebar bertumpuk-tumpuk di serata Lembangan Sungai Amazon di dalam Tanah Amozonia.  Luas setiap tumpukan adalah di antara dua ke tiga ekar dan ada juga yang mencapai keluasan 30-40 ekar. Lapisan tanah hitam ini seumpama tahi lalat pada kulit manusia yang mulus. Hitam yang tebal menyimpan rahsia. Rahsia dibongkar oleh seorang anak petani yang zaman kanak-kanaknya telah menempuhi kebuluran ketika Perang Dunia Kedua.
Sebidang tanah hitam ini lebih subur daripada tanah Amazon biasa di sekelilingnya. Ketebalan dua meter (6.5 kaki) bunga tanah terra preta kaya dengan zat-zat makanan utama untuk tumbuhan. Oleh yang sedemikian, tumbuhan yang hidup di atas tanah Amazon biasa lebih kerdil berbanding tumbuhan yang membesar dengan terra preta. Bukanlah suatu yang memeranjatkan pun apabila kita mengetahui bahawa bunga tanah Amazon biasa hanyalah setebal 20cm(8 inci) sahaja.

Penemuan Win Sombroek dipandang serius oleh saintis-saintis tanah sedunia. Setelah digali, didapati isi kandungan terra preta adalah arang, sisa makanan, sampah sarap, periuk pecah dan sebagainya bercampur-campur dengan tanah biasa. Tanah hitam ini dibuat oleh manusia kira-kira dua ribu tahun lampau oleh kaum-kaum yang menghuni Amazonia ketika itu. Suatu penyelesaian lama untuk menyuburkan tanah gersang kini mungkin menjadi jawapan kepada krisis makanan dunia.
Tanah ini hampir saja kukatakan sama dengan tanah bakar di Malaysia kalau bukan kerana keluasan dan ketebalan terra preta. Apa yang dilakukan oleh datuk nenek kita dahulu untuk melupuskan sampah adalah dengan pembakaran. Tanah sisa bakaran sampah ini kemudian digunakan sebagai medium tanaman. Sudah pastilah mereka tidak tahu bahawa sisa karbon yang terperangkap dalam tanah bakar boleh memerangkap mineral seperti fosforus, kalsium, zink dan mangan yang menjadi pemangkin pembiakan pelbagai jenis mikroorganisma di dalam tanah. Apa yang mereka pasti tanah bakar sebegini amat baik untuk tanaman.
Sambil menyelam minum air, begitulah kaedah pembikinan terra preta mampu merevolusikan agrikultur sedunia. Revolusi hijau kini berwarna hitam. Kalau kita mampu melaksanakannya. Namun halangan kita pastilah kebimbangan kepada pembakaran terbuka.  Sampah sehari sebuah bandaraya kalau dibakar mau sebulan baru selesai. Lalu pasti ada suara yang berkata, “Hey, kau membebaskan gas berbahaya!” Lantas satu ilham bakal jadi retorik yang sia-sia.


Manusia itu istimewa kerana berakal dan mampu membuat pilihan.  Akan tetapi manusia menghasilkan banyak sampah. Setiap saat kulit manusia mati lalu luruh. Setiap hari manusia menggunakan tandas. Setiap masa manusia membuang sampah secara sedar atau tidak. Arkian ilmu pengurusan sampah adalah suatu fardhu yang wajar dipelajari dan diamalkan setiap insan dalam setiap penempatan. Pulau Singapura misalnya menguruskan sampah dengan melambakkan di pinggir laut bersama-sama pasir. Lambakan sampah ini lalu membentuk Pulau Semakau. Kita pula menguruskan sampah dengan melambakkan di kawasan-kawasan pelupusan sampah yang diwartakan pihak berkuasa. Bukit-bukit sampah ini jika digunakan untuk membuat terra preta nova dengan teknologi pembakaran kurang oksigen pasti menghasilkan berlori-lori tanah yang subur. Ini ialah suatu cabaran inovasi kepada saintis-saintis kita. Sedarlah kita hanya  sepersepuluh tanah subur sahaja yang memberi makan kepada 6,980,864,950 manusia di bumi pada ketika ini.

Blogger Templates

Blogger Templates


Blogger Templates
Jan 29, 2010 by zen non







Dunia ini bakal kekurangan makanan. Tanda-tanda kecil sudah pun kelihatan. Mesej ini bukan satu ugutan. Malah senang kukatakan hanya satu persinggahan.

Apabila berjalan manusia perlukan makanan. Lima bijiran makanan utama. Lima bijiran untuk merentas benua. Lima bijiran mungkin ditaburkan oleh baginda ayahanda.

Seperti manusia, haiwan ruminan juga makan bijiran. Seandainya manusia itu bijaksana, pastikan dia mengurangi makan daging. Mungkin hingga ke tahap sebulan sekali. Maka hasilnya adalah permintaan daging yang kurang. Selanjutnya mencukupkan bekalan bijiran untuk semua dari Peru hingga ke Afrika.

War-warkan ikan sebagai sumber protein utama. Selain mempromosikan kekacang seperti soya dan tanah hitam bernama "terra preta".
Blogger Templates

Blogger Templates
Blogger Templates

About This Blog

This is where I practice my writings.
Inilah tempat aku mengasah kemahiran menulis.
Segala pujian hanya kepada Allah SWT.
All praises are due to Allah The One God.

Komentar dan kritikan amat dialu-alukan.
Comments and critics are most welcome.

Pembaca boleh mengambil mana-mana artikel yang diminati, cuma jangan dinasabkan sebagai hak sendiri.
Readers may take any interesting articles, but just don't claim it as yours.