Intro oleh seorang saudara: Ustaz Nouman Ali Khan dari Dallas, Texas.....(sorii..tak dapat salin)
Tajuk ceramah: Lesson from Surah ar-Rahman, 5 September 2013, 8-10pm, Masjid Wilayah KL
Ustaz memulakan bicara dengan menerangkan 3 kaedah untuk mencapai komunikasi berkesan.
Isi –mesti bagus
Gaya – bukan saja isi yang nak disampaikan bagus, tetapi cara penyampaian juga perlu bagus.
Khalayak (audience) – perlu melihat dan menyesuaikan isi dan gaya dengan khalayak yang hendak disampaikan mesej.
Quran ialah kalimah dari Allah yang cukup sempurna. Ustaz menyatakan surah ar-Rahman diturunkan di Mekah, kira-kira 10 tahun selepas wahyu pertama. Pada ketika itu, orang Quraish sudah tidak tahan dengan dakwah Rasulullah saw dan mencabar baginda dengan pelbagai cabaran. Maka Allah menurunkan surah ini sebagai suatu teguran yang berseni.
Contohnya Allah mengulang ayat yang sama dalam surah ini (31x). Menurut ustaz, kalau orang yang degil, perlu ditegur & diperingatkan banyak2 kali, moga dia tersedar.
Seterusnya, ustaz membawa khalayak mengkaji sedikit tentang isi penting surah selepas surah ar-Rahman, iaitu surah al-Waqiah.
1. Golongan yang terdahulu masuk syurga - assabiqunassabiqun
2. Golongan yang mendapat kitab dari tangan kanan - ashabul maimanah
3. Golongan yang mendapat kitab dari tangan kiri – ashabul mash amah
4. Ciptaan Allah yang tidak terbuat oleh sesiapapun
5. Kehebatan al-Quran
Kembali kepada ar-Rahman, ustaz menerangkan susunan isi surah ini:
1. Kehebatan al-Quran
2. Ciptaan Allah yang tidak terbuat oleh sesiapapun
3. Golongan yang mendapat kitab dari tangan kiri – ashabul mash amah
4. Golongan yang mendapat kitab dari tangan kanan - ashabul maimanah
4. Golongan yang terdahulu masuk syurga - assabiqunassabiqun
(Subhanallah. Betapa telitinya Allah.)
Kemudian, ustaz memulakan tafsiran ayat pertama iaitu : “Ar-Rahman.” Nama Allah ini berasal dari perkataan rahmah, seperti ibu yang mengandung menjaga rahimnya sebaik mungkin. Jadi Ar-Rahman bermaksud Allah itu paling tinggi belas kasihan-Nya, melimpah-limpah rahmat pada ciptaan-Nya tak kira beriman atau tidak.
Ar-Rahman ini bersifat sekarang iaitu kasih sayang Allah itu diturunkan pada masa ketika ini pada setiap hamba hamba-Nya. Oleh itu wajarlah kita bersyukur dengan apa yang kita sudah ada sekarang dan bukan komplen yang macam2.
Ustaz juga menasihati kita untuk merendah diri kepada ibu bapa kita kerana mengingatkan kasih sayang Allah pada kita.
(Ar-Rahim membawa maksud berlainan, sila rujuk Surah Fatihah - Points to Ponder | Nouman Ali Khan
http://www.nakcollection.com/1/post/2013/01/surah-fatihah-points-to-ponder-nouman-ali-khan.html )
Selanjutnya, ustaz membawa khalayak kepada ayat terakhir dalam surah ar-Rahman.
“Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.” (Ar-Rahmaan 55:78)
Ustaz memfokuskan pada perkataan al-Jalal (nama Allah) yang membawa maksud Pemilik kebesaran. Nama ini khusus untuk Allah sahaja. Kesimpulan ayat terakhir surah ini ialah nama Allah itu penuh dengan baraqah.
Ba
raqah ialah sesuatu yang bertambah, maju ke depan. Baraqah adalah seperti satu biji benih, yang tumbuh darinya bukan hanya sebatang pokok tetapi banyak pokok, yang semuanya berbuah dan pokok-pokok itu kekal, tidak pergi ke mana-mana. Buatlah kebaikan dengan nama Allah untuk mendapatkan baraqah. (mungkin ustaz bermaksud memulakan satu perbuatan itu dengan niat dahulu). Setiap orang muslim perlu bersikap optimistik. Jangan memandang rendah apa saja perbuatan yang dilakukan.
Dalam menerangkan hubungan ayat kedua dengan ayat ketiga pula, ustaz membawa khalayak kepada surah al-A’laa.
“Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya). (Al-A'laa 87)”
Dalam surah al A’laa, Allah memberitahu tentang penciptaan dahulu (ayat kedua) dan kemudian baru menyatakan petunjuk (ayat ketiga). Tetapi dalam surah ar-Rahman berlaku sebaliknya.
“Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; - (Ar-Rahmaan 55:2-3)”
Allah memberitahu bahawa Dia ialah guru yang mengajar manusia melalui al-Quran. Ustaz memberi perumpamaan seorang yang sedang memandu kereta di sebatang lebuh raya yang lengang. Hanya ada pemandu itu sahaja. Kemudian, dari radio kereta satu pengumuman memberitahu pemandu terdapat satu kemalangan teruk di lebuh raya itu dan didapati jaraknya 2 kilometer dari pemandu tersebut. Lalu adakah pemandu itu akan mengambil jalan keluar yang pertama dijumpainya atau dia terus memandu dan tidak percayakan pengumuman tersebut dan kemudian apabila tiba di tempat kemalangan dia menyesal (menepuk dahinya)?
Sesungguhnya manusia itu boleh berfikir walaupun belum melihatnya kalau dia boleh memahami mesej yang dibawa.
Ustaz bercerita lagi. Dahulunya dia seorang pensyarah bahasa arab di sebuah kolej dan kebanyakan pelajarnya adalah bukan muslim. Satu hari dia membuat persediaan yang mencukupi untuk mengajar satu bab yang susah. Tetapi selepas dibentangkan dalam kelas, dia bertanya ada sesiapa yang tak faham?
Ada seorang pelajar menjawab dia tak boleh tangkap apa yang ustaz ajar. Ustaz pun menerangkan semula sedaya upayanya dengan kaedah2 lain pula. Tetapi pelajar itu masih belum dapat tangkap lagi. Lalu ustaz menyuruhnya datang belajar dengannya pada waktu rehat tengah hari. Pun masih pelajar itu tak faham selepas diajar lagi. Lantas ustaz menyuruhnya datang malam nanti ke rumahnya untuk belajar lagi. Namun, pelajar itu masih mengatakan saya tak boleh tangkap apa ustaz ajar ni.
Andai sedemikian, ustaz mengatakan bukanlah dia tidak faham, tetapi sengaja buat-buat tak faham. Tak berusaha memahami.
Allah melimpahkan rahmat-Nya malah kepada orang-orang jahiliah yang membenci Rasulullah saw. Al-Quran itu diturunkan kerana kasih sayang Allah. Quran ialah satu manifestasi kasih sayang Allah.
Masalah remaja di seluruh dunia kini adalah mereka telah terputus daripada Quran. Sebenarnya, sesiapa pun boleh belajar Quran.
Ustaz memberitahu semasa dia remaja di kolej dahulu dialah orang yang paling malas belajar. Dia akan memilih kelas yang mana kawannya ada supaya dia boleh menumpang usaha kawannya. Tetapi dia berjaya sampai ke Malaysia ini kerana pada satu titik dalam hidupnya dia telah mula membaca dan memahami isi kandungan Quran.
Ustaz memberitahu lagi,
“Invite those people, make them welcome, this is what we have to do...
Don’t be angry to those people who don’t pray. You have to care for them. Stop being angry...
Allah do not close His invitation to the kuffars, so why should we close them.. “
Kemudian ustaz menjelaskan bahawa perkataan Al-insan dalam ayat ketiga ar-Rahman membawa dua makna. Yang pertama berasal dari kata Nasiya, maknanya untuk dilupakan. Jadi insan bererti dia yang terlupa.
Yang keduanya berasal dari kata Uns, yang mencari cinta.
Manusia itu mudah lupa dan manusia itu perlu kepada kasih sayang. Belajarlah bahasa Quran, carilah mesej cinta di dalam Quran dan bacalah warkah dari Allah ini sepanjang masa.
Pasanglah niat dan Allah akan menjadikan mudah untukmu.
Akhir sekali, ustaz mengajak khalayak untuk melihat websitenya iaitu
http://www.nakcollection.com/
http://bayyinah.com/
dan kalau mahu belajar bahasa Arab bersama-sama dengan anaknya, Husna sila kunjungi:
http://www.bayyinah.tv/sp/9942-bayyinah-tv
(Sekian, wassalam. Yang dalam kurungan adalah dari saya sendiri. Dengan penuh kerendahan diri aku mengundur diri, kalau tahhapehape tu dari akulah, kalau betul dan bagus tu dari Allah semata-mata, dengan rahmat kasih sayangnya yang melimpah-limpah membuatkan aku rajin menulis pasal syarah ustaz. Semoga Allah merahmati ustaz dan keluarganya sentiasa dan memudahkan urusannya menyebarkan dakwahnya ke seluruh dunia)
-Penjejak Masa Dalam Kosmos-